28/02/2026
š MAJLIS IFTAR KELAB PESURUHJAYA SUMPAH MALAYSIA š¤
Alhamdulillah, satu lagi momen penuh bermakna berjaya kita laksanakan bersama.
Majlis Iftar Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia bukan sekadar jamuan berbuka puasa. Ia adalah ruang ukhuwah, silaturrahim dan pengukuhan solidariti sesama rakan profesion, yang saban hari memikul amanah undang-undang dan integriti di mata masyarakat.
Di sebalik meja iftar yang sederhana, ada senyuman sahabat lama. Ada jabat tangan yang membawa seribu cerita. Ada perbincangan yang melangkaui prosedur, menuju visi bersama.
Sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah, kita bukan sahaja menyaksikan Akuan Berkanun dan dokumen, tetapi turut menyaksikan nilai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Dan malam ini, kita menyaksikan p**a kekuatan kebersamaan dalam keluarga besar Pesuruhjaya Sumpah Malaysia.
Semoga silaturrahim ini terus diperkukuh.
Semoga kelab ini terus menjadi platform profesional yang dihormati, berintegriti dan progresif. Dan semoga Ramadhan ini mendidik kita menjadi lebih sabar, lebih teliti, dan lebih amanah dalam setiap tanggungjawab.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan barisan jawatankuasa kelab yang telah menjayakan majlis ini. InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam program-program akan datang.
31/08/2025
Riang Ria Hari Keluarga Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Telah berlangsungnya Program Hari Keluarga Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia di Nibah Bay Villa, Pulau Pangkor pada 29-31 Ogos 2025.
Seramai 15 keluarga daripada ahli-ahli kelab telah turut serta di dalam program hari keluarga kali ini.
Pelbagai program menarik telah dirancang khusus untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli-ahli kelab. Program ini telah dirasmikan oleh Presiden Kelab, Puan Hazlin dan hadiah-hadiah cabutan bertuah telah disumbangkan oleh Datuk Ahmad Azhar.
Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi dan diharapkan program-program seumpama ini mencapai objektif dan merapatkan ukhuwah silaturrahim diantara ahli-ahli kelab.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68.
31/08/2025
Gunung Tahan teguh berdiri,
Sungai mengalir ke laut terbuka,
Hari Merdeka kita syukuri,
Kelab bersatu demi negara.
Jalur Gemilang berkibar tinggi,
Lambang kedaulatan negara merdeka,
Kelab bersatu sepakat murni,
Menjaga integriti sepanjang masa.
Putih bendera tanda kesucian,
Merah menyala jiwa perkasa,
Kelab Pesuruhjaya Sumpah jadi sandaran,
Menjaga amanah rakyat sentiasa.
Salam kemerdekaan dari Presiden dan seluruh ahli Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia.
29/08/2025
Hari ini akan bermula program Hari Keluarga Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia bagi Tahun 2025 di Pulau Pangkor.
Semoga semua peserta selamat tiba ke destinasi yang dituju dan selamat bergembira bersama keluarga besar Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia.
18/07/2025
Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia merakamkan sekalung ucapan tahniah di atas pelantikan YAA Datuk Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh di atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
04/05/2025
3 Mei 2025
Meyuarat Agong Kelab Pesuruhjaya Sumpah Malaysia
Pemilihan Jawatankuasa 2025-2027
Dengan visi dan misi yang lebih jelas dan mampan.
12/11/2024
MASUK ADALAH PERCUMA....
Bersama DMFK dalam memartabatkan kerjaya kita sebagai pesuruhjaya sumpah...
11/11/2024
Salam kasih sayang tuan-puan Pesuruhjaya Sumpah.. Program bersama DMFK dalam MEMERTABATKAN KERJAYA PJS. Program percuma anjuran PJSHUB . Jangan lepaskan peluang. tempah tempat duduk anda dgn hubungi Pn Puan Wan Norāaini PJSā© di no 0194207130
09/10/2024
Antara Tetamu Jemputan Khas, Tuan Harryzan, all the way from Penang.. sporting dan enjoy.. alhamdulillah...
09/10/2024
Bila Presiden mendeklamasikan Sajak KeranaMu Malaysia dengan penuh bersemangat...