10/08/2021
Alhamdulillah selesai sudah Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (Selvax Komuniti) Dun Hulu Bernam yang berjalan di Dewan Orang Ramai Hulu Bernam sejak pagi semalam sehingga petang tadi.
Seramai 2591 penduduk Dun Hulu Bernam hadir menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Ia melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 2500 orang.
Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas inisiatif program Selvax Komuniti yang membantu penduduk mendapatkan suntikan vaksin dengan segera & mudah. Khidmat yang diberikan oleh para doktor dan petugas perubatan dari Selcare amat kami hargai.
Tahniah kepada Penyelaras Dun Hulu Bernam, Tuan Haji Mohd Amran Sakir yang menyelaras pasukan sukarelawan terdiri daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam, Ahli Majlis MDHS, Ketua-Ketua Kampung, Ketua Komuniti India, PWB Dun Hulu Bernam, Penggerak Belia Selangor (PeBS) Dun Hulu Bernam, Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Hulu Selangor, Pemuda AMANAH Hulu Selangor, Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Hulu Selangor, Amal Relief Malaysia (ARiF) Hulu Selangor, Pasukan RELA Hulu Bernam & PBSM Hulu Selangor.
Terima kasih juga diucapkan kepada YB June Leow, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang hadir menyantuni petugas dan penduduk.
Tahniah sekali lagi kepada semua penduduk Dun Hulu Bernam yang hadir & semua yang membantu menjayakan program ini secara lansung atau tidak lansung.
Sama-sama kita doakan semoga pandemik Covid-19 ini berakhir dengan segera dan kita dapat hidup seperti normal semula.
09/08/2021
01/08/2021
13/06/2021
10/06/2021
08/06/2021