16/04/2026
Inspirasi
Bersukan bukan penghalang untuk tidak berjaya dalam pelajaran. Tahniah Adik Jalfyn Benging.
Anda telah membuktikan aktif dalam bersukan bukan penghalang untuk anda berjaya mendapatkan 8A dalam peperiksaan SPM 2025.
Kelab Hoki Sibu Jaya mengucapkan tahniah dan Syabas atas kemenjadian anda dalam pelajaran dan sukan. Semoga anda terus berjaya mencapai cita-cita yang anda inginkan.
ππ¨π»βπ
Gambar dari Cikgu Peni dan Cikgu Nis
09/03/2026
Kelab Hoki Sibu Jaya merupakan Ahli Gabungan Persatuan Hoki Bahagian Sibu (PHBS) Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Hoki Bahagian Sibu sesi 2026-2028. Selamat menjalankan tugas dalam membangunkan sukan hoki di Sibu amnya dan Sarawak Khususnya.
Tahniah juga kepada Cikgu Fasley - Pengerusi Kelab Hoki Sibu Jaya telah dilantik sebagai Juru Audit dan Freddy - Setiausaha kelab Hoki Sibu Jaya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PHBS.
06/03/2026
Kelab Hoki Sibu Jaya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 2026. Kehadiran ahli secara bersemuka dan atas talian. Turut diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab Hoki Sibu Jaya bagi sesi 2026-2027.
Tahniah kepada Cikgu Fasley Asdy telah dilantik sebagai Pengerusi yang baharu. Semoga Kelab Hoki Sibu Jaya terus maju dalam melaksanakan sukan hoki di Sibu amnya dan Sarawak Khususnya.
Terima kasih AJK 2024-2025 atas tanggungjawab yang telah dicurahkan selama ini.
05/10/2025
Pengerusi mewakili KELAB HOKI SIBU JAYA menyampaikan sumbangan Ikhlas daripada ahli-ahli dan rakan-rakan guru hoki di sibu.
Sumbangan diserahkan kepada anak mendiang Cikgu Willie Chan. Salam Takziah buat keluarga Cikgu Willie Chan, semoga diberi ketabahan dan dipermudahkan urusan.
Rest In Peace Cikgu Willie Chan π