30/05/2026
JSA INTERNATIONAL MILO SUPER CUP 2026
Semoga berjaya pasukan bawah 10 tahun. Selamat berjuang. Ini bukan peluang biasa, tetapi peluang untuk buktikan bahawa usaha, disiplin dan pengorbanan selama ini bukan sia-sia.
Ingat, peluang tidak datang selalu. Rebut, manfaatkan dan berikan segala yang terbaik! Tunjukkan kualiti sebenar, semangat juang yang tinggi dan mentaliti seorang pejuang di setiap sesi dan perlawanan.
Bermainlah dengan hati, berjuanglah tanpa henti, dan buktikan nama anda layak berada di tahap lebih tinggi.