01/05/2026
[ SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER SESI A252 ]
Assalamualaikum dan Salam Biru Warna π
Kami daripada Kelab Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Utara Malaysia ingin mengucapkan selamat bercuti pertengahan semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia.
Gunakan peluang cuti ini untuk berehat seketika daripada kesibukan kuliah, menyusun kembali fokus, serta meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang. Semoga masa ini juga dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat dan memberi ketenangan jiwa.
Selamat bercuti dan jaga diri baik-baik π€β¨
Ikhlas daripada:
Kelab Rakan Siswa YADIM (RSY) UUM
Sesi 2025/2026
01/05/2026
[ SELAMAT HARI PEKERJA 2026]
Assalamualaikum wbt dan Salam Biru Warna π
Kelab Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Utara Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam membangunkan masyarakat dan negara.
Hari Pekerja merupakan satu penghargaan kepada segala usaha, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan oleh setiap individu dalam bidang masing-masing. Tanpa usaha gigih para pekerja, kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi hari ini tidak mungkin dapat direalisasikan.
Jangan lupa follow akaun RSY UUM di:
β’ IG: rsy_uum
β’ TikTok: rsy_uum
β’ FB: Rakan Siswa YADIM UUM
β’ YouTube: IMPACT RSYUUM
30/04/2026
[ PROGRAM PENDAKIAN RSY: MENGGAPAI PUNCAK TAQWA ]
Assalamualaikum dan Salam Biru Warna π
Exco Sukan dan Rekreasi Kelab Rakan Siswa YADIM, Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Program Pendakian RSY: Menggapai Puncak Taqwa.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, meningkatkan ketahanan fizikal dan mental serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Selain itu, pengisian program turut memberi peluang kepada para peserta untuk lebih menghargai keindahan alam sambil mendekatkan diri kepada Pencipta.
π Butiran program adalah seperti berikut:
ποΈ Tarikh : 24 April 2026 (Jumaat)
π Masa : 6.30 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat : Gunung Kerengga, Kuala Nerang, Kedah
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ahli jawatankuasa serta pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
30/04/2026
[ PROGRAM BICARA MUSLIM & MUSLIMAH: SYARIAH VS STYLE ]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.ππ
Exco Logistik & Teknikal Kelab Rakan Siswa YADIM, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Program Bicara Muslim & Muslimah : Syariah VS Style. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang batas aurat dan etika berpakaian menurut syariat Islam, seterusnya membentuk sahsiah diri agar sentiasa berpakaian sopan, kemas dan bersih khususnya di institusi pengajian. Dalam masa yang sama, program ini juga berperanan memupuk keyakinan diri pelajar untuk tampil dengan identiti Muslim dan Muslimah yang selari dengan tuntutan agama serta sesuai dengan peredaran zaman.
πButiran program adalah seperti berikut:
πTarikh: 20/4/2026
π°οΈMasa: 8:30PM-10PM
πPlatform: Webex
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
30/04/2026
[ PROGRAM LAMBAIAN UKHWAH: MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM ]
Assalamualaikum dan Salam Biru Warna π
Exco Komuniti, Integrasi & Antarabangsa Kelab Rakan Siswa YADIM, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Program Lambaian Ukhwah: Menyantuni Anak-Anak Yatim. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai kasih sayang, empati dan keprihatinan terhadap golongan anak yatim. Selain itu, program ini bertujuan memberi sokongan moral dan kegembiraan kepada anak-anak yatim agar mereka berasa dihargai serta tidak terpinggir dalam kehidupan sosial.
πButiran program adalah seperti berikut:
πTarikh: 17/4/2026
π°οΈMasa: 8AM-12PM
πTempat: Bilik Galeria, Pusat Islam
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ahli jawatankuasa serta pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
30/04/2026
[ HOPE DAY KELAB RAKAN SISWA YADIM ]
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna π
Kelab Rakan Siswa YADIM Universiti Utara Malaysia telah berjaya menjayakan penyertaan dalam HOPE DAY yang berlangsung dengan penuh meriah dan sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Kelab Rakan Siswa YADIM kepada warga kampus serta memberi pendedahan tentang aktiviti dan pengisian yang dijalankan sepanjang sesi.
