ANAK RIMAU FC

Call Directions Contact the business

ANAK RIMAU FC sebuah club yg di tubuh kn bgi mmbantu pelatih mndapatkn latihan yg mncapai tahap yg brkualiti

πŸ† BILA ANAK RIMAU MENGAUM, BUMI KAMPAR BERGEGAR! πŸ†πŸ€² ALHAMDULILLAH, SYUKUR ATAS REZEKI-NYA!πŸ† KARNIVAL AIR KUNING – PIALA ...
18/10/2026

πŸ† BILA ANAK RIMAU MENGAUM, BUMI KAMPAR BERGEGAR! πŸ†
🀲 ALHAMDULILLAH, SYUKUR ATAS REZEKI-NYA!
πŸ† KARNIVAL AIR KUNING – PIALA DATO’ SERI SARAVANAN πŸ“ SK Air Kuning, Kampar, Perak
ANAK RIMAU FC U8 & U10 NAIK PODIUM LAGI!
πŸ₯ˆ U8 – NAIB JUARA! Ketiadaan pemain utama bukan alasan untuk mengalah! πŸ’ͺ Gabungan U7 & U8 turun berjuang, tak gentar berdepan lawan! Walaupun bukan skuad penuh, semangat tetap membara! Pemain boleh bertukar, tetapi jiwa Anak Rimau tetap membakar!
πŸ†U10 – JUARA LAGI! Bukan sekali, bukan kebetulan! Kali ini bumi Kampar menjadi saksi kehebatan Anak Rimau FC! ⚽ Kami datang bukan sekadar melengkapkan jadual, tetapi datang untuk memberi saingan dan memburu kejuaraan!
πŸ’₯ Niat kena betul, usaha kena padu, disiplin kena jaga! USAHA TIDAK MENGKHIANATI HASIL! πŸ†
Orang boleh bercakap, orang boleh meragui, tetapi biarlah keputusan di atas padang menjadi jawapan! Kami tak perlu banyak bicara, biar trofi yang bersuara! πŸ”₯mi
Terima kasih buat semua waris yang sentiasa berdiri teguh di belakang perjuangan anak-anak ini. Kemenangan ini milik kita bersama! ❀️🀝
KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA! πŸ”₯ ANAK RIMAU FC β€” SEKALI MENGAUM, SEMUA DENGAR! πŸ”₯
Bukan sekadar mengejar piala, kami sedang membina jiwa juara! πŸ†πŸ’ͺ

πŸ† PENANG YOUTH CHAMPION 2026 πŸ†πŸ“ AKM Jawi | πŸ“… 10/10/2026Alhamdulillah, syukur atas rezeki-Nya! 🀲🏻πŸ”₯ ANAK RIMAU FC U8 & U10...
10/10/2026

πŸ† PENANG YOUTH CHAMPION 2026 πŸ†
πŸ“ AKM Jawi | πŸ“… 10/10/2026
Alhamdulillah, syukur atas rezeki-Nya! 🀲🏻
πŸ”₯ ANAK RIMAU FC U8 & U10 NAIK PODIUM LAGI! πŸ”₯
πŸ₯‰ U8 – Tempat Ke-3
πŸ₯ˆ U10 – Naib Johan
Tahniah buat semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang, keyakinan diri dan aksi yang membanggakan! πŸ’ͺ🏻⚽
Terima kasih kepada barisan jurulatih dan semua waris atas sokongan yang tidak putus-putus. Semoga anak-anak Rimau terus maju dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi, insya-Allah! β€οΈπŸ–€πŸ’›
🐯 KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA!

10/10/2026

Final anak rimau vs awm

ALHAMDULILLAH, SYUKUR ATAS REZEKI 🀲REZEKI JERSI BAHARU BUAT PEMAIN U7, U8 & U9 ANAK RIMAU FCAlhamdulillah, syukur ke had...
09/10/2026

ALHAMDULILLAH, SYUKUR ATAS REZEKI 🀲

REZEKI JERSI BAHARU BUAT PEMAIN U7, U8 & U9 ANAK RIMAU FC

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan buat pemain-pemain U7, U8 dan U9 Anak Rimau FC yang menerima jersi baharu hasil sumbangan daripada waris-waris keluarga Anak Rimau FC sendiri.

