22/09/2026
🎯 PENCARIAN ATLET BAHARU KELAB MEMANAH UUM 2026/2027 🏹
Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙
Adakah anda bersedia untuk menyahut cabaran dan mewakili UUM di persada sukan memanah? Kelab Memanah Universiti Utara Malaysia kini membuka pengambilan atlet baharu bagi sesi 2026/2027! 🏹✨
Kami mencari bakat-bakat baharu yang berdisiplin, bersemangat tinggi, dan komited untuk digilap menjadi pemanah yang cemerlang. Sama ada anda sudah berpengalaman atau mahu mengasah bakat ke peringkat yang lebih tinggi, inilah peluang anda!
Butiran Pengambilan:
📌 Terbuka kepada: Semua pelajar Universiti Utara Malaysia
📌 Kategori: Recurve / Compound
Mengapa Menyertai Kami?
✅ Latihan berstruktur bersama jurulatih & ahli pasukan
✅ Peluang mewakili UUM ke kejohanan antara universiti (MASUM) & kebangsaan
✅ Membina semangat kesukanan, disiplin, dan kepimpinan
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UUM Archery! 🎯🔥
Daftar sekarang melalui pautan berikut:
👇👇👇
https://forms.gle/LVS2EkaxSBHmivmeA
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami pada nombor tertera atau pautan Linktree di bawah.
Haikal: 010-944 1366
Mustaqim: 019-721 8801
https://linktr.ee/UUM_archery_club
Ikhlas daripada,
🏹 Kelab Memanah
Universiti Utara Malaysia
2026 / 2027
•••••••••••••••••••••••••••••••••
SoaringUpwards