SMC Sports & Social Club

SMC Sports & Social Club

Share

SMC Sports & Social Club is all about bringing people together through sport, fitness, and friendship. We’re a community.

From sports to healthy programs and family events, we’re more than just a club.

30/08/2026
Photos from JPJ Negeri Sarawak's post 30/08/2026
Photos from SMC Sports & Social Club's post 20/08/2026

🩸KEMPEN DERMA DARAH 2026🩸

20 Ogos 2026 - Kempen Derma Darah 2026 anjuran SMC Sports & Social Club (KESOSMA) telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Unit Transfusi Darah, Hospital Sibu.

Program yang berlangsung dengan lancar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 70 orang telah mendaftar, manakala 38 orang berjaya menderma darah.

Penderma terdiri daripada ahli-ahli SMC Sports & Social Club (KESOSMA), Kaunselor MPS, kakitangan MPS, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta serta orang awam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa serta tampil menyumbangkan darah demi membantu mereka yang memerlukan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Kaunselor MPS yang telah memberikan sumbangan tambahan kepada para penderma yang berjaya. Sumbangan dan keprihatinan tersebut amat kami hargai.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Unit Transfusi Darah, Hospital Sibu atas kerjasama, sokongan, tenaga dan komitmen yang diberikan bagi memastikan kempen ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sesungguhnya, setitis darah yang kita dermakan mungkin membawa sinar harapan dan menyelamatkan nyawa seseorang. ❤️

Terima kasih kepada semua penderma. Anda adalah wira tanpa tanda jasa.

🩸 Setitis Darah, Sejuta Harapan ❤️

31/07/2026

🩸 JOM SERTAI PROGRAM DERMA DARAH 2026! ❤️

SMC Sports & Social Club (KESOSMA) dengan kerjasama Blood Bank, Hospital Sibu menjemput seluruh warga SMC dan orang ramai untuk menyertai Program Derma Darah 2026.

📅 Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Rejang, Tingkat 24, Wisma Sanyan

✨ Kelayakan Penderma:
✅ Berumur 18 – 60 tahun
✅ Berat badan melebihi 45kg
✅ Sihat tubuh badan
✅ Membawa Kad Pengenalan

❤️ Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Marilah bersama-sama kita menyumbang kepada masyarakat melalui amalan menderma darah.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.
Pendaftaran secara Walk-in juga amatlah kami alu-alukan.

Jom Derma Darah!
🩸 Setitis Darah, Sejuta Harapan.

Photos from SMC Sports & Social Club's post 31/07/2026

30 Julai 2026 - Ahli Jawatankuasa Kelab KESOSMA telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada tahun ini. Antaranya Program Derma Darah 2026, SMC Games 2026 serta AGM & Annual Dinner.
Untuk makluman juga, tahun ini SMC Sports & Social Club juga menyambut Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas yang ke-50 tahun sempena penubuhannya sejak tahun 1976.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sibu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Level 19-24, Wisma Sanyan, Jalan Sanyan
Sibu
96000