π Butiran program adalah seperti berikut:
ποΈ Tarikh : 12 β 16 April 2026
π Masa : 3.00 petang β 11.00 malam
π Tempat : Padang Kawad PALAPES
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di booth kami. Selain itu, program ini turut membuka peluang kepada para pelajar untuk mendaftar sebagai ahli baharu, sekaligus memperluaskan lagi jaringan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa.
Program ini berjalan dengan lancar hasil komitmen tinggi daripada barisan jawatankuasa serta kerjasama semua pihak yang terlibat.
30/04/2026
[ PROGRAM KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) KELAB RAKAN SISWA YADIM SESI 25/26 ]
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna π
Kelab Rakan Siswa YADIM Universiti Utara Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dengan jayanya.
Program ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran pengurusan organisasi dalam kalangan pimpinan kelab, di samping memberi pendedahan berkaitan aspek pentadbiran, perancangan program serta pengurusan yang lebih sistematik dan berkesan.
π Butiran program adalah seperti berikut:
ποΈ Tarikh : 10 April 2026
π Masa : 8.30 pagi β 5.00 petang
π Tempat : Dewan Kuliah Gugusan 2 (DKG 2), UUM
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian berbentuk teori dan amali yang memberi manfaat dalam meningkatkan kefahaman serta kemahiran pengurusan organisasi.
Program ini berjalan dengan lancar hasil komitmen tinggi daripada barisan jawatankuasa serta kerjasama penuh daripada semua pimpinan yang terlibat.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
21/03/2026
[ SALAM AIDILFITRI 1447H ]
Assalamualaikum dan Salam Biru Warna π
Kami daripada Kelab Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Utara Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Universiti Utara Malaysia.
Setelah sebulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadan, semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa. Aidilfitri merupakan saat yang penuh kegembiraan dan keberkatan untuk kita saling bermaafan, mengeratkan silaturahim serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan.
Semoga Syawal yang tiba membawa kebahagiaan, kedamaian, dan keberkatan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin π€β¨
Ikhlas daripada:
Kelab Rakan Siswa YADIM (RSY) UUM
Sesi 2025/2026
Jangan lupa follow akaun RSY UUM di:
β’ IG: rsy_uum
β’ TikTok: rsy_uum
β’ FB: Rakan Siswa YADIM UUM
β’ YouTube: IMPACT RSYUUM
MemacuFastabiqulKhairat
19/03/2026
β³ RAMADAN RECHARGE WITH RSY β³
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna π
Kami dari Kelab Rakan Siswa YADIM (RSY) mempersembahkan Program Ramadan Recharge With RSY, satu inisiatif perkongsian ringkas sepanjang bulan Ramadan yang bertujuan untuk mengisi rohani, minda dan motivasi masyarakat melalui pelbagai bentuk pengisian yang bermanfaat.
β¨ Objektif program ini adalah:
π Memberi pengisian rohani dan inspirasi Ramadan melalui pelbagai jenis perkongsian seperti tazkirah ringkas, refleksi diri, motivasi, amalan harian dan peringatan bermakna sepanjang bulan Ramadan.
π Menyampaikan mesej dakwah secara kreatif dan mudah diakses menggunakan format video pendek agar ilmu dapat difahami dengan cepat, ringan dan sesuai dengan gaya penonton masa kini.
π Membangkitkan kesedaran dan semangat pengamalan nilai Islam dalam kehidupan seharian, bukan sahaja dari aspek ibadah tetapi juga akhlak, pengurusan diri dan hubungan sesama manusia.
π Menjadikan Ramadan sebagai ruang βrechargeβ diri untuk memperbaiki hubungan dengan Allah SWT serta memperkukuh jati diri sebagai Muslim yang lebih baik.
π Butiran program:
π
Tarikh: Setiap hari (sepanjang bulan Ramadan)
π Platform: Instagram & TikTok
π± IG & TikTok:
SiapSiagaPendakwahMuda
FastabiqulKhairat
RSYHidupkanRamadan