⚽JERSI U7 & U9
Jersi ini merupakan sumbangan ikhlas daripada Angah, abang kepada Syidan, pemain U9 Anak Rimau FC, yang bermurah hati berkongsi rezeki bersama adik-adik dan rakan-rakan seperjuangan di Anak Rimau FC. Terima kasih atas keprihatinan dan kemurahan hati yang diberikan. 🀲

πŸ’›βš½JERSI U8
Jersi U8 p**a merupakan sumbangan daripada Puan Fatin (Atin), waris kepada Iky, pemain U8 Anak Rimau FC. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dan menggembirakan anak-anak kecil yang sedang membina langkah dalam dunia bola sepak akar umbi.

Bagi pihak Anak Rimau FC, coach ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, khususnya waris-waris yang sentiasa memberikan sokongan kepada perjalanan anak-anak ini.
Mungkin bagi kita, sepasang jersi hanyalah sehelai pakaian bola sepak. Namun, bagi anak-anak ini, ia membawa makna yang besar β€” semangat, kegembiraan, keyakinan dan kenangan indah bersama keluarga Anak Rimau FC.

Semoga sumbangan ini menjadi pembakar semangat buat pemain-pemain untuk terus berlatih, terus belajar, terus berusaha dan menikmati minat mereka dalam sukan bola sepak grassroots. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi pengalaman, disiplin, adab, persahabatan dan kesungguhan itulah yang akan membentuk mereka menjadi insan yang lebih baik. πŸ’ͺ⚽

🀲 DOA DARIPADA KELUARGA ANAK RIMAU FC

Semoga Allah SWT menerima segala kebaikan ini sebagai amal jariah, melimpahkan rezeki yang berkat, mempermudahkan segala urusan serta mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan kepada para penyumbang seisi keluarga.
Berkongsi rezeki tidak menjadikan kita kekurangan, malah mudah-mudahan menjadi asbab bertambahnya keberkatan dalam kehidupan. Amin, ya Rabbal alamin. 🀲

Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada perjalanan Anak Rimau FC. Sokongan kalian bukan sekadar membantu pasukan, tetapi turut mencorakkan masa depan anak-anak ini.

KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA BUAT ANAK RIMAU FC!

πŸ’›πŸ–€ Anak Rimau FC β€” Keluarga, Semangat dan Perjuangan Akar Umbi. ⚽

πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK RAINTOWN SERIES 3.0πŸ† PIALA MKJ TYREπŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)πŸ“ Padang Kolej Vokasional Taiping, Kam...
03/10/2026

πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK RAINTOWN SERIES 3.0
πŸ† PIALA MKJ TYRE

πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Padang Kolej Vokasional Taiping, Kamunting, Perak
⚽ KATEGORI: U7 & U9

Alhamdulillah, Anak Rimau FC kali ini menghantar 1 pasukan U7 dan 2 pasukan U9.

πŸ₯‡ U7 – JUARA πŸ†

Syukur Alhamdulillah, rezeki buat anak-anak U7 dan seluruh waris yang sentiasa memberikan komitmen serta sokongan. Kali ini U7 berjaya dinobatkan sebagai JUARA di bumi Raintown!

Satu pencapaian yang sangat baik untuk menyuntik semangat baharu kepada anak-anak agar terus berusaha, berlatih dan menikmati pengalaman dalam bola sepak. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus maju dalam minat dan hobi yang mereka cintai. πŸ’ͺ⚽

πŸ₯‰ U9 A – TEMPAT KETIGA BERSAMA πŸ†
Tahniah dan syabas buat pemain U9 A yang majoritinya terdiri daripada pemain U9 yang solid. Anak-anak bermain dengan semangat juang yang tinggi dan menunjukkan perkembangan game play yang baik.

