Taufiq Johari

Directions Website Contact the business

Taufiq Johari • Menteri Belia dan Sukan Malaysia
• Ahli Parlimen Sungai Petani
• Naib Ketua AMK Malaysia

18/09/2026

[[LIVE]] Taklimat Krisis Bekalan Global

Jumaat | 18 September 2026

'Yang sahih di RTM'

KBS TOWER RUN 2026: AKTIF BERMULA DI TEMPAT KERJA! 🏃‍♂️Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurn...
11/09/2026

KBS TOWER RUN 2026: AKTIF BERMULA DI TEMPAT KERJA! 🏃‍♂️

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurnakan pelepasan KBS Tower Run 2026 yang berlangsung di Menara KBS, Putrajaya.

Acara ini turut menampilkan atlet tower running dan juara dunia, Soh Wai Ching, sebagai penampilan istimewa yang menyemarakkan semangat peserta.

Para peserta menguji ketahanan fizikal dengan menaiki tangga dari lobi sehingga ke aras 17, membuktikan ruang pejabat juga boleh menjadi medan untuk menggalakkan gaya hidup aktif.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurnakan Majlis Pelepasan Delegasi Malaysia ke Internationa...
10/09/2026

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurnakan Majlis Pelepasan Delegasi Malaysia ke International Festival of Youth 2026 yang akan berlangsung di Ekaterinburg, Rusia dari 11 hingga 17 September 2026.

Seramai 50 orang delegasi akan mewakili Malaysia di bawah naungan Majlis Belia Malaysia (MBM), membawa aspirasi dan suara anak muda negara ke pentas antarabangsa.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol; Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, TYT Naiyl M. Latypov; Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin serta Presiden MBM, Encik Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Ini pentas anda, ini platform anda. Bawa nama Malaysia ke persada dunia! 🇲🇾🇷🇺

KBS SOKONG USAHA MELAHIRKAN “THE NEXT CHONG WEI” 🏸Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyem...
08/09/2026

KBS SOKONG USAHA MELAHIRKAN “THE NEXT CHONG WEI” 🏸

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurnakan upacara penutup Pertandingan Akhir Lee Chong Wei Cup (Piala LCW) yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kejohanan badminton remaja berprestij ini merupakan inisiatif akar umbi yang dianjurkan oleh legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Penganjuran ini bertujuan mencungkil bakat baharu dan melahirkan barisan pelapis “The Next Chong Wei” bagi masa depan badminton negara.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.

Daripada akar umbi ke pentas dunia, kita bina generasi juara seterusnya! 🇲🇾

03/09/2026

Terima kasih Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda atas jemputan ke Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat sempena Hari Kebangsaan 2026 tempoh hari.

Moga Malaysia terus dipimpin dengan amanah, adil dan berteraskan nilai agama, serta dipelihara Allah SWT daripada perpecahan dan segala ancaman.

Doa kita semua, demi Malaysia yang aman dan sejahtera. 🇲🇾

02/09/2026

Mai round tengok ada apa dekat pasar malam Taman Ria Jaya ni. Patut la ramai orang mai singgah sini, macam-macam ada rupanya daripada hasil laut mentah sampai ke pelbagai aneka makanan!

Nikmat sungguh jadi orang SP noh

01/09/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون.

Hari ini saya menziarahi keluarga Allahyarham Farres Putra. Anak ini pergi terlalu awal, ketika impian dan perjalanan hidupnya masih lagi panjang.

Tiada siapa menyangka senyuman terakhir, salam terakhir dan doa terakhir itu benar-benar yang terakhir.

Moga Allahyarham diampunkan segala dosa, diterima semua amalnya dan ditempatkan bersama para solihin.

Turun mai Sungai Petani sempat melihat sendiri kemeriahan pertandingan snuker Piala YB Dr. Taufiq Johari Tournament Snoo...
24/08/2026

Turun mai Sungai Petani sempat melihat sendiri kemeriahan pertandingan snuker Piala YB Dr. Taufiq Johari Tournament Snooker 2026 di Xingpai Star Billiard House.

Kerap kali saya tekankan, sukan di peringkat komuniti tak sangat soal menang kalah. Lebih menggembirakan apabila sukan ini menjadi ruang untuk kita berkumpul, berkenalan, mengeratkan persahabatan dan membina komuniti yang lebih aktif serta sihat.

Sebab itu saya amat berbesar hati untuk menyokong dan membantu menjayakan penganjuran kejohanan seperti ini. Moga sokongan seperti ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai anak muda dan komuniti Sungai Petani untuk terlibat dalam aktiviti yang mereka minati.

Tahniah kepada semua peserta dan urus setia. Main dengan semangat kesukanan, jaga silaturahim dan paling penting, enjoy game! 🎱🤝

Untuk Abang Man dan kawan-kawan hangpa sabaq sat, bagi saya balik practice dulu nanti kita open table lagi lepasni.

24/08/2026

📌 PROGRAM SEMARAK CINTA RASUL

📌 7.45 PAGI SEHINGGA 11.30 PAGI, 25 OGOS 2026

📌 MASJID KARIAH BANDAR PERDANA, SUNGAI PETANI

Maulidur Rasul mengajak kita bukan sekadar mengenang junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi lebih daripada itu, menghayati akhlak dan perjuangan Baginda yang menjadi cahaya menerangi ummah sepanjang zaman.

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak seluruh warga Sungai Petani untuk bersama-sama memeriahkan Program Semarak Cinta Rasul di Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani pada Selasa ini.

Pelbagai pengisian disediakan untuk segenap lapisan masyarakat demi menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, seperti perarakan, alunan Asmaul Husna oleh Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, perkongsian bersama PU Riz serta persembahan daripada INTEAM.

InsyaAllah, kita jumpa esok!

Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taufiq Johari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Taufiq Johari:

Shortcuts

Share

Category