KSR Figura

KSR Figura

Share

Kelab sukan yang berjasa dan bergaya untuk masyarakat

Photos from KSR Figura's post 12/03/2024

“Marhaban ya Ramadan”

Terima kasih Tuhan
Kau pertemukan hamba-Mu dengan bulan yang kudambakan
Kau berikan kami untuk harapkan sebuah ampunan
Sebuah ampunan di bulan suci Ramadan

Rasa bahagia yang tak bisa terucap oleh kata-kata
Hanya kata syukur yang terucap penuh rasa pengagungan
Rasa pengagungan penuh kebahagiaan
Karena diberi kesempatan bertemu bulan yang Kau agungkan

Kubersihkan jiwa dan raga untuk menyambutnya
Kutanamkan rasa penyesalan di hari-hari sebelumnya
Kusucikan batin tanpa rasa iri tuk memuliakan bulan yang Engkau muliakan

Kubersujud pada-Mu Tuhan semesta alam
Lantunan ayat-ayat Al-Qur’an aku dendangkan
Untuk muliakan bulan yang engkau muliakan
Demi nama-Mu tuhan ku harapkan belas kasihan

Dan harapkan kekuatan tuk mengisi bulan yang engkau muliakan dengan kebaikan.

"Marhaban ya Ramadan"

Photos from KSR Figura's post 08/08/2023

Hidup ini hanyalah satu catatan. Ciptalah sebanyak mungkin kenangan bersama keluarga,kawan dan alam. Masa tidak dapat diulang,tapi kenangan akan dikenang sehingga akhir hayat.

Candid Camera by Zafrelicious.

07/08/2023

Pada 5&6 August 2023, Biro Rekreasi telah mengadakan satu aktiviti family day bertempat di Ajla Resort Hulu Langat. Seramai 11 keluarga menyertai program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Motif program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim semua keluarga dan ahli kelab KSRF.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dari mula hingga akhir program ini. Sehingga berjumpa lagi.

Kamu semuaaaaa memang enjoiiii,ohsemmmm dan terbaikkkk.

Photos from KSR Figura's post 16/07/2023

Setelah tersebarnya berita Mustakim bertarung nyawa naikkan seekor ikan keli, dunia memancing jadi hiruk pikuk.
Maka kucar kacir pemancing tegar di bawah naungan KSR Figura turun memancing hari ini. Berkat ilmu dan sedikit doa yang dibekalkan Mustakim kepada mereka,masing-masing tersenyum dengan hasil tangkapan hari ini.

Usaha tidak pernah mengkianati hasil.

Biro memancing bukan beli kedai Acheh
-Faizzam Rod Runner-

Photos from KSR Figura's post 13/07/2023

Suatu masa dahulu,Belanda dan Portugis datang menakluk Melaka,

Hari ini dalam sejarah,family KSR Figura datang bikin wilayah dan cipta kenangan di Kota Bersejarah.

11/07/2023

:: LOGO RASMI K.S.R.F ::

Kelab dengan rasa bangganya mengumumkan Logo Rasmi setelah sekian lama ternanti - nanti.

Design dan konsep yang minimalis dipilih bagi memperlihatkan identiti kelab yang tersendiri.

Elemen HURUF dan SIMBOL SERIGALA digunakan bagi mewakili ahli kelab yang bergerak secara berkumpulan dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.

Warna Merah Mewakili :
Semangat juang yang tinggi dan pantang menyerah kalah dikalangan ahli.

Warna Emas Mewakili :
Simbolik Kebanggaan, Kemakmuran, dan Kesetiaan ahli kepada kelab.

Kredit : Logo Empire

Photos from KSR Figura's post 09/07/2023

:: WARISAN RIMBA ::

Setelah lama duduk bersidang dan berbincang, akhirnya pihak Majlis Tertinggi Kelab telah menemui formula terbaik untuk menjadikan ahli kelab ini sentiasa gembira tanpa dihantui tekanan.

Maka lahirlah aktiviti pertama yang dilhamkan oleh kelab iaitu aktiviti 'Mandi Manda sehingga Senja' bagi memupuk semangat kerjasama, bantu membantu dan sentiasa kekal aktif dikalangan ahli.

Kelab merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli - ahli yang menyokong dan menjayakan aktiviti ini sehinggakan ada di antara ahli yang tidak mahu pulang dan ingin menetap di sana.

Di harapkan aktiviti ini menjadi satu permulaan yang baik kepada program - program kelab yang akan datang.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


RSKU Pangsapuri Harmoni 1
Subang Jaya
47650