30 Ogos 2026 - Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Taman Universiti diundang untuk bersama-sama memeriahkan Program Sambutan Ambang Merdeka ke-69 anjuran KRT Zon Kemajuan / Kejayaan, Taman Universiti. Pelbagai acara telah dijalankan dan tidak ketinggalan juga persembahan silat daripada penuntut Tunas Silat Cekak Hanafi, Taman Universiti. Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Silat Cekak Hanafi Johor Darul Takzim
Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Taman Universiti, Taman Sri Pulai, Academy Darul-Huffaz, SMA Kota Tinggi & Balai Raya Komuniti Islam Taman Anggerik
Objektif Silat Cekak Hanafi:
1. Membanteras amalan tahyul dan khurafat dalam dunia persilatan Melayu.
2. Membudayakan budaya persilatan Melayu dalam masyarakat masa kini.
3. Bersilat demi menjaga keselamatan diri dan keluarga, bukannya untuk memulakan pergaduhan. Kelebihan Silat Cekak Hanafi:
1. Berdiri lurus.
2. 99% adalah mempertahankan diri dan 1% menyerang.
3. Silibus pelajaran yang mudah da
30/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
31 Ogos 2026
Kemerdekaan menyatukan kita.
Warisan membentuk jati diri.
Perpaduan mengukuhkan negara.
Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme serta bersama-sama membina Malaysia yang aman, bersatu dan gemilang.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
CAWANGAN JOHOR DARUL TAKZIM
28/08/2026
Jasamu tetap kami kenang.. Terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan. Anda insan luar biasa! 😊👍🏽
27 Ogos 2026 - Kelas latihan mingguan Taman Universiti, Skudai.
"Tidak ada sukses tanpa proses"
Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ
Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam. 🌙✨
Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur di hati, dan semoga kita dikurniakan syafaat Baginda di akhirat kelak.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H 🌹
“Menyantuni Umat Membawa Berkat”
14 Ogos 2026 - Kelas latihan mingguan Taman Sri Pulai.
"Kita jangan cepat luntur dalam usaha mencapai matlamat perjuangan. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita akan mencapainya. Dan berusahalah bersungguh-sungguh serta bergantung hati pada Allah S.W.T." - Pesanan Yang Mulia Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.
16/08/2026
10/08/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Address
Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti
Skudai
81300