SJ Shotokan Karate - PDRM

SJ Shotokan Karate - PDRM

Share

SJ FIGHTERS jr

Tenaga pengajar:
1. Sensei Sjn Azamil
2. Sensei Sjn Bard

17/08/2025
Photos from SJ Shotokan Karate - PDRM's post 17/08/2025

Ujian Kenaikan Tali Pinggang Karate telah berjaya dilaksanakan dengan penuh disiplin serta semangat juang yang tinggi pada Sabtu 16 Ogos 2025,bermula jam 9.00 pagi.

Seramai 21 orang pelatih telah berjaya dalam ujian kenaikan dari tali pinggang putih ke kuning, manakala 19 orang pelatih lulus bagi kenaikan dari tali pinggang kuning ke oren. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelatih atas usaha gigih serta komitmen yang ditunjukkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Sensei Hairul selaku pengadil utama yang memberi markah, serta para Sensei yang terlibat di tatami iaitu Sensei Akhbar, Sensei Azamil dan Sensei Jamal, di atas bimbingan dan dedikasi mereka sepanjang ujian berlangsung.
Terima kasih jgk pd ibu bapa yg turut hadir bg semangat utk ankΒ².
πŸ₯‹πŸ€πŸ₯‹πŸ₯Š

Photos from SJ Shotokan Karate - PDRM's post 23/07/2025
Photos from SJ Shotokan Karate - PDRM's post 23/07/2025

MALAM APRESIASI KELAB KARATE IPD SUBANG JAYA
SEMPENA 24th MILO INTERNATIONAL (CLUB) OPEN KARATE CHAMPIONSHIP 2025
πŸ“… Tarikh: 22 Julai 2025
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna IPD Subang Jaya

Malam Apresiasi Kelab Karate IPD Subang Jaya telah berlangsung dengan penuh meriah sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan para atlet serta dedikasi para jurulatih sempena penyertaan dalam 24th MILO International (Club) Open Karate Championship 2025 yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2025 di Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis ini menjadi medan untuk meraikan pencapaian atlet-atlet cilik yang telah mempamerkan semangat juang tinggi serta prestasi membanggakan di pentas antarabangsa. Sijil kemenangan dan pingat telah disampaikan oleh YDH ACP Wan Azlan bin Wan Mamat, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, dan Inspektor Ahmad bin Tajudin kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kejayaan mereka. Turut disampaikan ialah sijil penghargaan kepada barisan Sensei dan jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih dan membimbing atlet sepanjang persediaan menuju kejohanan.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil pengurusan kelab, diikuti tayangan montaj video kejohanan, serta sesi bergambar bersama atlet, jurulatih dan para tetamu kehormat. Suasana majlis berlangsung dalam semangat penuh kekeluargaan dan kesatuan, mencerminkan nilai-nilai murni dalam dunia karate.

Pihak kelab turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, jurulatih, pengurus pasukan dan ahli kelab yang telah memberikan komitmen padu dalam menjayakan penyertaan kelab ke kejohanan kali ini.

Diharapkan kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada semua ahli untuk terus berlatih dengan gigih dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

β€œBersatu, Berjuang, Berjaya!” πŸ’ͺ🏻πŸ₯‹πŸ€πŸ₯‹

Photos from SJ Shotokan Karate - PDRM's post 23/06/2025

part 2

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


PERSIARAN KEWAJIPAN
Subang Jaya
47610