07/08/2023
Tahniah!!
Buat saudara Ahmad Hazmi Bin Hamdan kerana telah berjaya berada di kedudukan ke-8 dalam kejohanan MTB Kebangsaan 2023
Kejohanan telah berlangsung di Taman Cabaran, Putrajaya pada 27-30 Julai 2023 yang lalu.
Terima kasih atas semangat juang, Berjuang untuk UPSI tercinta.
28/06/2023
✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA✨
Pada Hari Raya Haji yang suci ini, semoga keikhlasan dan keberkatan menyertai setiap langkah kita. Selamat Hari Raya Haji, selamat beribadah korban dan berbagi kebahagiaan dengan sesama insan.
22/06/2023
🎉TAHNIAH🎉
Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet berbasikal yang telah mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris pada kejohanan LE TOUR De IPT 2023 sebanyak 4 peringkat bermula 16/6-20/6/2023.
UPSI Cycling Team juga telah mendapat tempat ke-3 untuk keseluruhan berpasukan dan berjaya membawa pulang wang tunai terkumpul berjumlah RM2,000.00.
Terima kasih atas semangat juang, Berjuang untuk UPSI tercinta ❤️
20/06/2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Keputusan stage 4 (terakhir) :
UNITEN - KPT Putrajaya - 82.9 km - (20 Jun 2023)
Tahniah!!
Buat saudara Iman Irfan Bin Sazali.
Tempat ke-4 : White jersey - Best Young Rider U21
Tempat ke-5 : Polka Dot Jersey
Terima kasih atas semangat juang, Berjuang untuk UPSI tercinta.
20/06/2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Keputusan stage 3 :
Politeknik Port Dickson - UPM - 92.8 km - (19 Jun 2023)
Tahniah!!
Buat saudara Iman Irfan Bin Sazali.
✅Tempat ke- 4 :
stage Individual Classification.
✅Tempat ke-4 :
White jersey - Best Young Rider U21
✅Tempat ke-5 :
Polka Dot Jersey
Terima kasih atas semangat juang, Berjuang untuk UPSI tercinta.
17/06/2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Keputusan stage 1 :
Kolej Komuniti Segamat- UTeM - 96 km - (17 Jun 2023)
Tahniah!!
Buat saudara Adam Zhafran Fenner Bin Ambrose.
Tempat ke-3 : Green jersey
Tempat ke-4 : White jersey - U21
Tempat ke-5 : Yellow Jersey (General Classification)
Kejohanan Le Tour De IPT 2023 (stage 1) Beliau berjaya membawa pulang Wang Tunai terkumpul berjumlah RM400.00.
Terima kasih atas semangat juang, Berjuang untuk UPSI tercinta
16/06/2023
DEMI UPSI🚴♂️
Selamat berjuang diucapkan kepada atlet berbasikal UPSI yang akan beraksi di Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 pada 15 hingga 20 Jun 2023.
Semoga pulang dengan kejayaan! 🥇
05/06/2023
SEKALUNG TAHNIAH !🏅
Tahniah dan syabas atlet Berbasikal UPSI
Makluman penyertaan & pencapaian Pasukan Berbasikal di dalam kejohanan 1st Stage Penang Edition: Northern Region MTB Jamboree 2023
Road Race : 35 KM
1. Ahmad Ritaudin bin Hamzah
(No. 1 Cat : King of Mountain, Men Master C)
(No. 2 Cat : Men Master C)
🚴♂️Bahagian Pengangkutan
2. Adam Zharfan Fenner bin Ambrose
(No.4 Cat: Men Open)
🚴♂️ Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan (FSSKj) / Kolej Awang Had Salleh (KAHS)
Semoga akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, pada kejohanan seterusnya.
Teruskan perjuangan demi UPSI yang tercinta 🏆
05/06/2023
SEKALUNG TAHNIAH !🏅
Tahniah dan syabas atlet Berbasikal UPSI
Makluman penyertaan & pencapaian Pasukan Berbasikal di dalam kejohanan 1st Stage Penang Edition: Northern Region MTB Jamboree 2023
Road Race : 50 KM
1. Ahmad Ritaudin bin Hamzah
(No. 4 Cat : Men Veteran)
🚴♂️Bahagian Pengangkutan
2. Ahmad Hazmi bin Hamdan
(No.10 Cat Men Open)
🚴♂️ Fakulti Komputer & Meta Teknologi
Semoga akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, pada kejohanan seterusnya.
Teruskan perjuangan demi UPSI yang tercinta 🏆
16/05/2023
📚Selamat Hari Guru 2023 🖍️
Untuk semua guru, terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicurahkan tanpa henti. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih cikgu! Selamat Hari Guru 2023.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
04/05/2023
Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini.🪷
21/04/2023
🎊Assalamualaikum dan salam sejahtera 🎊
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKHLAS DARIPADA UPSI CYCLING CLUB