26/07/2026
PENYERAHAN SUMBANGAN SKUAD FUTSAL KEMAS ZON LUBOK ANTU HARI POTENSI KEMAS PERINGKAT ZON 2 2026
LA United FC ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada skuad Futsal KEMAS ZON Lubok Antu semasa Program Hari Potensi KEMAS Peringkat Zon 2 di Padang KPSU Lama Sri Aman bertarikh 27-28 Julai 2026.
LA United FC juga telah membantu dengan memberikan sumbangan seperti Air Mineral & 100 Plus untuk kegunaan skuad & tenaga pengajar yang mengurus dan melatih pasukan ZON Lubok Antu sepanjang kejohanan.
Kelab Bola Sepak LA United serta tenaga pengajar yang lain mengharapkan keputusan yang positif untuk pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.
Terima Kasih juga kepada Lik Seng Marketing Sdn Bhd kerana telah membekalkan dan menyediakan sumbangan yang diberikan kepada skuad Futsal KEMAS Zon Lubok Antu.
Semoga Berjaya Anak Muda !!!
⬛🟨
ECHTE LIEBE
24/07/2026
PEMILIHAN PEMAIN BAHAGIAN SRI AMAN LIGA PREMIER SARAWAK 2026 - 2027
Kepada yang berminat ingin mewakili skuad Bola Sepak Sri Aman FA Liga Premier Sarawak 2026 - 2207 boleh hadir untuk sesi pemilihan pemain bertarikh :
PADANG KOMPLEKS SUKAN SRI AMAN
25.07.2026
Sabtu
8.00-10.30pg
26.07.2026
Ahad
8.00-10.30pg
3..30pm-6.30pm
Kelab Bola Sepak LA United juga mengharapkan belia-belia di sekitar kawasan Lubok Antu yang berminat boleh hadir untuk menyertai pemilihan ini.
⬛🟨
ECTHE LIEBE
07/07/2026
PENYERAHAN SUMBANGAN SKUAD BOLA SEPAK ZON LUBOK ANTU KEJOHANAN BOLA SEPAK REBUTAN YAYASAN SARAWAK 11TKB PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN
LA United FC ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada skuad Bola Sepak ZON Lubok Antu dalam kejohanan Bola Sepak Rebutan Yayasan Sarawak 11TKB Peringkat Bahagian Sri Aman di SK Munggu Beringin bertarikh 8-9 Julai 2026.
LA United FC juga telah membantu dengan memberikan sumbangan seperti Air Mineral & 100 Plus untuk kegunaan skuad & tenaga pengajar yang mengurus dan melatih pasukan ZON Lubok Antu sepanjang kejohanan.
Skuad Zon Lubok Antu yang diiringi oleh tenaga pengajar iaitu En.Bradley Ambak selaku Pengurus Teknik Bola Sepak Zon Lubok Antu merupakan juga Jurulatih Kelab Bola Sepak LA United serta tenaga pengajar yang lain mengharapkan keputusan yang positif untuk pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.
Terima Kasih juga kepada Lik Seng Marketing Sdn Bhd kerana telah membekalkan dan menyediakan sumbangan yang diberikan kepada skuad Bola Sepak Zon Lubok Antu.
Semoga Berjaya Anak Muda !!!
⬛🟨
ECHTE LIEBE
20/06/2026
PENYERAHAN SUMBANGAN SKUAD BOLA SEPAK SMK LUBOK ANTU BAWAH 15 TAHUN PERINGKAT BAHAGIAN MSSB SRI AMAN 2026
LA United FC ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada skuad Bola Sepak SMK Lubok Antu Bawah 15 Tahun dalam kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Peringkat Bahagian MSSB Sri Aman di SMK Sri Aman bertarikh 23-25 Jun 2026.
LA United FC juga telah membantu dengan memberikan sumbangan seperti Air Mineral & 100 Plus untuk kegunaan skuad & tenaga pengajar yang mengurus dan melatih pasukan SMK Lubok Antu sepanjang kejohanan.
Skuad SMK Lubok Antu yang diiringi oleh tenaga pengajar iaitu En.Gilvin Bujang selaku Jurulatih serta tenaga pengajar yang lain mengharapkan keputusan yang positif untuk pasukan sepanjang kejohanan berlangsung
Terima Kasih juga kepada Lik Seng Marketing Sdn Bhd kerana telah membekalkan dan menyediakan sumbangan yang diberikan kepada skuad Bola Sepak SMK Lubok Antu.
