Amateur Softball Association of Selangor

Amateur Softball Association of Selangor

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amateur Softball Association of Selangor, Amateur Sports Team, Subang Jaya.

26/08/2026

SALAM TAKZIAH

Persatuan Sofbol Amatur Selangor (ASAS) merakamkan ucapan takziah dan dukacita kepada En. Nor Azan bin Mat Sarip, Jurulatih Pasukan Sofbol Lelaki Selangor SUKMA 2026 serta seluruh keluarga atas pemergian bapa mertua beliau, Allahyarham Shamsuri bin Omar, yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Presiden, Ahli Jawatankuasa & Seluruh Warga
Persatuan Sofbol Amatur Selangor (ASAS)

25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menjadi inspirasi untuk kita terus menghayati dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ikhlas daripada,
Persatuan Sofbol Amatur Selangor (ASAS)

24/08/2026

🏆 SELANGOR JUARA! 🏆

PERSATUAN SOFBOL AMATUR SELANGOR (ASAS) merakamkan setinggi-tinggi SYABAS DAN TAHNIAH kepada seluruh Kontinjen SUKMA Negeri Selangor atas kejayaan gemilang dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN SUKMA MALAYSIA 2026! ❤️💛

Kejayaan membanggakan ini merupakan hasil semangat juang, disiplin, komitmen dan kerja keras seluruh atlet, jurulatih, pegawai serta semua pihak yang telah bersama-sama membawa nama Negeri Selangor ke mercu kejayaan.

Ucapan tahniah dan penghargaan turut ditujukan kepada YB Najwan Halimi atas sokongan dan komitmen terhadap pembangunan serta kecemerlangan sukan Negeri Selangor.

ASAS turut merakamkan SYABAS dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atas usaha, perancangan dan komitmen dalam mempersiapkan kontinjen Selangor sehingga berjaya mencipta kejayaan yang amat membanggakan ini.

TAHNIAH SELANGOR!
🏆 JUARA KESELURUHAN SUKMA MALAYSIA 2026 🏆

❤️💛 RENTAK KITA, AKSI KITA! ❤️💛

SELANGOR JUARA!

— PERSATUAN SOFBOL AMATUR SELANGOR (ASAS)

21/08/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH

DARIPADA ASAS

KEJOHANAN SOFBOL SUKMA 2026

Amateur Softball Association of Selangor (ASAS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan, kerjasama, komitmen serta sokongan dalam menjayakan Kejohanan Sofbol SUKMA 2026.

Penghargaan khusus ditujukan kepada:

SEKRETARIAT SOFBOL SUKMA 2026
Atas komitmen, perancangan dan penyelarasan sepanjang berlangsungnya kejohanan.

PERSATUAN SOFBOL MALAYSIA
Atas sokongan, kerjasama dan kepakaran yang diberikan dalam memastikan pertandingan dilaksanakan dengan baik.

BARISAN PENGADIL SOFBOL MALAYSIA
Atas profesionalisme, integriti dan komitmen dalam memastikan setiap perlawanan berlangsung dengan adil serta mengikut peraturan pertandingan.

PENGURUSAN TEKNIKAL KEJOHANAN
Atas kerja keras dan kecekapan dalam mengurus serta memastikan segala aspek teknikal kejohanan berjalan lancar.

SEMUA KONTINJEN SOFBOL SUKMA 2026
Terima kasih kepada para atlet, jurulatih, pengurus dan pegawai pasukan dari seluruh negeri atas penyertaan, semangat juang serta semangat kesukanan yang dipamerkan.

PARA SUKARELAWAN
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjadi antara tulang belakang kejohanan melalui sumbangan masa, tenaga dan khidmat sepanjang penganjuran.

RAKAN STRATEGIK & PENGURUSAN FASILITI
Setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan dalam menyediakan kemudahan serta memastikan kelancaran operasi kejohanan.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Terima kasih atas kerjasama, kemudahan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran kejohanan.

