KD PERANTAU

KD PERANTAU KD PERANTAU one of the Royal Malaysian Navy Hydrographic Survey Vessel. She was commissioned on 12 Oct 1998.

๐ŸŒŠ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ ๐–๐€๐๐ƒ๐„๐‘๐„๐‘๐’ ๐๐„๐€๐‚๐‡ ๐…๐”๐ ๐‘๐”๐ โš“๏ธ๐Ÿ’ช๐ŸŒŠMeneruskan momentum kecergasan PERANTAU Wanderers, aktiviti Wanderers Beach Fun Run di...
16/09/2026

๐ŸŒŠ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ ๐–๐€๐๐ƒ๐„๐‘๐„๐‘๐’ ๐๐„๐€๐‚๐‡ ๐…๐”๐ ๐‘๐”๐ โš“๏ธ๐Ÿ’ช๐ŸŒŠ

Meneruskan momentum kecergasan PERANTAU Wanderers, aktiviti Wanderers Beach Fun Run diadakan dalam suasana santai di sepanjang pesisir pantai Labuan.

Deruan ombak dan pemandangan laut sebagai latar, larian ini bukan sahaja menyegarkan tubuh dan minda warga malah mengeratkan ukhwah serta mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Perantau Wanderers.

Pelbagai acara telah dijalankan di sepanjang pesisir pantai, menjadikan suasana lebih meriah dan menyeronokkan. Selain mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, program ini turut menjadi ruang untuk warga Wanderers beriadah dalam suasana yang santai dan penuh keceriaan. โš“๏ธ๐Ÿค

Keep it up Perantau Wanderers Crew 151!!!





๐‰๐š๐ฅ๐ข๐ง๐š๐ง ๐”๐ค๐ก๐ฐ๐š๐ก: ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐…๐ซ๐ข๐ž๐ง๐๐ฅ๐ฒ ๐Œ๐š๐ญ๐œ๐ก โ€“ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐ฏ๐ฌ ๐”๐๐’ ๐‹๐š๐›๐ฎ๐š๐ง โšฝ๐ŸคPERANTAU Wanderers meneruskan jalinan ukhwah dan sem...
12/09/2026

๐‰๐š๐ฅ๐ข๐ง๐š๐ง ๐”๐ค๐ก๐ฐ๐š๐ก: ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐…๐ซ๐ข๐ž๐ง๐๐ฅ๐ฒ ๐Œ๐š๐ญ๐œ๐ก โ€“ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐ฏ๐ฌ
๐”๐๐’ ๐‹๐š๐›๐ฎ๐š๐ง โšฝ๐Ÿค

PERANTAU Wanderers meneruskan jalinan ukhwah dan semangat kesukanan melalui perlawanan bola sepak persahabatan bersama pasukan Unit Pengawasan Senggaraan (UPS) Labuan. Perlawanan berlangsung dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat, sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kedua-dua pasukan.

Lebih daripada sekadar perlawanan di atas padang, aktiviti ini menjadi ruang untuk mengukuhkan persahabatan, memupuk semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan antara Warga PERANTAU Wanderers dan UPS Labuan.

Terima kasih Tim UPS Labuan atas sambutan dan kesudian bersama-sama mencipta momen yang penuh bermakna.

Satu padang, satu semangat, satu ukhwah! โšฝ๐Ÿ”ฅ๐Ÿค

๐Š๐ž๐ž๐ฉ ๐ข๐ญ ๐ฎ๐ฉ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ !!!





๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก, ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐งKD PERANTAU telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Bekalan KD...
09/09/2026

๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก, ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง

KD PERANTAU telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Bekalan KD PERANTAU dengan jayanya pada 3 September yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lt Kdr Noor Hazmi bin Rosli TLDM di atas segala khidmat bakti, komitmen serta profesionalisme sepanjang melaksanakan tugas sebagai Pegawai Bekalan KD PERANTAU.

