03/09/2026
β½ MAKA BERAKHIRLAH SUDAH PIALA YOUNG TIGERS TAWAU 9βs TERBUKA SABAH 2026 β½
Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan bagi kategori B11 & B13 dengan keputusan rasmi:
π B11
π₯ Juara β YOUNG TIGERS A (TAWAU)
π₯ Naib Juara β YOUNG TIGERS B (TAWAU)
π₯ Ketiga Bersama β MASTERY FC (KOTA KINABALU) & OLD KK UNITED FC (KOTA KINABALU)
π B13
π₯ Juara β INTER UNITED A (KENINGAU)
π₯ Naib Juara β AT TAWAU B (TAWAU)
π₯ Ketiga Bersama β INTER UNITED B FC (KENINGAU) & TBBKK FC (KOTA KINABALU)
Pihak penganjur memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesilapan sebelum, semasa dan selepas kejohanan. Segala teguran dan pandangan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Andi Suryady, Ahli Parlimen P191 Kalabakan, Tuan Faiz Ridwan Bin Mohd Noor (JBS Bahagian Tawau), KEMENTERIAN BELIA & SUKAN, Persatuan Bola Sepak Sabah & Persatuan Bolasepak Tawau-SAFA TAWAU, APM Tawau, RELA Negeri Sabah, Polis Daerah Tawau, para penaja MILO Malaysia, Alesan sports, Moo Chuu Malaysia, NORLIAN SPORT Sport Tawau, Rhinos Empire & Aroma Kambing Golek, serta semua pasukan, AJK, petugas, ibu bapa dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan kejohanan ini.
Semoga kejohanan ini terus menjadi medan mencungkil bakat dan mengeratkan silaturahim dalam pembangunan bola sepak akar umbi.
Insya-Allah, kita berjumpa lagi di kejohanan seterusnya pada tahun 2027! β½π€
πΈ Disertakan sedikit gambar kenangan sepanjang kejohanan.
TERIMA KASIH SEMUA & JUMPA LAGI! πβ½
31/08/2026
π²πΎ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 π²πΎ
Sempena 31 Ogos 2026, Pertubuhan Pembangunan Komuniti Tawau (PPKT) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita terus menghargai erti kemerdekaan dengan memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan kebersamaan, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Semoga negara yang kita cintai ini terus aman, makmur dan sejahtera untuk generasi hari ini dan akan datang.
Bersatu kita teguh, bersama kita bina Malaysia yang lebih gemilang.
π²πΎ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! π²πΎ
Ikhlas daripada:
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN KOMUNITI TAWAU (PPKT)
27/08/2026
π BACKDROP & BANNER RASMI PIALA YOUNG TIGERS TAWAU 2026
Backdrop dan banner rasmi kejohanan disediakan sebagai ruang bergambar kenangan untuk semua pasukan yang bertanding, di samping memaparkan penghargaan kepada Penganjur Bersama, pihak yang menyokong serta Penaja Bersama.
Turut dipaparkan logo-logo rasmi pasukan yang mengambil bahagian, sebagai simbol kebersamaan dan kenangan penyertaan dalam Piala Young Tigers Tawau 2026 β B11 & B13 Terbuka Sabah.
πΈ Jangan lupa abadikan kenangan pasukan anda di backdrop rasmi kejohanan!
π―β½ Grassroots Talent, Where Future Stars Begin.
27/08/2026
π₯ SAINGAN B13 β PIALA YOUNG TIGERS TAWAU 9βs 2026 β½π
Carta kumpulan dan Jadual Rasmi Perlawanan B13 kini telah dimuktamadkan! Bersedia menyaksikan aksi pasukan-pasukan muda berentap memburu kejuaraan!
π
30β31 OGOS 2026
π SK BAHAGIA & SK KUKUSAN, TAWAU
Jemput orang ramai hadir memeriahkan kejohanan dan berikan sokongan kepada bakat-bakat muda kita! π₯β½
MEMBINA BAKAT, MELAHIRKAN JUARA! π―π
27/08/2026
π’ CARTA PEMBAHAGIAN KUMPULAN & JADUAL RASMI KATEGORI B11
Berikut merupakan carta pembahagian kumpulan serta jadual perjalanan lengkap Kejohanan Piala Young Tigers Tawau 9βs 2026 bagi KATEGORI B11, bermula dari peringkat kumpulan sehingga SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR dan FINAL. β½π
π₯ JOM RAMAI-RAMAI DATANG DAN SAKSIKAN AKSI BAKAT-BAKAT MUDA BERENTAP DI PADANG! Berikan sokongan dan semangat kepada semua pasukan yang bertanding dalam memburu gelaran JUARA B11 PIALA YOUNG TIGERS TAWAU 9βs 2026! π―β½π
π
30β31 OGOS 2026
π SK KUKUSAN, TAWAU
MEMBINA BAKAT, MELAHIRKAN JUARA!
