23/08/2026
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
🥇MSSM ✅️
🥇NRDP ✅️
🥇SUKMA ✅️
"Behind every successful journey is a community of support that kept it going."
Tahun yang gemilang buat komuniti ragbi Kedah. Teruskan sokongan anda. Semoga sukan ragbi terus menjadi asbab membina pembentukan karektor pelajar. Insyallah.
21/08/2026
Lebih ramai, lebih meriah. Mai!
09/08/2026
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Sirkit 1 Liga Pembangunan Ragbi U11 KOMUDA Tahun 2026 telah berjaya dilangsungkan dengan penuh semangat, disiplin dan kesukanan.
Tahniah dan syabas kepada semua pasukan, pemain, jurulatih, pengurus serta ibu bapa yang telah memberikan komitmen sepanjang kejohanan. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi keberanian untuk bersaing, disiplin untuk belajar dan semangat untuk terus berkembang itulah yang akan membentuk juara masa hadapan.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini terutamanya tuan rumah sirkit kali ini, SK Sidam Kiri. Terima kasih juga di ucapkan kepada pasukan jemputan yang sudi hadir walaupun jauh.
Semoga platform KOMUDA ini terus melahirkan bakat-bakat baharu, membina karakter juara dan memperbesar talent pool ragbi U12 Kedah.
18/07/2026
Klinik Pembangunan Sukan Ragbi Tahun 2026 kini telah berakhir selepas tamatnya sesi intensif di Padang SK Taman Ria tengah hari tadi.
Program anjuran PPD Kuala Muda melalui program pembangunan ragbi; KOMUDA-Kuala Muda Rugby ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam menggilap bakat-bakat baharu yang berpotensi besar.
Kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya para jurulatih yang tidak jemu berkongsi ilmu, serta para ibu bapa yang memberikan sokongan padu.
​Walaupun wisel penamat program telah berbunyi, semangat perjuangan dan kecintaan terhadap sukan ragbi ini diharapkan akan terus membara dalam diri setiap peserta. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bintang ragbi yang bakal mengharumkan nama daerah dan negeri pada masa hadapan! 🏆💪
16/07/2026
"Most rugby coaches don’t need more drills. They need a system. The real problem isn't coaching rugby—it's winging it at training. You cannot just connect random drills on the spot and hope it magically develops your players." - Edulabs
Mai U9 & U10 !
12/07/2026
Alhamdulillah, Bengkel Kejurulatihan Strength & Conditioning in Rugby 2026 anjuran PPD Kuala Muda telah berjaya dilaksanakan pada 12 Julai 2026 di SK Bukit Kiara.
Seramai 25 orang peserta terdiri daripada guru sekolah rendah & sekolah menengah seluruh daerah Kuala Muda telah menyertai program ini. Terima kasih Coach Azizi dari MSN Pulau Pinang yang sudi hadir berkongsi ilmu.
Bengkel ini memberi pendedahan tentang teknik asas strength & conditioning dalam sukan rugby, dengan fokus kepada pembangunan fizikal, ketahanan, dan persediaan atlet untuk kejohanan akan datang.
Tahniah kepada semua peserta yang hadir dengan semangat tinggi! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melahirkan lebih ramai pemain rugby berbakat di daerah Kuala Muda.
06/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Amirul Ammar, wakil tunggal daerah Kuala Muda, atas pemilihan mewakili MSS Kedah Ragbi U12 ke Kejohanan Ragbi MSSM 2026 di Ipoh, Perak. Semoga terus cemerlang, beraksi dengan penuh semangat juang dan mengharumkan nama Kuala Muda serta Negeri Kedah. Seluruh warga ragbi mendoakan kejayaan buat anda.
“Satu Nama, Satu Daerah, Satu Misi – Bawa Kebanggaan Kuala Muda ke Pentas MSSM!”
06/06/2026
Wakil tunggal KOMUDA-Kuala Muda Rugby dalam pasukan U12 MSS Kedah. Selamat berjuang anakanda Amirul Ammar dari SK Sidam Kiri @ Sidam El Nino!!
Dengan membawa maruah, semangat juang yang membara, dan keringat yang tidak pernah mengenal erti menyerah kalah, anak-anak ini sedia menggalas cabaran di pentas tertinggi.
Mohon doa dan sokongan padu daripada seluruh warga pendidik, ibu bapa, dan peminat sukan tanah air untuk anak-anak Pasukan MSSM U12 Kedah 2026 ini. Semoga kejayaan dan kejuaraan menjadi milik kita!
​