09/02/2022
Minggu kedua liga akan kembali berlangsung selepas cuti raya cina. Kekalahan pertama menampakkan kelemahan pasukan dari segi stamina dan pengalaman. Player average 30 an kome. Mana nak lawan budak2 muda average umur 20 an.
Malam ni kami cuba buat yang terbaik. Diberitakan team india klang bernama Rebels sebuah pasukan yang selalu mengungguli liga haram di sekitar klang, meru dan kapar. Jika nak dibandingkan dengan kami sangatlah kerdil team baru nak bertapak di bumi Lembah Klang ni.
Apa pun di atas kertas kami akan berikan yang terbaik. Lawan tetap lawan. Adios !
25/01/2022
1st week futsal premier league akan berlangsung esok. Semoga berjaya semua. 💪
22/01/2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
InshaAllah pasukan kami akan menyertai liga futsal buat pertama kali di lembah klang ini. Terima kasih kepada semua pemain kerana memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan impian sejak 2019 lagi bertanding dalam liga sosial ini.
Semoga semua pemain berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Dan paling penting dijauhkan daripada segala kecederaan yang serius sepanjang berlangsungnya liga futsal. Akhir kata sebagai pasukan baru kami tidak ada target yang khusus. Cuma menikmati keindahan berfutsal bersama kawan-kawan dengan cara kami sendiri.
Majulah futsal untuk negara.
19/11/2021
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua peminat arena futsal Malaysia. Mohon jasa baik semua subscribe dan like YouTube channel kami untuk aksi persahabatan setiap minggu.
Boleh tekan link di bawah :
YouTube Channel Letop Futsal Team https://youtu.be/nuzyNYBwH_c
18/11/2021
Weekly friendly Letop Futsal Team ⚽🏃💪
13/11/2021
Sesi mengeteh dan penyerahan 3rd jersy.
08/11/2021
3rd jersy sudah siap. Tahun ketiga pasukan aktif sekitar lembah klang khususnya di Bangi, Puchong dan Subang Jaya. Ada yang nak order untuk 2nd batch boleh roger.
02/11/2021
Weekly friendly Letop Futsal Team ⚽🏃💪
23/04/2021
Goodluck shafeek yg pernah bermain bersama team letop ft, tahun ni menyarung jersi n9 untuk saingan mpfl 2021💪
18/02/2020
Jersy baru bakal MENDUNIA di lembah klang. Nantikan pasukan kami berentap di Alaf Baru Wawasan 2020. 😁✌️💪🚀