03/09/2026
Sains Sukan: Kenapa Atlet Tidak Berlatih Pada Intensiti Tinggi Setiap Hari?
Pernah tertanya-tanya kenapa atlet tidak melakukan latihan maksimum setiap hari?
Bukankah kalau semakin kuat berlatih, semakin cepat prestasi meningkat?
Sebenarnya, latihan maksimum setiap hari bukan strategi yang baik untuk kebanyakan atlet.
Tubuh memerlukan variasi dalam beban latihan supaya ia mempunyai masa untuk menerima rangsangan, pulih dan melakukan adaptasi.
Inilah antara asas kepada konsep periodisasi latihan.
Periodisasi ialah cara latihan disusun secara sistematik dalam tempoh tertentu bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Contohnya, satu fasa latihan mungkin memberi lebih penekanan kepada pembinaan asas kecergasan.
Fasa seterusnya mungkin meningkatkan intensiti.
Kemudian, apabila pertandingan semakin hampir, latihan boleh disusun supaya atlet berada dalam keadaan yang lebih bersedia untuk beraksi.
Tidak semua sesi perlu "all out".
Ada sesi yang bertujuan membina daya tahan.
Ada yang memberi fokus kepada teknik.
Ada yang membangunkan kelajuan.
Dan ada sesi yang lebih ringan untuk membantu pemulihan.
Konsep ini juga penting bagi perenang muda.
Latihan perlu disesuaikan dengan tahap perkembangan mereka.
Matlamatnya bukan untuk memaksa mereka berlatih seperti atlet dewasa, tetapi membina asas fizikal dan kemahiran secara berperingkat.
Latihan yang baik bukan sekadar apa yang dilakukan hari ini. Ia adalah bagaimana keseluruhan latihan disusun dari minggu ke minggu dan bulan ke bulan.
Jika setiap hari adalah hari paling s**ar, akhirnya tubuh mungkin tidak mempunyai peluang yang mencukupi untuk berkembang.
Atlet tidak menjadi lebih baik kerana sentiasa berlatih paling keras.
Mereka menjadi lebih baik apabila latihan yang betul diberikan pada masa yang betul, dengan beban dan pemulihan yang sesuai.