PSRC

PSRC

Share

KELAB SUKAN REKREASI PERMAI

28/08/2026

Pengumuman!!

01/02/2026

Alhamdulillah…

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan yang terlibat dalam Edisi Veteran 3.0 – Padang Sintetik Permai kali ini. Sokongan, komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan benar-benar menjadikan kejohanan ini bermakna dan luar biasa.

Semoga Tour Veteran kali ini bukan sekadar medan pertandingan, tetapi menjadi platform mengeratkan silaturahim sesama pemain veteran, di samping terus menampilkan bakat-bakat berpengalaman πŸ€—. Lebih membanggakan, kejohanan ini turut disertai rakan-rakan dari luar Sibu β€” Kuching, Samarahan, Sarikei, Belawai/Rajang, Matu Daro, Mukah, Kapit/Song,Bintulu dan Miri β€” bersama-sama pemain dari Sibu dan kawasan sekitarnya, menjadikan suasana lebih meriah dan penuh kekeluargaan.

Dalam setiap pertandingan, menang dan kalah adalah lumrah. Kepada pasukan yang berjaya, tahniah dan syabas diucapkan. Manakala kepada pasukan yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa β€” insya-Allah kita bangkit semula di Veteran 4.0 nanti πŸ’ͺ

Sebarang kekurangan yang ada akan dijadikan pengajaran dan penambahbaikan untuk penganjuran edisi seterusnya, insya-Allah. Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Penganjur dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan sepanjang kejohanan berlangsung πŸ™

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.
Jumpa lagi di edisi akan datang! ⚽πŸ”₯

Photos from PSRC's post 01/02/2026

πŸ† KEPUTUSAN RASMI
VETERAN SINTETIK 3.0
πŸ“ Padang Sintetik Permai | 1 Februari 2026

πŸ₯‡ JUARA – AL-QUTHUZ FC
πŸ₯ˆ NAIB JUARA – KUFT
πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA BERSAMA – AUSLANDER VET & SEGALANG FC

⚽ FINAL
AL-QUTHUZ FC 1 – 0 KUFT

Perlawanan akhir yang sengit, penuh disiplin dan sarat dengan semangat veteran πŸ”₯πŸ’ͺ
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Menang kalah adat permainan, silaturahim tetap diutamakan.

Ucapan terima kasih khas kepada pasukan luar Sibu yang sanggup hadir dan memeriahkan kejohanan ini:
πŸ“ Kuching
πŸ“ Samarahan
πŸ“ Sarikei
πŸ“ Belawai / Rajang
πŸ“ Matu – Daro
πŸ“ Mukah
πŸ“ Bintulu
πŸ“ Miri
πŸ“ Kapit / Song

Sokongan dan komitmen anda semua benar-benar memberi nilai tambah kepada Veteran Sintetik 3.0 🀝⚽

Segala kekurangan akan ditambah baik pada edisi akan datang, insya-Allah.
πŸ™ Pihak Jawatankuasa Penganjur memohon maaf atas sebarang kekhilafan sepanjang penganjuran.

Jumpa lagi di Veteran 4.0! πŸ”₯⚽

Photos from PSRC's post 31/01/2026

πŸ”₯ KEPUTUSAN RASMI & JADUAL PERLAWANAN SETERUSNYA πŸ”₯
πŸ† VETERAN SINTETIC 3.0

Perlawanan hari ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sengit πŸ’ͺ⚽
Tahniah kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik!

πŸ“Š Keputusan perlawanan hari ini dan
πŸ—“οΈ Jadual perlawanan seterusnya (Round of 😎
adalah seperti yang dilampirkan.

πŸ“Œ PERHATIAN PENTING:
⏰ SEMUA PERLAWANAN UNTUK ESOK AKAN BERMULA JAM 2.00 PETANG

Mohon semua pasukan:
βœ… Hadir lebih awal
βœ… Bersedia mengikut jadual
βœ… Kekalkan semangat kesukanan

πŸ”₯ Aksi semakin panas, saingan semakin sengit!
Jumpa di padang!





28/01/2026

πŸ”₯ COUNTDOWN RASMI BERMULA! πŸ”₯

Veteran Sintetik Permai 3.0 – Sibu 2026 bakal berlangsung hujung minggu ini dengan penyertaan 16 pasukan veteran dari pelbagai daerah.

