UMRAH & UPAH HAJI

UMRAH & UPAH HAJI

Share

Jom pi umrah ...

03/11/2021

Road to UMRAH 2022..

Dah belajar Ilmu tentang UMRAH? Apa tu rukun umrah, wajib umrah dan pantang larang UMRAH?

Bagus, ya sebelum menunaikan UMRAH lebih elok kita belajar dulu selok belok tentang UMRAH..

Anda Nak tahu..
1) Kursus Umrah percuma by ZOOM.
2) SOP terkini Arab Saudi..
3) Pakej Umrah & Ziarah menarik..

JIKA YA? Klik terus Link di bawah & JOIN Group Telegram.

https://t.me/joinchat/gobipuE2yrE0MzBl
https://t.me/joinchat/gobipuE2yrE0MzBl

02/11/2021

Anda Merancang Menunaikan UMRAH tahun Ni atau tahun depan?

Dah belajar Ilmu tentang UMRAH? Apa tu rukun umrah, wajib umrah dan pantang larang UMRAH?

Bagus, ya sebelum menunaikan UMRAH lebih elok kita belajar dulu selok belok tentang UMRAH..

Anda Nak tahu..
1) Kursus Umrah percuma by ZOOM.
2) SOP terkini Arab Saudi..
3) Pakej Umrah & Ziarah menarik..

JIKA YA? Klik terus Link di bawah & JOIN Group Telegram.

https://t.me/joinchat/gobipuE2yrE0MzBl
https://t.me/joinchat/gobipuE2yrE0MzBl

21/10/2021

🕋 Di Antara Kelebihan Umrah Ialah ✈️:

1. MENJADI TETAMU ALLAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak p**a dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'”

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Melakukan umrah pada bulan Ramadan menyamai ibadah haji”

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : “Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Team Mahabbah Haramain
Hyad Travel & Tours Sdn. Bhd.
"Ukhuwah Sejati, Haramain Di Hati"

📌 Klik link di bawah untuk sertai group Telegram Umrah..

https://t.me/joinchat/xQoSgri7inMxMjQ1
https://t.me/joinchat/xQoSgri7inMxMjQ1

28/07/2021

Program Akikah Mekah KINI dibuka.

25/10/2020

Bilakah Nur yang ada pada ayahanda Rasulullah ﷺ berpindah dan apa yang berlaku pada hari kelahiran baginda?

Daripada Sayyiduna Abdul Rahman bin Auf : Bahawa Abdul Muttalib keluar ke Yaman lalu bertemu dengan seorang Yahudi yang mempunyai ilmu firasat.

Ia memandang ke Abdul Muttalib lalu berkata " " Tunjukkan kepadaku 2 perkara". Kata Abdul Muttalib: "Aku akan tunjukkan kepadamu selagi ia bukan aurat".

Kata Yahudi itu "Aku tidak ingin melihat auratmu, tetapi aku ingin melihat kepada hidung dan kedua telapak tanganmu. Jawab Abdul Muttalib: "Lihatlah". Lalu dikatakan lagi: "Buka telapak tanganmu"

Maka dibukakan keduanya. Yahudi itu berkata:

[Adapun pada telapak tanganmu, ia adalah ملك (pemerintahan) adapun di hidungmu, ia adalah النبوة (kenabian). Dan tidak akan terjadi perkara ini melainkan kepada Bani Zuhrah]

Lalu ditanya: "Adakah sudah ada calon"? Jawab Abdul Muttalib: "Belum". Katanya: Kahwinlah dengan wanita Bani Zuhrah"

Apabila Abdul Muttalib p**ang dari Yaman, beliau berkahwin dengan Halah binti Wuhaib manakala Abdullah berkahwin dengan Aminah bt Wahab. Lalu berkata orang Quraisy: Telah menanglah Abdullah ke atas ayahnya.

Apabila Abdullah bin Abdul Muttalib berkahwin, maka ramailah wanita Quraisy sakit dan seramai 200 orang wanita Quraisy meninggal kerana kecewa (terlepas memiliki) terhadap Abdullah bin Abdul Muttalib.

Allah berikan kepada Sayyidah Aminah cahaya, pemeliharaan dan keindahan yang mana beliau merupakan ketua wanita kaumnya, dan Sayyiduna Abdullah kekal dengan keadaannya dan CAHAYA BAGINDA RASULULLAH ﷺ berada antara kedua matanya

Sehinggalah Allah izinkan agar cahaya tersebut berpindah, lalu ia berpindah pada PETANG HARI ARAFAH DAN MALAM JUMAAT

Maka, Allah perintahkan penjaga pintu syurga untuk membuka pintu-pintu syurga buat cahaya yang tersimpan, cahaya itu berada pada Sayyidah Aminah.

Pada pagi hari kelahiran baginda, berhala-berhala dunia semuanya jatuh , begitu juga musuh Allah Iblis tersungkur selama 40 hari. Iblis sangat kecewa

28/07/2020
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Haslela Training, No107A (Tingkat 1), Jalan Cindai Jaya 1, Taman Cindai Jaya
Sungai Petani
08000