27/08/2026
Setinggi-Tinggi Tahniah! šāØ
Seluruh warga Kumpulan Kebudayaan & Kesenian Sibu D'Tari ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Kumpulan kami, En. Dicky Zulkalnain bin Dahri, atas pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak: Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).
Pengurniaan ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pada 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak, sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.
Kami amat berbangga dengan pencapaian bakti beliau. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus cemerlang dan berkhidmat dengan penuh dedikasi! š
26/08/2026
KUMPULAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SIBU DāTARI
TARIKH: 26 OGOS 2026
KENYATAAN RASMI PENGURUSAN
ISU PEMULANGAN ANUGERAH KEJUARAAN FESTIVAL TARI DAN LAGU MELAYU ASLI (FTLA) ZON TENGAH 2026
1. PEMULANGAN ITEM KEJUARAAN
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu DāTari mengesahkan telah menyerahkan secara rasmi keseluruhan item kemenangan selaku Johan Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) Zon Tengah 2026 kepada pihak penganjur, Majlis Seni Sarawak. Penyerahan fizikal ini disempurnakan kepada wakil Majlis Seni Sarawak, merangkumi:
- Piala Kejuaraan Johan FTLA Zon Tengah 2026
- Wang tunai kemenangan beserta Mock Check
2. PENJELASAN ISU TEKNIKAL
Keputusan ini diambil susulan aduan bersurat rasmi daripada sebuah pasukan bertanding berhubung jumlah keahlian kontinjen kami.
Secara keseluruhannya, persembahan kami melibatkan 16 orang penari (10 penari bagi kategori Tarian Tradisi; 6 penari wanita dan 6 penari lelaki bagi kategori Tarian Kreatif Etnik). Disebabkan pertindihan peranan ini, berlaku lebihan satu (1) pendaftaran daripada had kuota pendaftaran yang ditetapkan dalam kertas konsep.
Pihak kami tidak menyalahkan mana-mana pihak dan akur dengan ketegasan Majlis Seni Sarawak dalam menguatkuasakan syarat pertandingan berlandaskan aduan bersurat rasmi tersebut. Kami mengakui bahawa kesilapan ini mungkin hadir daripada kekhilafan kami sendiri yang tidak mendalami syarat serta alpa dalam menilai kehendak kertas konsep yang ditetapkan.
3. PENDIRIAN PENGURUSAN DAN PENOLAKAN WANG SAGUHATI
Demi memelihara integriti industri seni, maruah pasukan, serta kelancaran penganjuran FTLA 2026, Pengurusan Sibu DāTari sebulat suara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan atau bantahan balas.Bersama-sama pemulangan trofi ini, pihak kami juga secara rasmi menolak sebarang bentuk wang saguhati penyertaan daripada pihak penganjur.
Bagi kami, karya Ajat Ubong dan Ajat Indu (versi Ulu Rajang) adalah hak milik eksklusif kami yang nilainya tidak boleh ditukar ganti. Karya ini lahir daripada ketulusan yang kami petikkan dengan ikhlas, sulamkan dengan ilham, ikatkan dengan rasa, tenunkan dengan hati, dan warnakan dengan jiwa. Nilai estetika, keaslian, dan darjatnya adalah terlalu tinggi untuk direndahkan demi sekeping kertas aduan, atau dinilai oleh pihak yang lebih tekun mengira jumlah keahlian di luar pentas berbanding mengagumi mutu seni di atas panggung.
4. UCAPAN PENGHARGAAN
Sibu DāTari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Seni Sarawak atas penganjuran FTLA 2026 sebagai wadah memartabatkan seni budaya tempatan. Ucapan terima kasih dan kebanggaan yang tidak terhingga juga ditujukan khusus buat:
Tokoh Rujukan: Atas bimbingan dan kebenaran mengolah rujukan ragam tari Ajat Iban Indu (versi Ulu Rajang).
Pengurus Pasukan(Harry Richard): Atas kepimpinan berintegriti dan pengurusan berkesan sepanjang pertandingan.
Koreografer (Arnab Jed): Atas sentuhan kreativiti, wawasan artistik, serta ketelitian susunan gerak tari yang menterjemahkan jiwa dan keindahan karya di atas pentas.
Komposer Muzik(Gusti Pratama) : Atas dedikasi dan kreativiti melahirkan gubahan muzik yang memukau mengiringi persembahan dengan instrumen engkerumong kayu secara rakaman khas (one-off).
Penari : Atas disiplin, komitmen, dan persembahan berkelas tinggi yang berjaya meraih penghormatan serta standing ovation daripada para penonton.
Krew Belakang Tabir: Atas kerja keras dan sokongan teknikal yang memuluskan persembahan di atas pentas.
Penyumbang Dana: Atas sokongan kewangan dan sumbangan yang membolehkan kontinjen beraksi dengan jayanya.
KESIMPULAN
Dengan pemulangan ini, Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu DāTari mengisytiharkan pengunduran diri sepenuhnya daripada siri FTLA 2026.
Kedudukan dan trofi kemenangan mungkin boleh bertukar tangan atas perincian aduan teknikal, namun penghormatan penonton serta keaslian seni yang disajikan di atas pentas akan kekal menjadi kebanggaan abadi kami. Memandangkan isu aduan seumpama ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran FTLA, kami menerima episod ini dengan dada terbuka sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang amat berharga buat Sibu D'Tari, kerana kami adalah insan yang terpilih untuk melalui pengalaman yang seumpama ini.
Di samping itu, sebagaimana yang telah dipersetujui bersama, hubungan baik serta kerjasama strategik antara Majlis Seni Sarawak dengan Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu DāTari akan terus terjalin kukuh demi pembangunan seni budaya pada masa akan datang.
Akhir kata, Sibu DāTari akan terus melangkah yakin untuk berkarya dan memartabatkan seni budaya Sarawak.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh,
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu DāTari
10/08/2026
Come and join usšš»
The next big event will come!
12th Sibu International Dance Festival 2026š„
āØ
10/08/2026
9 Ogos 2026 š¼āØ
~Persembahan sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Saberkas Sarawak ke - 18
Bertempat di Kingwood Hotel, Sibu Sarawakš„
10/08/2026
7-8 Ogos 2026šš¤ā¤ļø
~ Sedikit sedutan penglibatan Sibu D'Tari sempena Program Sarawak Ku Sayang Daerah Sarikei
Bertempat di Kompleks Sukan Sarikei.
03/08/2026
NOTIS HAK CIPTA TERPELIHARA
Adalah dimaklumkan bahawa Muzik Tarian Kreatif dan Taboh Iban (Papong Kayu) yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D'Tari dalam Siaran Langsung (Facebook Live) oleh Majlis Seni Sarawak sempena Festival Tarian dan Lagu Melayu Asli Peringkat Zon Tengah pada 17 ā 18 Julai 2026 adalah HAK CIPTA TERPELIHARA.
AMARAN:
Sebarang bentuk pendaftaran, penggunaan, penyalinan, muat turun, pemotongan klip (clipping), pemuatnaikan semula, atau pengedaran muzik tersebut TANPA KEBENARAN BERTULIS adalah DILARANG SAMA SEKALI.
Muzik berkenaan telah didaftarkan secara sah di bawah undang-undang Hak Cipta.
Sekian, terima kasih.
Daripada:
Pengurusan
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D'Tari