15/04/2026
Part 2
Kelab Bola Tampar Kakitangan UPSI telah mengadakan Rabu Qalbu: Pertandingan Mix Volleython pada 15 April 2026 bertempat di STAR Wellness Hub, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Antara objektif mengadakan program ini untuk mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan kakitangan UPSI di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli kelab dan kakitangan.
15/04/2026
Part 1
Kelab Bola Tampar Kakitangan UPSI telah mengadakan Rabu Qalbu: Pertandingan Mix Volleython pada 15 April 2026 bertempat di STAR Wellness Hub, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Antara objektif mengadakan program ini untuk mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan kakitangan UPSI di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli kelab dan kakitangan.
30/12/2025
Pencarian dan pemilihan atlet Bola Tamar Staf UPSI akan ditangguhkan ke suatu tarikh masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima kasih.
23/12/2025
[JOM TURUN GELANGGANG! 🏐 RABU QALBU MIX VOLLEYTHON]
Panggilan buat semua warga UPSI! Anda berbakat dalam bola tampar? Atau sekadar ingin mengeluarkan peluh sambil merapatkan ukhuwah? Inilah masanya!
Kelab Bola Tampar Kakitangan UPSI membawakan Rabu Qalbu Mix Volleython – misi pencarian atlet lelaki dan wanita bagi memperkasakan pasukan kita.
📍 Di mana? STAR Wellness Hub, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
📅 Bila? 31 Disember 2025 (Rabu)
🕗 Jam: 8.00 Pagi
Sama ada anda 'spiker' berbisa atau 'setter' yang tenang, kehadiran anda amat kami alu-alukan!
🔗 Daftar sekarang di: https://forms.gle/PaRzCeoNufHk23xx6 atau imbas kod QR pada poster.
Jumpa anda di sana! Spike jangan tak spike! 🔥
Tarikh tutup pendaftaran : 26 Disember 2025 (Jumaat)
02/12/2025
Sesi Latihan Bola Tampar Staf UPSI
1 Disember 2025 (Isnin)
5.30 Petang - 7.00 Petang
Gimnasium KSAJS
05/09/2025
Selamat Berjuang kepada Atlet Bola Tampar Kakitangan UPSI di Karvinal Kejohanan Sukan Badan Berkanun 2025 (SUKANUN) bertempat di UiTM Seri Iskandar pada 7-14 September 2025
04/09/2025
4 September 2025 (Khamis)
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPSI ke Karnival Sukan Badan Berkanun 2025 (SUKANUN). Majlis telah disempurnakan oleh Encik Saiful Lizan bin Mohd Lajis (Timbalan Ketua Kontinjen UPSI).
Semoga berjaya kepada pasukan UPSI iaitu Golf, Berbasikal, Tenpin Bowling dan Bola Tampar.
21/08/2025
Program Fun With Volleyball telah diadakan pada 20 Ogos 2025 bertempat di Star Wellness Hub UPSI. Terima kasih kepada kakitangan yang sudi hadir bersama ke program ini.
17/08/2025
Tahniah!!
Buat Pasukan Bola Tampar Staf UPSI atas kejayaan membawa pulang 1 pingat gangsa (tempat ke-3) dalam Pertandingan (Tertutup) Pemilihan Bola Tampar MAKSAK Perak (Lelaki) 2025.
Pertandingan telah berlangsung pada 17 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh.
Terima kasih atas semangat juang memajukan sukan Bola Tampar dalam pelbagai peringkat dan menaikkan nama UPSI tercinta ini.
18/07/2025
Tahniah diucapkan kepada AJK Kelab Bola Tampar Kakitangan UPSI Sesi 2025-2027