Beberapa pattern dan setting game play yang diterapkan juga berjaya dilakukan dengan baik oleh pemain. Walaupun berdepan pasukan yang lebih solid dan mempunyai nama, anak-anak tetap tidak mengalah. Mereka terus memberikan tekanan hebat dan berjuang sehingga ke wisel terakhir. πŸ”₯πŸ‘

πŸ₯‰ U9 B – PENGALAMAN BERHARGA ⚽
U9 B p**a dibarisi sepenuhnya oleh pemain U8. Walaupun berdepan lawan yang lebih berusia, anak-anak tetap memberikan saingan yang berkualiti dan menunjukkan keberanian serta semangat yang sangat baik.

Ini merupakan satu pengalaman yang sangat bernilai untuk pemain U8 dalam membina keyakinan, memahami game play dan mengumpul pengalaman menghadapi pasukan yang lebih mencabar. πŸ’ͺ

❀️ TAHNIAH ANAK RIMAU FC!

Bukan semata-mata tentang menang atau kalah. Yang paling penting ialah proses, pengalaman, keberanian dan semangat untuk terus belajar.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua waris Anak Rimau FC yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen kepada anak-anak. Tanpa sokongan waris, perjalanan anak-anak ini tidak akan sama. πŸ™β€οΈ

Teruskan usaha anak-anak.
Kalah biasa, menang itu bonus.
Yang penting kita teruskan proses, disiplin, adab dan jati diri.

⚽ USAHA TIDAK MENGKHIANATI HASIL
🀲 Tawakal & teruskan berusaha.
🦁 ANAK RIMAU FC β€” KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA BUAT! πŸ”₯

πŸ†βš½ FTG SUPER CUP 2026 βš½πŸ†πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)πŸ“ COPA USM, PenangANAK RIMAU FC – SATU KELUARGA, SATU SEMANGAT! πŸ―πŸ’›Alh...
13/09/2026

πŸ†βš½ FTG SUPER CUP 2026 βš½πŸ†
πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ COPA USM, Penang
ANAK RIMAU FC – SATU KELUARGA, SATU SEMANGAT! πŸ―πŸ’›

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT 🀲
Anak Rimau FC telah menghantar dua kategori iaitu U8 dan U10 untuk beraksi di FTG Super Cup 2026 di bumi Penang.

πŸ† TAHNIAH ANAK RIMAU FC U8! πŸ†
Alhamdulillah, pasukan U8 Anak Rimau FC berjaya dinobatkan sebagai JUARA CUP! πŸ₯‡πŸ†
Lebih manis lagi, dua orang pemain Anak Rimau FC turut menerima anugerah individu:

⭐ Pemain Terbaik – Irfan Naufal
🧀 Keeper Terbaik – Umai

Tahniah buat Irfan Naufal dan Umai! πŸ’ͺπŸ”₯
Ini adalah hasil usaha, disiplin, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Syabas juga buat semua pemain U8 yang telah memberikan persembahan terbaik. πŸ‘πŸ―

πŸ’› ANAK RIMAU FC U10 πŸ’›
Bagi kategori U10 p**a, ketiadaan 5 orang pemain utama sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pasukan untuk mendapatkan tempat di podium kali ini.

Namun begitu, semangat juang pemain-pemain U10 tetap tinggi. Mereka terus memberikan saingan dan berusaha sebaik mungkin walaupun ada pemain yang mengalami kecederaan serta masalah kesihatan.
Kalah bukan bermakna gagal.
Setiap kejohanan adalah pengalaman, pembelajaran dan proses untuk pemain menjadi lebih matang. πŸ’ͺ⚽

Coach sangat bangga dengan kesungguhan semua pemain yang tidak mudah mengalah dan terus berjuang sehingga wisel penamat. ❀️
Insya-Allah, perjalanan Anak Rimau FC masih panjang. Banyak lagi game dan kejohanan telah disusun dan diatur untuk anak-anak kita beraksi. Teruskan usaha, teruskan belajar dan teruskan percaya kepada proses. πŸ”₯
Usaha tidak mengkhianati hasil.
Kalah biasa, menang itu bonus.

