Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan

Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan

Share

Merancang & Menjalankan aktiviti-aktiviti Sukan Sepak Takraw. Mempromosi, menggalak & membangunkan Sukan Sepak Takraw.

Memilih & menilai pemain untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan Sepak Takraw.

Photos from Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan's post 10/02/2026

Regu KESETABB dari Sri Aman muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN Dudong anjuran Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, Sibu, semalam.

KESETABB menurunkan pemain gabungan senior dan junior sebagai strategi khas untuk memberi pendedahan pengalaman kepada pemain junior dalam pertandingan kali ini.

Regu KESETABB diwakili oleh Valentine Basat (Apit Kiri), Alistair Sandom (Apit Kanan), Roberto Keling (Tekong), Ricky Mamat (Tekong) serta Bain Jamu sebagai Apit Kanan simpanan.

Dalam peringkat kumpulan, KESETABB telah menjadi juara kumpulan selepas diundi bersama regu EVAVIOR (Bintangor), Sibu Jaya Fighter (Bomba Sibu Jaya) dan pasukan STGK (Kanowit).

Di peringkat akhir, KESETABB berdepan dengan regu My Spirit (Julau) dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-0, set pertama 15-11 dan set kedua 15-9, sekali gus dinobatkan sebagai juara Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN Dudong 2026.

Pasukan ini membawa pulang wang tunai RM700 berserta piala dan pingat sebagai penghargaan.

Menurut Pengurus Pasukan KESETABB, Alexander Frusis, kejayaan ini merupakan hasil daripada latihan berterusan dan kerjasama mantap antara pemain senior dan junior.

Beliau juga menekankan kepentingan memberi peluang kepada pemain muda untuk berdepan pengalaman pertandingan sebenar demi pembangunan sukan sepak takraw di peringkat tempatan.

Selain itu, Alexander berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda untuk menceburi sukan sepak takraw serta memperkuatkan pasukan KESETABB pada masa akan datang.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong dan peminat sukan tempatan, sekali gus memperkukuhkan lagi semangat kesukanan di kalangan masyarakat di kawasan DUN Dudong.

Oleh Adi Safarman @ Utusan Sarawak.

https://utusansarawak.com.my/regu-kesetabb-muncul-juara-pertandingan-sepak-takraw-piala-dun-dudong/?fbclid=IwdGRzaAPthLJjbGNrA-2EaGV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHi5UPeCGl7hU8eJdrnmlP53RMdWrtVBQj713RL26obXgN_hNWJsq7HIKOUZR_aem_0P4jF6LSnNa0TMN0nutsqA&sfnsn=wa

08/01/2026

KENYATAAN MEDIA
8 Januari 2026

Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi pada 7 Januari 2026. Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara berkenaan prestasi sukan sepaktakraw sepanjang tahun 2025 yang lalu dan perancangan PSM bagi tahun 2026.

PSM merakamkan ucapan tahniah dan syabas khususnya kepada Pasukan Sepaktakraw Kebangsaan yang telah berjaya melakar sejarah memenangi pingat emas dalam acara berpasukan dan regu di Sukan Sea 2026 Thailand baru-baru ini.

Terima kasih juga kepada semua peminat dan penyokong pasukan sepaktakraw kebangsaan diseluruh negara atas sokongan serta doa sehingga kejayaan besar ini
dicapai.

Bagi tahun 2026, beberapa kejohanan utama peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan diadakan antaranya Piala Emas Khir Johari, Piala Tun Ali, Sukan Asia 2026 dan STL 2026. Pada tahun ini juga PSM telah diberikan mandat oleh
ISTAF untuk Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepaktakraw 2026 di Kuala Lumpur yang bakal melibatkan penyertaan daripada 26 buah negara. Penganjuran kejohanan ini juga bersempena dengan tahun melawat malaysia 2026.

PSM turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ISTAF di atas
pengiktirafan yang diberikan kepada Mohd Syahir Rosdi sebagai Pemain Tekong Terbaik Dunia.

Selain itu, NSTDP bagi tahun ini akan ditambahbaik berbanding tahun lalu bagi
memastikan program pembangunan pemain sepaktakraw lelaki dan wanita diperluaskan di seluruh negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain pelapis diperingkat negeri dan negara.

Disamping itu, kursus-kusrus dan bengkel-bengkel kejurulatihan dan pengadilan akan diadakan sepanjang tahun 2026 bagi memberi ruang kepada mana-mana individu yang berminat dalam bidang kejurulatihan dan pengadilan.

Harapan PSM bagi tahun 2026 ini adalah untuk terus membina kejayaan dan kecemerlangan sukan sepaktakraw negara serta meraih lebih banyak kejayaan yang membanggakan.

Sekian, terima kasih.

DATUK HAJI ABIDULLAH BIN HAJI SALLEH
Setiausaha Agung
Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sri Aman?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Pejabat Urusan Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan, Tingkat 1, Sublot 7, Lot 1524, Block 3, Jalan Bayu
Sri Aman
95000