Dalam masa yang sama, warga mengalu-alukan kehadiran Lt Rozainie binti Zaid TLDM sebagai Pegawai Bekalan KD PERANTAU yang baharu. Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi memastikan kesiagaan serta keupayaan operasi KD PERANTAU sentiasa berada pada tahap terbaik.

๐‘ญ๐’‚๐’Š๐’“ ๐‘พ๐’Š๐’๐’… ๐’‚๐’๐’… ๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’†๐’‚๐’”





๐‹๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ’ช Salam dari Pulau Mutiara, Labuan โ€” Perantau Wanderers! โš“๏ธ๐ŸŒŠSetibanya di bumi La...
08/09/2026

๐‹๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ’ช

Salam dari Pulau Mutiara, Labuan โ€” Perantau Wanderers! โš“๏ธ๐ŸŒŠ

Setibanya di bumi Labuan, Perantau Wanderers meneruskan aktiviti rutin yang menjadi nadi kekeluargaan warga iaitu Larian Sihat Wanderers Crew 151.

Aktiviti ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan warga kapal, malah turut mengeratkan silaturahim, memupuk semangat setiakawan serta membina esprit de corps dalam kalangan PERANTAU Wanderers.

๐Š๐ž๐ž๐ฉ ๐ข๐ญ ๐ฎ๐ฉ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ!!!





๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” โš“๏ธ๐Ÿ“šPERANTAU Wanderers Crew telah mengikuti Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk "Introduction to Electro...
04/09/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” โš“๏ธ๐Ÿ“š

PERANTAU Wanderers Crew telah mengikuti Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk "Introduction to Electronic Navigational Charts & ECDISโ€ yang telah disampaikan oleh Pegawai Laksana.

Sesi ini memberi pendedahan berkaitan aspek pengenalan kepada Electronic Navigational Charts (ENC) serta Electronic Chart Display and Information System (ECDIS), di samping memberikan kefahaman asas mengenai fungsi dan penggunaannya sebagai salah satu elemen penting dalam aspek navigasi untuk keselamatan pelayaran.

Semoga perkongsian ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kefahaman warga kapal, seterusnya meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Ilmu dikongsi, kefahaman diperkukuh, kemahiran dipertingkat. โš“๏ธ

Keep it up PERANTAU Wanderers Crew 151!!!





๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐†๐„๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐Š ๐‹๐€๐”๐๐†๐€๐ ๐€๐™๐€๐ ๐Š๐ƒ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐Ÿ•Œโš“๏ธDalam usaha menyemarakkan syiar Islam serta memperkukuh nilai kerohani...
01/09/2026

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐†๐„๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐Š ๐‹๐€๐”๐๐†๐€๐ ๐€๐™๐€๐ ๐Š๐ƒ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐Ÿ•Œโš“๏ธ

Dalam usaha menyemarakkan syiar Islam serta memperkukuh nilai kerohanian dalam kalangan warga, KD PERANTAU telah menganjurkan Pertandingan Gemersik Laungan Azan sebagai salah satu wadah untuk mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan diri serta menghayati keindahan dan kemuliaan laungan azan.

Bukan sekadar mencari suara yang merdu, tetapi turut menekankan aspek ketepatan sebutan, kesempurnaan makhraj, penyampaian dan penghayatan serta adab dan penampilan. Lebih daripada sebuah pertandingan, program ini menjadi ruang untuk memupuk semangat ukhuwah, kebersamaan dan kecintaan terhadap syiar Islam dalam kalangan Perantau Wanderers.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan, kesungguhan dan penghayatan. Semoga penyertaan dalam pertandingan ini menjadi pengalaman yang bermakna serta terus menyemarakkan semangat untuk mengimarahkan syiar Islam dalam kehidupan seharian.

Keep it up PERANTAU Wanderers Crew 151!!!





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026Semangat kemerdekaan bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026

Semangat kemerdekaan bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang, tetapi terpahat dalam jiwa untuk terus bersatu, saling menghormati dan menghargai keamanan yang kita kecapi.

Semoga sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 ini menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan kita.