Trust the process. πŸ’ͺ
Terima kasih kepada semua waris, pemain dan penyokong Anak Rimau FC yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan. ❀️

Rezeki kemenangan ini kita syukuri, kekurangan kita perbaiki. Semoga Allah SWT terus permudahkan perjalanan Anak Rimau FC. 🀲

πŸ―πŸ’› KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA BUAT ANAK RIMAU FC! πŸ’›πŸ―






12/09/2026
πŸ†βš½ KARNIVAL KESELAMATAN JALAN RAYA&πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA PENGARAH JPJ NEGERI PERAK πŸ₯‡πŸ₯‡πŸ“… Tarikh: 5 September 2026 (...
06/09/2026

πŸ†βš½ KARNIVAL KESELAMATAN JALAN RAYA
&
πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA PENGARAH JPJ NEGERI PERAK πŸ₯‡πŸ₯‡

πŸ“… Tarikh: 5 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: JPJ Simpang, Taiping, Perak
⚽ Kategori: U6 β€’ U8 β€’ U10 β€’ U12

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT 🀲

Anak Rimau FC telah menghantar penyertaan sebanyak 6 pasukan dalam kejohanan kali ini:

🟑 U6 – 1 Team
🟑 U8 – 2 Team
🟑 U10 – 2 Team
🟑 U12 – 1 Team

πŸ† KEPUTUSAN ANAK RIMAU FC

πŸ₯‰ U6 Anak Rimau FC – Tempat Ke-3
πŸ₯‰ U8 Anak Rimau FC A – Tempat Ke-3
πŸ₯‡ U10 Anak Rimau FC A – JOHAN πŸ†
πŸ‘‘ Sang Juara di bumi Taiping!
πŸ†ZIQRI – BEST PLAYER U10 🌟

Bagi U12, Anak Rimau FC terpaksa akur apabila berkongsi mata dan tewas dari segi jaringan, sekali gus tidak berjaya mara ke peringkat suku akhir. Tetap satu pengalaman yang sangat berharga buat anak-anak.

πŸ‘ U8 B Team Mix yang dibarisi gabungan pemain U8 dan pemain U7 turut menunjukkan persembahan yang solid, berani dan berkualiti sepanjang perlawanan.

πŸ‘ U10 B Team Mix yang menggabungkan pemain U10 dan U9 juga memberikan saingan yang baik dengan mencatat keputusan menang dan seri. Tahniah atas usaha dan semangat yang ditunjukkan!

❀️ Tahniah buat semua pemain Anak Rimau FC!

Bukan hanya pasukan yang membawa p**ang piala yang menjadi ukuran, tetapi keberanian, disiplin, pengalaman, semangat berpasukan dan usaha anak-anak di atas padang adalah kemenangan yang sebenar.

Setiap perlawanan adalah proses untuk mereka belajar, memperbaiki kelemahan dan menjadi pemain yang lebih baik. ⚽πŸ’ͺ

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua waris, keluarga besar Anak Rimau FC dan semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak kita. ❀️

Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Tanpa sokongan dan pengorbanan waris, perjalanan anak-anak ini pastinya tidak semudah ini.

Sekali lagi, tahniah buat semua pasukan Anak Rimau FC! πŸ†πŸ‘

Teruskan berjuang, teruskan belajar dan teruskan percaya pada proses.
πŸ”₯ ANAK RIMAU FC – USAHA TIDAK MENGKHIANATI HASIL! πŸ”₯

πŸ₯‡βš½ WE ARE ANAK RIMAU FC! πŸ―πŸ’›

βš½πŸ† BJFC CARNIVAL OF CHAMPIONS 2026 🏟️ Stadium Mini Tun Ahmad Sarji, TapahπŸ“… 30 Ogos 2026ANAK RIMAU FC TURUN DENGAN HARAPA...
31/08/2026

βš½πŸ† BJFC CARNIVAL OF CHAMPIONS 2026

🏟️ Stadium Mini Tun Ahmad Sarji, Tapah
πŸ“… 30 Ogos 2026

ANAK RIMAU FC TURUN DENGAN HARAPAN… DAN PULANG MEMBAWA KEJAYAAN! πŸ†πŸ”₯

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🀲
Kali ini Anak Rimau FC menghantar 2 kategori iaitu U6 dan U8 untuk berentap di bumi Tapah.

🦁πŸ”₯ U6 ARFC A – TEMPAT KE-3 CUP πŸ₯‰
Perjalanan ARFC A terhenti selepas keputusan masih seri sehingga tamat masa tambahan dan penentuan akhirnya dibuat melalui balingan syiling.

