Bikeisable Official

Bikeisable Official

Share

Community Club & Support Group for special needs & bedridden kids

Photos from Bikeisable Official's post 10/05/2026

Putrajaya Brisk Walk

Sepatutnya kami nak share gambar2 Army Run tapi kena bagi laluan dulu pada event sempena Putrajaya Car Free Morning sebab hari ini istimewa sempena Hari Ibu, maka semakin berbunga2lah team kami tadi🌻🌻🌻 Alhamdulillah Team BikeIsAble hadir bersama 19 Anak Syurga Luar Biasa.

Selamat Hari Ibu Buat semua...

Terima kasih penganjur atas slot penyertaan dan para peserta yang meraikan kehadiran kami. Terima kasih juga Ayu yang ambil inisiatif memberi bunga Matahari yang membawa makna tersendiri khusus untuk ibu2 anak syurga luar biasa.

Pejuang Beroda – Larian & Kayuhan Demi Kebahagiaan
BikeIsAble – Anak Syurga Luar Biasa 🔥




10/05/2026

Selamat Hari Ibu Buat semua
Ibu2 Luar Biasa 🥰🥰🥰

Selamat Hari Ibu!
Kekuatan anda, inspirasi kami
Kesabaran anda, selimut kami

Tiada yang mampu menandingi hebatnya seorang Ibu. Kasih sayang dan pengorbanan yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU. ANDA HEBAT!

Photos from Bikeisable Official's post 07/05/2026

Terengganu, kami datang - TM26
Volume 2

Sambungan dari post sebelumnya. Terima kasih sekali penganjur atas slot penyertaan. Moga kami dapat join lagi tahun depan 🤗

Terima kasih Terengganu negeri cantik, budaya menarik, orang baik2 & makanan terbaekkkkkkk 😄

- Kredit sebahagian gambar Bro Fadzrul Nazief -

Pejuang Beroda – Larian & Kayuhan Demi Kebahagiaan

BikeIsAble – Anak Syurga Luar Biasa 🔥




Photos from Godzilla Run Malaysia's post 07/05/2026

Edisi kedua kembali.... Event meriah, harga rahmah, tema raksasa yg meriah. Ayohhhhhh kita 😆

Photos from Bikeisable Official's post 06/05/2026

Terengganu, kami datang — TM26
Volume 1

Alhamdulillah, Sabtu lepas telah berlangsung Terengganu Marathon 2026 dengan meriah. Sebenarnya kami telah menerima jemputan sejak tahun lepas, namun tidak berkesempatan hadir.

Tahun ini, apabila tarikh diumumkan lebih awal dan kelab mempunyai sedikit dana, kami terus buka peluang kepada team untuk sama2 merasai pengalaman ini.

Setakat ini, inilah antara event paling jauh yang kami sertai bersama 20 keluarga dengan anak2 syurga masing2. Hanya satu keluarga tidak dapat hadir kerana anak yang kurang sihat. Sama2 kita doakan semoga dipermudahkan urusan mereka.

Walaupun flag-off jam 8.30 pagi, semuanya bersemangat. Bila berlari bersama anak2 syurga, kebahagiaan itu yang menjadi keutamaan, bukan jarak, bukan kelajuan. Bagi kami biarlah gambar2 & video yang berbicara...

Dengan penyertaan hampir 15,000 peserta bagi kategori 5km, kami sepakat tampil berbeza, geng ayah dengan afro, geng ibu dengan tutu. Lebih senang nak cari bila berkumpul dalam lautan manusia. Dan yang paling indah… semua sporting & sama2 support. Andai ada orang kampung atau saudara yang nampak jangan terkejut ehhh😂

Selesai larian, masing2 terus dengan aktiviti bebas pergi meneroka keindahan dan menikmati makanan Terengganu. Sampai hari ini, masih ramai yang “tak boleh move on”. Siap ada yang dah tempah penginapan untuk tahun depan 🤣 jujurnya ini kisah benar....

Begitulah sebahagian perjalanan kami.
Ujian itu kadang berat… tapi Allah hadirkan kelapangan dan kebahagiaan dalam cara yang kita tak jangka.
Maka bersabarlah dalam ujian, dan bersyukurlah dengan setiap nikmat.
Moga usaha kecil kita meraikan anak2 syurga ini menjadi asbab meraih keredhaan-Nya.

Setinggi2 penghargaan buat pihak penganjur atas slot penyertaan dan layanan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua yang menyantuni kehadiran kami. InsyaAllah, kita bertemu lagi.

Pejuang Beroda – Larian & Kayuhan Demi Kebahagiaan 🚴‍♂️🏃‍♂️
BikeIsAble – Anak Syurga Luar Biasa 🔥



Photos from KBS x KLCFM's post 28/04/2026

Ajommm meriahkan sama2...

Photos from Malaysian Advocates for Cerebral Palsy - Mycp's post 28/04/2026

Terima Kasih semua tetamu2 yang hadir. Moga bertemu lagi ..☺️

Photos from Bikeisable Official's post 26/04/2026

KL City Day Half Marathon

Acara tahunan yang sudah mencecah 10 tahun penganjuran ini terus berkembang dengan penuh warna dan semangat. Kini beralih ke kawasan KLCC, kemeriahannya terasa lebih
happening dan bermakna buat semua yang hadir.

Tahun ini, hampir 15 anak syurga dari team kami turut bersama2 memeriahkan acara. Alhamdulillah… jelas terpancar kegembiraan pada wajah setiap keluarga yang terlibat. Momen2 inilah yang sukar digambarkan dengan kata2, cukup dirasai dalam hati dan gambar2 berbicara

Kalau dahulu, sebelum adanya platform running dan cycling untuk family OKU, hujung minggu sekadar berlalu tanpa arah. Hari ini, ia berubah menjadi waktu yang kami nantikan untuk healing dan berkongsi kekuatan. Bukan jarak atau kelajuan yang menjadi ukuran, kegembiraan bersama rakan2 seperjuangan yang kami raikan.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas slot penyertaan. Kalian bukan sekadar menganjurkan acara, tetapi menjadi sebahagian daripada support system yang menghidupkan semangat kebersamaan ini.

Pejuang Beroda – Larian & Kayuhan Demi Kebahagiaan

BikeIsAble – Anak Syurga Luar Biasa 🔥




Photos from Kita Pelari Malaysia's post 24/04/2026

Event meriah harga rahmah. Ajomm kita join
.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


4 Jalan USJ 3/4X
Subang Jaya
47600