Arus Bakti

Arus Bakti

Share

Suatu gagasan perubahan. Perubahan diri dan masyarakat.

#bersamaarus

Photos from Arus Bakti's post 25/04/2026

Malam ini, kami open gelanggang futsal. Bukan sekadar bermain, tapi juga ruang untuk anak muda berkumpul, berkenalan dan membina ukhwah.

Arus Futsal Frenzy yang berlangsung di W.O.S Subang Jaya, USJ1 dari jam 9.00–11.00 PM menghimpunkan hampir 50 anak muda dari 3 lokaliti — SS19, USJ16 & USJ1.

Di Arus Bakti, kami percaya pembangunan anak muda bukan hanya melalui ilmu, tetapi juga melalui sukan, disiplin dan kebersamaan.

Kerana pembentukan peribadi harus menyeluruh mencakupi tubuh badan dan jasmani yang kuat.

Photos from Arus Bakti's post 25/04/2026

Inilah aktiviti tahunan Arus Bakti - sumbangan Eid Gift Pack yang kami sampaikan semasa bulan Ramadhan baru-baru ini.

Kebajikan adalah antara fokus utama Arus Bakti dibawah tonggak Arus Komuniti. Kami percaya, setiap bantuan yang dihulurkan mampu menjadi asbab perubahan buat mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, kali ini Arus Bakti berpeluang menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid USJ 1 sebagai salah satu usaha kecil kami dalam menyantuni masyarakat setempat.

Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi keberkatan, dan setiap langkah kecil ini membawa impak yang besar untuk ummah.

25/04/2026

Jumpa semua malam ni.

Kasi bakar lemak, sambil catch-up!



17/05/2025

Penampilan dan kemenangan pertama buat ARUS FC.

Terus maju jaya buat semua.



12/05/2025

Perlawanan Persahabatan menentang

Semarakkan semangat kesukanan!




Photos from Arus Bakti's post 17/04/2025

Aksi sepanjang game.

17/04/2025

Selesai Futsal Raya Arus Bakti dengan kerjasama JK Lokaliti

Terima kasih diucapkan kepada TYDP IKRAM Subang Jaya yang turut hadir, Tn Zahid Mohd Jiwa & JK Lokaliti IKRAM Subang Jaya, Sdr Amirul.

Kurang lebih 40 peserta terdiri dari remaja dan belia berumur 16-35 tahun. Semoga kita dapat terus aktif bersukan, dan memberi keutamaan membina tubuh badan yang sihat.



17/04/2025

Photos from Arus Bakti's post 26/03/2025

Antara penerima Eid Gift Pack Arus Bakti. Berkongsi rezeki, meraih bahagia, bergembira bersama.

Itulah yang kami harapkan, terutamanya ingin menyambut Syawal yang bakal tiba kelak.

Kami mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak, terutamanya di akhir-akhir Ramadhan ini, agar kami dapat mengukir lebih banyak senyuman insya Allah.



26/03/2025

Alhamdulillah selesai serahan Eid Gift Pack Arus Bakti 1446H kepada 20 orang penerima dari kalangan anak-anak yatim.

Terima kasih kepada pihak jawatankuasa Surau Nurul Ehsan, USJ16 atas kerjasama dan ruang yang diberikan untuk kami sama mengejar pahala bersedekah dan menggembirakan anak yatim.

Doakan kami terus istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan, serta dapat sediakan lebih banyak lagi pek sumbangan pada tahun-tahun yang mendatang.




02/03/2025

SALAM RAMADHAN

Malam sunyi penuh barakah,
Tarawih dan tadarus kita lakukan,
Ayuh kita banyak beribadah,
Diampun dosa, diberi pengampunan.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila bulan Ramadan tiba, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
(HR Muslim No: 1793)

Selamat menjalani ibadah puasa! 🌙✨



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Subang Jaya