Bersama kita melangkah, bersama kita menjaga keharmonian. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada
PERANTAU Wanderers Crew 151





โœจ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ โœจโš“๏ธ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐€๐๐ƒ๐„๐‘๐„๐‘๐’ ๐‚๐‘๐„๐– ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ โš“๏ธAlhamdulillah, PERANTAU Wanderers Crew 151 tel...
27/08/2026

โœจ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ โœจ
โš“๏ธ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐€๐๐ƒ๐„๐‘๐„๐‘๐’ ๐‚๐‘๐„๐– ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ โš“๏ธ

Alhamdulillah, PERANTAU Wanderers Crew 151 telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M yang diserikan dengan Ceramah Khas oleh Koperal Ustaz Muhammad Nizamuddin bin Saidin.
๐ŸŒ™ โ€œRahmat Untuk Sekalian Alamโ€

Majlis dimulai dengan iringan Warga Perantau berselawat bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ seterusnya sesi ceramah bagi menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga pengisian yang disampaikan dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ, memperkukuhkan ukhuwah sesama warga serta membentuk peribadi yang lebih berakhlak dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Iman di hati, akhlak dijiwai, tugas dilaksana. โš“๏ธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua PERANTAU Wanderers Crew 151 yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

๐Š๐ž๐ž๐ฉ ๐ข๐ญ ๐ฎ๐ฉ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ!!!





๐ŸŒ™โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ โœจ๐ŸŒ™๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S...
25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ โœจ๐ŸŒ™

๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah, meneladani akhlak mulia serta memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Semoga kita sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Baginda, memperbanyakkan selawat dan menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan keberkatan, rahmat dan syafaat Baginda di dunia dan akhirat.

โ€œ๐‘บ๐’†๐’”๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‰๐’๐’š๐’‚ ๐’•๐’†๐’๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’…๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’…๐’Š๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’”๐’–๐’๐’–๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’Š๐’•๐’– ๐’”๐’–๐’“๐’Š ๐’•๐’†๐’๐’‚๐’…๐’‚๐’ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’‚๐’Š๐’Œ ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’–.โ€
โ€” Surah Al-Ahzab: 21

๐Ÿค Salam Maulidur Rasul 1448H

Ikhlas daripada PERANTAU Wanderers Crew 151 โš“๏ธ





โš“๏ธ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Š๐ƒ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” โš“๏ธ(22 Ogos 2025 โ€“ 22 Ogos 2026)โ€œKemudi Seorang Nakhoda, Lahir Seb...
23/08/2026

โš“๏ธ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Š๐ƒ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” โš“๏ธ

(22 Ogos 2025 โ€“ 22 Ogos 2026)

โ€œKemudi Seorang Nakhoda, Lahir Sebuah Legasiโ€

Setahun bukan sekadar hitungan masa, tetapi sebuah perjalanan yang sarat dengan kepimpinan, keteguhan, pengorbanan dan dedikasi dalam mengemudi KD PERANTAU menuju kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kdr Ramli bin Mohd TLDM, Pegawai Memerintah KD PERANTAU atas kepimpinan, tunjuk ajar, kepercayaan dan komitmen yang telah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga PERANTAU Wanderers.

Setiap arahan menjadi pedoman, setiap keputusan menjadi teladan dan setiap langkah yang dipimpin telah meninggalkan jejak legasi dalam perjalanan PERANTAU Wanderers.

Majlis turut diserikan dengan pemakaian pangkat kepada warga PERANTAU Wanderers, iaitu BM TMK Mohammad Rizal bin Md Noh dan BM TMK Tc. Kaliarasen a/l Anumuthu.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat dan dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga segala jasa, usaha dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Pegawai Memerintah terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PERANTAU Wanderers untuk terus memberikan yang terbaik dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Terima Kasih Tuan. ๐Ÿซกโš“๏ธ

1 Tahun Pemerintahan. 1 Tahun Sebuah Legasi. โš“๏ธ





Address

Stiawan
32100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD PERANTAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KD PERANTAU:

Shortcuts

Share