Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang

Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang

Share

Pages ini merupakan satu platform untuk Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang untuk memaparkan informasi kepada masyarakat awam.

MISI~
“Menjadikan kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi di bawah pengurusan PS&KL Pulau Pinang sebagai pilihan utama penggunaan dan penganjuran acara sukan dan rekreasi di peringkat Antarabangsa”

VISI~
Menyediakan Kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi yang lengkap dan terkini serta mempelbagaikan aktiviti penggunaan stadium dan kawasan lapang serta mempertingkatkan pendapatan”

DASAR KUALITI~
P

30/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾✨

Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) merakamkan ucapan Selamat Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Sama-sama kita menyemarakkan semangat perpaduan dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga. Semoga negara yang kita cintai ini kekal aman, makmur, dan maju jaya.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Dirgahayu Malaysiaku! ❤️🤍💙💛

30/08/2026

Kemudahan Trek Dan Balapan di
Stadium Negeri Pulau Pinang,Batu Kawan
akan ditutup pada 30 Ogos hingga 6 September2026.
Sebarang kesulitan adalah amat dikesali.
Sekian terima kasih.


Photos from Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang's post 29/08/2026

Alhamdulillah, terima kasih kepada YAB Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, kerana sudi hadir dan merasmikan Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 (MYJAM15) di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada hari ini. 🇲🇾⚜️

Kali terakhir Jambori Pengakap Malaysia diadakan di Pulau Pinang adalah 60 tahun yang lalu, dan kini ia kembali lagi dengan lebih meriah di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Kami amat berbangga kerana stadium ini dipilih sebagai lokasi penganjuran acara besar yang menghimpunkan ribuan anak muda dari seluruh negara dan luar negara.

Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) komited untuk terus menyediakan kemudahan dan infrastruktur bertaraf antarabangsa bagi menyokong acara-acara sukan, kepemudaan, dan komuniti di negeri ini.

Tahniah kepada semua peserta dan penganjur! Semoga semangat perpaduan, kepimpinan, dan khidmat terus subur dalam jiwa anak-anak muda Malaysia.

Majlis perasmian yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang; YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan; Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Eksekutif PSDKLPP; YBhg. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri; serta EXCO-EXCO negeri Pulau Pinang yang lain. Kehadiran semua pihak ini menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan kepemudaan dan sukan di negeri ini.

27/08/2026

Arena Jambori MYJAM15 di Batu Kawan! 🇲🇾⚜️

Cuti sekolah menjelma! Jom ke Arena Jambori MYJAM15 di Batu Kawan!!

Terbuka kepada semua — bukan pengakap pun boleh datang! Pelbagai aktiviti menarik menanti:
🍔 Gerai jualan
🎸 Busking & persembahan
🔥 Pertunjukan api
🎁 Cabutan bertuah
🎬 Tayangan filem patriotik
🏃 Fun Run
🌟 Artis & banyak lagi!

📅 29 Ogos – 3 Sept 2026
⏰ 10 pagi – 12 malam
📍 Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan

🎟️ Masuk PERCUMA!

Ayuh, ramai-ramai kita meriahkan!



Kredit: FB 15th Malaysian Scout Jamboree

24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ

12 Rabiulawal 1448 Hijrah

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadi inspirasi untuk mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada
Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang

Photos from Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang's post 24/08/2026

🏑 Kejohanan Floorball Sekolah Malaysia (KFSM) 2026 – Kompleks Sukan Balik Pulau

Baru-baru ini, Kompleks Sukan Balik Pulau menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Floorball Sekolah Malaysia (KFSM) 2026 yang berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos lalu.

Para atlet muda dari seluruh Malaysia telah menunjukkan aksi dan semangat juang yang sangat membanggakan di gelanggang. Tahniah kepada semua peserta dan pasukan yang terlibat! 👏

Semoga kejohanan seperti ini terus memberi inspirasi kepada generasi muda dalam sukan floorball.

📌 Lokasi: Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang

Untuk tempahan KSBP, layari: https://etempahan.psdklpp.gov.my/our-facilities/5

17/08/2026

📢 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Pelbagai bakat, kemahiran & kreativiti akan dipamerkan dalam bidang jahitan, masakan, dandanan, seni gubahan & digital.

📅 22 OGOS 2026 (Sabtu)
📍 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗠𝗶𝗹𝗲𝗻𝗶𝘂𝗺, Kepala Batas, Pulau Pinang

Ayuh hadir bersama keluarga & rakan, dan sokong peserta yang telah mencurahkan usaha & kreativiti mereka!

Ini bukan sekadar kemahiran — ini adalah bakat & potensi yang membanggakan!

JOM DATANG! JOM SOKONG! JOM MERIAHKAN! 🎉💚

Sumber: KEMAS Negeri Pulau Pinang

15/08/2026

Rasai sendiri gegaran enjin CubPrix!



Photos from Pejabat SUK Pulau Pinang's post 14/08/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐒𝐃𝐊𝐋𝐏𝐏 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

PSDKLPP diketuai Pengarah Eksekutif, Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke YB Dato' Dr. Jafri bin Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di KOMTAR.

Perbincangan menumpukan strategi pengurusan stadium dan kawasan lapang agar lebih optimum—bukan sekadar penyelenggaraan, tetapi memastikan kemudahan digunakan sepenuhnya untuk pelbagai aktiviti sukan, rekreasi, program komuniti, dan penganjuran acara yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

PSDKLPP juga berkongsi perkembangan terkini serta komitmen menyelaras perancangan dengan Kerajaan Negeri bagi merealisasikan aspirasi Penang 2030.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Simpang Ampat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


STADIUM NEGERI PULAU PINANG
Simpang Ampat
14100