20/09/2024
9 orang dari 10 ibu bapa tidak tahu apa sebenarnya pengisian sukan bolasepak, mereka mempunyai persepi yang bolasepak hanyalah cerita menang dan kalah kerana itu sahaja yang dipaparkan di televisyen tentang bolasepak (sumber info : kajian akademik UIAM)
Bola sepak lebih dari itu, ianya cerita persahabatan, belajar perkara baru, menerima kekalahan dan kekurangan, cerita perjuangan dan bangkit dari perasaan putus asa, dan berasa teruja dengan pencapaian sendiri walaupun kecil pada orang lain
Di Tanamera, kami ingin mengekalkan pengisian-pengisian itu. Jangan rosakkan "scene" bola sepak kanak-kanak dan remaja kerana kejahilan kita
𝘚𝘦𝘫𝘢𝘩𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵𝘴 𝘊𝘭𝘶𝘣
"𝘛𝘩𝘦 𝘎𝘰𝘰𝘥 𝘚𝘪𝘥𝘦 𝘰𝘧 𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵𝘴"
𝘈 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 𝘰𝘧 𝘈𝘖 𝘜𝘕𝘐𝘖𝘕