Kecewa? Sudah tentu ada.
Tetapi semangat anak-anak tidak pernah patah! πŸ’ͺπŸ”₯
Dalam bola sepak, ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Yang paling penting ialah bagaimana kita bangkit selepas kecewa.
Bagi Coach, anak-anak ini sudah memberikan yang terbaik. Mereka berani berjuang sehingga ke penghujung permainan dan itu jauh lebih besar nilainya daripada sekadar keputusan.

🦁πŸ”₯ U6 ARFC B – TEMPAT KE-6
Satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana pasukan ini dibarisi gabungan pemain U4, U5 dan U6.
Bayangkan anak-anak yang masih kecil turun berjuang bersama pasukan lain yang lebih berpengalaman.
Mereka bukan datang untuk sekadar melengkapkan kejohanan. Mereka datang untuk belajar, berani dan membina pengalaman! πŸ‘Šβš½

πŸ†πŸ”₯πŸ”₯ DAN INILAH SAAT YANG KITA TUNGGU…
πŸ¦πŸ† ANAK RIMAU FC U8 – SANG JUARA CUP! πŸ†πŸ¦

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
Dari peringkat kump**an hingga ke final…
ANAK RIMAU FC TERUS BERJUANG!
Satu demi satu perlawanan ditempuhi.
Satu demi satu cabaran dilalui.
Dan akhirnya…
TROFI JUARA DIBAWA PULANG KE TAIPING! πŸ†πŸ₯‡πŸ¦

Lebih manis, pemain kita IRFAN berjaya dinobatkan sebagai PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN! ⭐πŸ”₯
Tahniah Irfan!

Teruskan usaha, teruskan belajar dan jangan pernah rasa sudah cukup bagus. Ini baru permulaan perjalanan kamu. πŸ’ͺ⚽

Untuk anugerah Penjaga Gol Terbaik, ada sedikit kekeliruan yang berlaku kerana Anak Rimau FC berjaya menamatkan perjalanan tanpa bolos dari peringkat kump**an sehingga final.
Coach tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.
Kita ambil sebagai pengajaran.
Jika suatu hari nanti Anak Rimau FC diberi peluang menganjurkan kejohanan, kita akan cuba pastikan setiap sistem pemilihan anugerah dibuat dengan lebih jelas, adil dan telus untuk semua pasukan.
Kerana kita mahu bola sepak akar umbi berkembang dengan cara yang terbaik. 🀝⚽

πŸ”₯ ANAK RIMAU FC BUKAN SEKADAR MENGEJAR TROFI.
Kita sedang membina MENTALITI.
Kita sedang membina DISIPLIN.
Kita sedang membina KEYAKINAN.
Kita sedang membina GENERASI PEMAIN BOLA SEPAK.
Hari ini mereka menang.
Esok mungkin mereka kalah.
Tetapi Coach mahu mereka belajar satu perkara:

JANGAN PERNAH TAKUT UNTUK BERJUANG! πŸ”₯🦁
❀️ TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARIS ANAK RIMAU FC.

Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa, tenaga, wang ringgit dan sentiasa berada di belakang anak-anak.
Bila anak-anak turun ke padang, mereka nampak Coach.

Tetapi di belakang mereka sebenarnya ada ibu ayah dan waris yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan. β€οΈπŸ™
Inilah kekuatan sebenar Anak Rimau FC.
Bukan seorang Coach.
Bukan seorang pemain.
Tetapi KITA SEMUA. πŸ¦πŸ’›
πŸ† PERGI DENGAN HARAPAN.
πŸ”₯ BERJUANG DENGAN KEYAKINAN.
🦁 PULANG MEMBAWA KEJAYAAN.

THIS IS ANAK RIMAU FC! 🦁πŸ”₯

MENANG KITA BERSYUKUR. 🀲
KALAH KITA BELAJAR.
JATUH KITA BANGKIT.
PERJALANAN MASIH JAUH!

🦁⚽ ANAK RIMAU FC TAIPING

Address

Taiping
34000

Telephone

+60139444514

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANAK RIMAU FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ANAK RIMAU FC:

Shortcuts

Share

Category