07/10/2026
RUMAH REHAT TRUSMADI (RESTHOUSE TRUSMADI)
Terletak di KM2.9 laluan Kaingaran, Resthouse Trusmadi menjadi tempat pendaki berehat sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.
Dibina hampir keseluruhannya menggunakan kayu, suasana resthouse ini memang terasa tradisional dan tenang. Berada di tengah hutan, jauh daripada kesibukan, memang sesuai untuk rehat dan recharge.
Terdapat 8 bilik tidur dengan kapasiti sekitar 5 pendaki setiap bilik, mampu menampung sehingga 34 orang. Kemudahan lain termasuk 2 tandas di dalam bangunan, 2 tandas di luar, dapur, ruang makan di koridor serta stor.
Kemudahan asas seperti sabun, shampoo dan bekalan elektrik daripada genset serta solar backup turut disediakan.
Bekalan air bersih dari gunung digunakan untuk tandas dan bilik mandi.
Cuaca di sini p**a memang sejuk dan nyaman. Suhu pada siang hari sekitar 11°C–19°C, manakala waktu malam boleh turun sehingga sekitar 8°C. Memang terasa beza bila berada di dalam hutan.
Dikelilingi kehijauan dan suasana hutan yang sunyi, resthouse ini menjadi salah satu tempat untuk mengumpul tenaga sebelum meneruskan misi ke puncak Trusmadi.
Lengkap. Tenang. Sederhana.
Dan untuk yang pertama kali ke sini, pengalaman di Gunung Trusmadi Via Kaingaran memang mempunyai suasana tersendiri.
Jangan bandingkan Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi Via Kaingaran. Kedua-duanya mempunyai karakter yang berbeza iaitu dari segi ketinggian, laluan, fasiliti dan pengalaman di hutan gunung.
Yang satu megah dengan fasiliti dan pemandangan tersendiri, yang satu lagi membawa kita lebih dekat dengan suasana hutan dan laluan yang lebih sunyi.
Itulah yang membuatkan setiap gunung ada cerita masing-masing.