07/01/2026
PENGUMUMAN:
Bermula 10 Januari 2026, fb: facebook.com/kbsp.official akan menjadi satu-satunya saluran rasmi segala aktiviti Akademi Bolasepak Sri Permata.
Sehubungan dengan itu, bagi mendapatkan maklumat dan berita terkini Akademi Bolasepak Sri Permata, pengikut-pengikut fb ini boleh follow www.facebook.com/kbsp.official
Jumpa anda disana!
04/04/2025
Latihan Akademi BS Sri Permata Elmina akan bermula pada
6/4/2025
30/03/2025
1 Syawal 1446H / 31 Mac 2025M
Alhamdulillah atas kesempatan bertemu Ramadhan tahun ini. Semoga Allah menerima semua amal ibadah kita dan mempertemukan kita kembali dengan Ramadhan selanjutnya.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Syawal menjelma, membawa sinar harapan baru. Hari kemenangan ini diharap menjadi titik perubahan kepada perkara yang lebih baik dan positif di kalangan warga KBSP.
Semoga Aidilfitri ini membawa detik-detik kegembiraan, keharmonian dan kebersamaan kepada warga KBSP. Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.
Selamat Hari Raya dan maaf atas segala kekhilafan.
PENGURUSAN KBSP
05/02/2025
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
*PERUBAHAN JADUAL LATIHAN*
Adalah dimaklumkan bahawa pada 9/2/2025 EV Arena Elmina akan digunakan untuk majlis/program seharian.
Sehubungan dengan itu, slot latihan pada 9/2/2025 telah digantikan seperti berikut:
*Tarikh: 22/2/2025 (Sabtu)*
*Masa: 4.30-6.00 petang*
_(30 minit persiapan, tepat jam 5 mula latihan)_
Latihan pada 23/2/2025 (Ahad) adalah seperti biasa jam 7.30-9.00 pagi.
Harap maklum.
*PIC Sri Permata Elmina*