07/10/2026
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ | ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก๐ & ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐๐จ๐ก ๐ฅ๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ๐ซ
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Dukacita dimaklumkan bahawa Karnival Hari Sukan Negara DUN Sijangkang 2026 & PASTI Fun Run, yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 11 Oktober 2026 di The Arc, Bandar Rimbayu, telah diputuskan untuk ๐๐๐๐๐ง๐๐๐๐๐ก.
Sejak situasi jerebu dan kemerosotan kualiti udara mula berlaku, pihak penganjur telah melaksanakan pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) secara berterusan dari hari ke hari, khususnya melibatkan kawasan sekitar lokasi program. Pemantauan ini menjadi antara asas utama dalam menilai tahap keselamatan dan kesesuaian program untuk diteruskan.
Berdasarkan pemantauan sehingga Ahad yang lalu, bacaan IPU ketika itu masih berada pada tahap yang membolehkan persiapan program diteruskan seperti dirancang. Namun, dalam tempoh dua hingga tiga hari kebelakangan ini, situasi telah berubah apabila bacaan IPU menunjukkan peningkatan yang ketara sehingga berada pada paras tidak sihat, termasuk di persekitaran tapak program.
Susulan perkembangan tersebut, pihak penganjur telah membuat penilaian semula berdasarkan bacaan dan keadaan semasa, di samping mendapatkan pandangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah serta pengamal perubatan berhubung risiko kesihatan kepada peserta.
Setelah mengambil kira perkembangan terkini dan pandangan yang diperoleh, pihak penganjur dengan berat hati mengambil keputusan untuk membatalkan program ini demi menjaga kemaslahatan, keselamatan dan kesihatan semua peserta, khususnya kanak-kanak yang merupakan antara kelompok utama peserta program.
๐๐ฒ๐ฝ๐๐๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ต๐ฎ๐ป. ๐ข๐น๐ฒ๐ต ๐ถ๐๐, ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ถ๐ป๐ถ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ท๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ ๐ธ๐ฒ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต ๐น๐ฎ๐ถ๐ป.
Keputusan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab, dengan keselamatan serta kesihatan semua pihak diberikan keutamaan. Kami memahami keputusan ini mungkin menimbulkan rasa kecewa kepada peserta dan keluarga yang telah membuat persiapan, namun perubahan keadaan semasa memerlukan pihak penganjur mengambil keputusan yang sewajarnya demi kepentingan bersama.
Bagi peserta yang telah membuat pembelian pakej, semua item yang terkandung dalam pakej tersebut tetap akan diserahkan kepada peserta. Maklumat berkaitan kaedah, lokasi dan waktu penyerahan akan dimaklumkan melalui kumpulan rasmi peserta.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, penaja, rakan strategik, petugas, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang persiapan program ini.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kefahaman serta kerjasama semua pihak terhadap keputusan yang terpaksa diambil ini.
Sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan boleh menghubungi:
Ust Yusra : 011-13345185
Pengarah Program Karnival Hari Sukan Negara DUN Sijangkang & PASTI Fun Run 2026
7 Oktober 2026 | 25 Rabiulakhir 1448H