πŸ† SENARAI PASUKAN YANG BERAKSI:
1️⃣ MIX UNITED – Sibu
2️⃣ SEGALANG FC – Kuching
3️⃣ RYKOZ UNITED VET – Sibu
4️⃣ ZZ UNITED – Kuching
5️⃣ KUFT
6️⃣ MADAR – Matu/Daro
7️⃣ OMB FT
8️⃣ AL QUTHUZ FC – Sarikei
9️⃣ SELALANG VET – Selalang
πŸ”Ÿ SANTAI FC – Sibu
1️⃣1️⃣ UNI FC
1️⃣2️⃣ AUSLANDER VET
1️⃣3️⃣ VET7D.COM – Kapit
1️⃣4️⃣ RAGAS PANGGAIT – Sibu
1️⃣5️⃣ LANG VET
1️⃣6️⃣ ZR UNITED – Miri

⚽ 16 pasukan
🀝 Satu padang
πŸ”₯ Satu semangat veteran

πŸ“… Tarikh: 31 Januari 2026 & 1 Februari 2026
πŸ“ Lokasi: Padang Sintetik Permai, Sibu

Jumpa di padang. Hormat lawan, nikmati permainan! πŸ’ͺ⚽




02/12/2025

⚽πŸ”₯ MALAM DISKUSI PSRC β€” ADA β€œPROJEK BESAR” AWAL 2026? πŸ”₯⚽

Santai makan, tapi otak semua rancak berfikir…
Jawatankuasa PSRC tengah bincang sesuatu untuk awal Januari 2026.

Tak mau umumkan detail lagi…
Tapi untuk geng-geng Veteran di luar sana…

πŸ‘‰ Bersedialah.
πŸ‘‰ Awal tahun depan akan ada gelanggang khas untuk anda.
πŸ‘‰ Yang lama berehat… boleh mula jogging balik. πŸ˜„

Piala Veteran PSRC dalam peringkat cadangan β€”
dan kalau jadi… memang pecah peluh awal tahun bro! πŸ”₯πŸ’ͺ

Tunggu pengumuman rasmi nanti.
Sementara itu… kasik warm-up pelan-pelan. 😁⚽

08/10/2025

"Kadang-kadang kita tak perlu bising untuk buktikan apa-apa… cukup teruskan langkah, biar masa yang berbicara tentang siapa kita sebenarnya."

Photos from PSRC's post 07/09/2025

πŸ† SINTETIC OPEN LEAGUE 2025 πŸ†
Telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan penuh meriah!

Tahniah kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan sekalung penghargaan kepada para penyokong, pengadil, penganjur serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.

πŸ‘ Keputusan Akhir:
πŸ₯‡ Juara – Al-Quthuz FC (RM6000)
πŸ₯ˆ Naib Juara – MT Twelve FC (RM3000)
πŸ₯‰ Ketiga – Sombrrero Ranger (RM2000)
πŸ… Keempat – Kak Wok FC (RM1000)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Datuk Dr. Annuar Rapaee kerana sudi hadir menutup rasmi kejohanan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

πŸ™ Semoga penganjuran akan datang terus meriah dan menjadi platform pembangunan bakat bola sepak tempatan.

⚽️
⚽️
⚽️

Photos from PSRC's post 31/08/2025

βœ… Keputusan Semi Final Minggu Ini – Sintetic Open League 2025 :

⚽ Semi Final 1

MT Twelve FC 5 – 0 Sombrero Ranger
MT Twelve FC layak ke perlawanan akhir.

⚽ Semi Final 2

Al-Quthuz FC 2 – 0 Kak Wok
Al-Quthuz FC layak ke perlawanan akhir.

πŸŽ‰ Perlawanan Akhir

πŸ“… 6 September 2025 (9.00 malam)
🏟️ Padang Sintetic Permai
πŸ‘‰ MT Twelve FC vs Al-Quthuz FC

πŸ₯‰ Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4

πŸ“… 6 September 2025 (7.00 malam)
🏟️ Padang Sintetic
πŸ‘‰ Sombrero Ranger vs Kak Wok

Photos from PSRC's post 25/08/2025

πŸ“’ SINTETIC OPEN LEAGUE 2025 – MATCH RESULT
πŸ“… 24 Ogos 2025 | Padang Sintetik

⚽ Suku Akhir 3
πŸ₯³ Sombrero Ranger 1 – 0 Panda Selek πŸ˜”

⚽ Suku Akhir 4
πŸ”₯ Kak Wok 4 – 1 BrSixth FC πŸ’ͺ

Dengan kemenangan ini, Sombrero Ranger & Kak Wok mara ke Separuh Akhir! πŸš€

πŸ”œ Separuh Akhir akan datang:
πŸ“ Padang Sintetik

30/8 | 8.15 PM – MT Twelve FC πŸ†š Sombrero Ranger

31/8 | 8.15 PM – Al-Quthuz FC πŸ†š Kak Wok

⚑ Siapakah yang bakal melangkah ke Final Sintetic Open League 2025? πŸ†

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sibu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Sibu