27/08/2026
π’ PENGUMUMAN RASMI PENUTUPAN UNDIAN
π ANUGERAH KHAS: PASUKAN PALING POPULAR
PIALA YOUNG TIGERS TAWAU 9βs 2026
Dengan ini dimaklumkan bahawa UNDIAN ANUGERAH PASUKAN PALING POPULAR TELAH DITUTUP SECARA RASMI pada 27 Ogos 2026, jam 2.00 petang.
Setelah tamat tempoh undian dan berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diterima, pihak penganjur dengan sukacitanya mengumumkan:
ππ₯ PEMENANG ANUGERAH PASUKAN PALING POPULAR 2026 π₯π
β½ TBBKK FC β½
π TAHNIAH TBBKK FC! π
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan, pemain, ibu bapa, penyokong serta komuniti bola sepak yang telah memberikan sokongan dan mengambil bahagian sepanjang tempoh undian berlangsung.
Semangat dan sokongan anda telah memeriahkan lagi Piala Young Tigers Tawau 9βs 2026.
Sekali lagi, TAHNIAH TBBKK FC atas kejayaan meraih undian tertinggi! ππ
π Dengan ini, Anugerah Pasukan Paling Popular Piala Young Tigers Tawau 9βs 2026 DITUTUP SECARA RASMI.
Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan! β½π―π
24/08/2026
πβ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M β¨π
Pertubuhan Pembangunan Komuniti Tawau mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta menjadikan akhlak, kasih sayang dan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menyatukan ummah, memperkukuh ukhuwah dan membentuk masyarakat yang penuh dengan rahmah serta kebaikan. π€²π»
βSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.β
(Surah Al-Ahzab: 21)
π Cintai Rasul, Hayati Sirah, Ikuti Sunnah.
π€² Ψ§ΩΩΩΩ
Ψ΅Ω ΨΉΩΩ Ψ³ΩΨ―ΩΨ§ Ω
ΨΩ
Ψ― ΩΨΉΩΩ Ψ’Ω Ψ³ΩΨ―ΩΨ§ Ω
ΨΩ
Ψ―
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN KOMUNITI TAWAU
23/08/2026
π―β½ PENGESAHAN RASMI PENYERTAAN β X BALUNG β½π―
Dengan sukacitanya, pihak penganjur mengesahkan X BALUNG dari Tawau sebagai salah satu pasukan yang akan berentap dalam PIALA YOUNG TIGERS TAWAU 9βs TERBUKA SABAH 2026 bagi kategori Bawah 13 Tahun (U13).
π₯ Selamat datang ke medan perjuangan! Bawa semangat, disiplin dan keberanian anak-anak Tawau untuk memberikan saingan terbaik.
Berjuang habis-habisan, hormati lawan dan buktikan kemampuan di atas padang! πͺβ½π
ALL THE BEST, X BALUNG! π₯
Jumpa di medan pertempuran! π―π
22/08/2026
π PENGHARGAAN & TERIMA KASIH β NESTLΓ MILO
Dengan penuh penghargaan, pihak penganjur Kejohanan Piala Young Tigers Tawau B11 & B13 Terbuka Sabah 2026 mengalu-alukan NestlΓ© MILO sebagai PENAJA BERSAMA kejohanan pada tahun ini.
π₯ MILO, jenama minuman malt coklat keluaran NestlΓ©, sememangnya cukup dekat dengan dunia sukan dan generasi muda. Kehadiran MILO dalam kejohanan ini membawa semangat aktif, bertenaga dan kesukanan, selari dengan usaha kita memberi ruang kepada pemain-pemain muda untuk beraksi, membina keyakinan serta mengembangkan bakat mereka.
π MILO AKAN BERSAMA KITA DI:
π 30 OGOS 2026 β SK KUKUSAN TAWAU
β° 8.00 PAGI β 12.00 TENGAH HARI
π 31 OGOS 2026 β SK BAHAGIA TAWAU
β° 8.00 PAGI β 12.00 TENGAH HARI
Kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan, ibu bapa, penyokong dan pengunjung, nantikan kehadiran MILO sepanjang kejohanan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada NestlΓ© MILO atas kesudian bersama-sama menyokong pembangunan bola sepak akar umbi serta perjalanan Piala Young Tigers Tawau 2026.
Sokongan hari ini memberi semangat kepada bakat muda untuk menjadi juara masa hadapan.
β½π MEMBINA BAKAT, MELAHIRKAN JUARA!
π BERSAMA MILO, BERSAMA SEMANGAT SUKAN!