PARA PENAJA & RAKAN KERJASAMA
Penghargaan atas kepercayaan, sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada kejohanan serta pembangunan sukan sofbol.

PENYOKONG & ORANG RAMAI
Terima kasih kepada keluarga, penyokong dan seluruh komuniti sofbol yang hadir memberikan sokongan serta memeriahkan kejohanan.

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG

ASAS turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua negeri yang berjaya meraih pingat dalam acara Sofbol SUKMA 2026.

Kepada semua pasukan yang bertanding, kemenangan bukan hanya diukur melalui pingat, tetapi juga melalui semangat juang, disiplin, persahabatan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Kejayaan penganjuran ini adalah kejayaan kita bersama.

Terima kasih atas segala sumbangan.
Tahniah kepada semua pemenang.
Syabas kepada seluruh warga Sofbol SUKMA 2026.

DARIPADA

AMATEUR SOFTBALL ASSOCIATION OF SELANGOR (ASAS)

BERSAMA MEMBANGUN & MEMARTABATKAN SOFBOL

Photos from Amateur Softball Association of Selangor's post 18/08/2026

18 ogos 2026

Keputusan Hari Ke 3.

Pasukan lelaki tewas pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan C menentang Pahang. namun layak ke peringkat XY kerana menduduki tempat ke2.

Manakala Pasukan Wanita tewas di perlawanan kedua peringkat kumpulan 0-10 menentang Negeri Sembilan.

17/08/2026

“SELAMAT DATANG KE NEGERI SELANGOR”

📅 17 Ogos 2026 | Isnin
📍 Padang Sofbol UKM, Bangi
🥎 Acara Sofbol SUKMA Selangor 2026

Presiden Persatuan Sofbol Amatur Selangor (ASAS), En. Rasidi Sidek, telah menyambut kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Muhammad Radhi Mat Din, yang hadir menyaksikan perlawanan sofbol antara Kedah dan Terengganu.

Turut hadir bersama ialah Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Kedah, En. Baddrol Bakhtiar, bagi memberikan sokongan kepada pasukan Kedah serta menyaksikan perlawanan tersebut.

Persatuan Sofbol Amatur Selangor mengalu-alukan kehadiran delegasi Negeri Kedah ke bumi Selangor dan mengucapkan selamat datang serta selamat bertanding dalam temasya SUKMA Selangor 2026.

Selamat Datang Ke Negeri Selangor!

Photos from Amateur Softball Association of Selangor's post 17/08/2026

Keputusan Perlawanan melibatkan Pasukan sofbol SUKMA Negeri Selangor Lelaki dan Wanita

Hari Pertama

Lelaki
Wilayah Persekutuan 2-10 Selangor

Wanita
Selangor 1-8 Johor

Hari Ke 2

Lelaki
Pulau Pinang 4-5 Selangor.

Photos from Amateur Softball Association of Selangor's post 17/08/2026

SOFBOL MALAYSIA BERDUKA 🕊️

Di sebalik kemeriahan hari Kedua acara sofbol dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA), seluruh warga sofbol negara dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Wan Mohd Shymin Amirul.

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika sedang mengendalikan pasukannya yang bertanding dalam temasya tersebut sebelum dibawa ke Hospital Kajang pada hari pertama. Allahyarham telah disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin 17 Ogos 2026

En. Rasidi, selaku Presiden Persatuan Sofbol Amatur Selangor (ASAS), telah hadir mewakili persatuan untuk menziarahi Allahyarham di Hospital Kajang. Beliau turut ditemani oleh Bendahari ASAS, En. Kamal Sulaiman.

Turut hadir ialah En. Amirul Mustaquim, Timbalan Presiden ASAS merangkap Sekretariat Penganjuran SUKMA.

Seluruh warga Persatuan Sofbol Amatur Selangor (ASAS) merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas kehilangan ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲🏻

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Subang Jaya