Semoga Berjaya Anak Muda !!!
⬛🟨
ECHTE LIEBE
20/06/2026
PENYERAHAN SUMBANGAN PERUNTUKAN DANA MRP 2026
Sesi Penyerahan cek Sumbangan Peruntukan Dana MRP 2026 kepada Kelab Bola Sepak LA United daripada PTK Tuan Jack Meredan wakil kepada Yang Berhormat Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa,Industri & Pelaburan Sarawak pada 20 Jun 2026.
Kelab Bola Sepak LA United mengucapkan Terima Kasih kepada N.34 Batang Ai YB Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh & PTK Tuan Jack Meredan atas Sumbangan Peruntukan Dana MRP 2026 kepada kelab.
Adalah satu berita yang amat baik kepada Kelab Bola Sepak LA United terus melakukan aktiviti-aktiviti tahunan kelab selaras dengan misi & visi kelab untuk kalangan belia Lubok Antu dalam sukan bola sepak.
⬛🟨
ECHTE LIEBE
20/06/2026
PERASMIAN PROJEK RTP BINA BAHARU GELANGGANG FUTSAL KAONG ULU,LUBOK ANTU
Kelab Bola Sepak LA United hadir untuk Majlis Perasmian Projek RTP Bina Baharu Gelanggang Futsal Kaong Ulu sempena Ngiling Tikai Gawai Dayak 2026 di Rumah Jubang,Kaong Ulu,SPS Fasa 1,Batang Ai,Lubok Antu pada 20 Jun 2026.
Dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Malcolm Mussen Lamoh,Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa,Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Batang Ai bersama rombongan yang dianjurkan oleh JKKK Rumah Jubang Kaong Ulu & Raban Belia Kaong Ulu
Diharapkan dengan projek RTP seperti ini dapat memupuk semangat belia-belia di daerah Lubok Antu untuk terus aktif dalam sukan futsal.
⬛🟨
ECHTE LIEBE
01/06/2026
Selamat Hari Gawai Dayak 2026 !
Gayu Guru Gerai Nyamai
Lantang Senang Nguan Menua
Ohhhhhaaaaaaaaa!!!
30/05/2026
AJK LA UNITED FC E-FOOTBALL TOURNAMENT
Kelab Bola Sepak LA UNITED FC ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang LA UNITED FC E-FOOTBALL TOURNAMENT yang berlangsung pada hari ini (30 Mei 2026).Kepada peserta tidak bernasib baik mungkin bukan rezeki untuk kali ini.
Maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dalam penganjuran E-FOOTBALL ini,kami akan perbaiki di kemudian hari.Terima kasih semua atas kerjasama & disiplin sepanjang LA UNITED E-FOOTBALL TOURNAMENT ini.Jumpa lagi di lain hari.
⬛🟨
ECTHE LIEBE
30/05/2026
LA UNITED FC E-FOOTBALL TOURNAMENT
Senarai Pemenang
JOHAN🥇: Mikesuwel Bakir Anak Beruin (Sugiono FC)
N/JOHAN🥈: Pradit Anak Philip (Offgrid)
KETIGA🥉: Afif Nur Bazil (Mariasyaqirah)
CENDERAMATA 🎖: Dewan & JKKK Rumah Kathleen Palau,Kampung Iban,Lubok Antu
Kelab Bola Sepak LA United ingin mengucapkan tahniah kepada senarai pemenang LA UNITED FC E-FOOTBALL TOURNAMENT yang berlangsung pada hari ini (30 Mei 2026) di Dewan Kampung Iban,Rumah Kathleen Palau,Kampung Iban,Lubok Antu.Majlis penyerahan hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh En.Leonard Leging Sandin wakil kepada Presiden Kelab Bola Sepak LA United.
Dengan itu juga,pihak Kelab Bola Sepak LA United telah memberikan penghargaan cenderamata kepada JKKK Rumah Kathleen Palau,Kampung Iban sebagai tanda terima kasih kerana sudi menyewakan Dewan untuk menganjurkan pertandingan E-Football.Fasaliti serba lengkap dan kemudahan yang sedia ada sesuai untuk menganjurkan pertandingan sedemikian.
E-Sukan bukan sekadar permainan digital,ia adalah budaya,kerjaya dan pemangkin untuk ekpresi diri belia masa kini.
30/05/2026
LA UNITED FC E-FOOTBALL TOURNAMENT
Sabtu - 30 Mei 2026
Dewan Kampung Iban,Lubok Antu