22/09/2026
KARNIVAL BAKAT SETTC EDISI KEDUA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU DIKUASAKAN OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN PERKASA POTENSI PELATIH
20 Sep, Tawau - SRA Darul Falah, Tawau menjadi pilihan SETTC sebagai venue utama dalam rangka pelaksanaan program pembangunan kelab menerusi dua disiplin dipertandingkan.
Kejohanan ini penting sebagai fasa pendedahan dalam kelompok kecil khususnya memberi kefahaman kepada pelatih khusus bagi cawangan Darul Falah.
Semangat dan kesungguhan semua baik pelajar, guru bahkan pihak sekolah khasnya patut diberikan kredit. Nilai sinergi ini amat membantu SETTC melaksana program yang berimpak.
Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberi kepercayaan kepada SETTC. Apa yang mustahak adalah setiap program yang dilaksana diperingkat kelab khususnya adalah untuk pelatih SETTC sendiri.
UNITY IN STRENGTH
22 SEP 2026