KSDKK LAP Southern Lions

KSDKK LAP Southern Lions

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KSDKK LAP Southern Lions, Sports Team, Teluk Intan.

SOUTHERN LIONS merupakan satu kelab sukan Lembaga Air Perak di Wilayah Selatan yang aktif bersukan dan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan LAP, khususnya yang berkhidmat di Daerah Batang Padang, Daerah Muallim, Daerah Hilir Perak dan Daerah Bagan Datuk.

Photos from KSDKK LAP Southern Lions's post 12/08/2026

Fun Explorace Lembaga Air Perak Wilayah Selatan 2026 telah berjaya diadakan pada 8 Ogos 2026 di UiTM Perak cawagan Tapah.

Seramai 60 org peserta telah menyertai acara ini. Semua peserta memberi semangat juang & semangat sepasukan yg tinggi sepanjang acara ini berlangsung.

Ucapan terima kasih kepada pihak UiTM Tapah atas kerjasama dalam melaksanakan program explorace ini.

Tahniah juga kepada semua peserta atas komitmen yg ditunjukkan. Anda semua adalah yg terbaik πŸ‘πŸ’ͺ

Photos from KSDKK LAP Southern Lions's post 15/07/2026

Seperti yang sedia maklum, bermula 1 Julai 2026, Pengurus Wilayah Selatan, Ts. Mohd Faqrul Redza bin Tahiruddin telah bertukar ke LAP Wilayah Utara.

Walaupun tempoh perkhidmatan beliau di Wilayah Selatan tidak begitu lama, namun banyak impak dan kenangan yang ditinggalkan kepada seluruh warga kerja Wilayah Selatan. Antara yang paling diingati ialah nasihat dan motivasi yang sering dikongsikan, khususnya berkaitan agama serta tanggungjawab sebagai seorang pekerja dalam menjalankan amanah dan tugas di jabatan.

Sikap beliau yang ramah dan mesra dengan semua warga kerja tanpa mengira pangkat dan jawatan menjadikan beliau seorang yang mudah didekati dan disenangi ramai.

Kami dari KSDKK LAP Wilayah Selatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa, tunjuk ajar dan pengalaman yang telah dikongsikan sepanjang berada bersama kami.

Selamat maju jaya di tempat baharu buat mantan Pengurus Wilayah Selatan, Ts. Mohd Faqrul Redza bin Tahiruddin. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di LAP Wilayah Utara. 🀝

Photos from KSDKK LAP Southern Lions's post 15/07/2026

Pada 3 Julai 2026 telah berlangsung Pertandigan Sukan Tradisional antara wilayah. Southern lion mendapat tempat ketiga dalam acara congkak.

Congkak
Johan : Ibu Pejabat
N.Johan : Barat
Ketiga : Selatan
Keempat : Utara

Dam Aji
Johan : Aqua
N.Johan : WT
Ketiga : WT2
Keempat : Barat

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

26/06/2026

Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Fantasy Premier League Southern Lions 🦁

Photos from KSDKK LAP Southern Lions's post 26/06/2026

Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Fantasy Premier League Southern Lions telah diadakan di Pejabat LAP Teluk Intan pada 26 Jun 2026 jam 3 petang secara santai & majlis disempurnakan lagi dengan kehadiran Tuan Pengurus Wilayah Selatan, En.Ts Mohd Faqrul Redza bin Tahiruddin yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Seramai 26 org ahli southern lions dan juga pengurus bagi kelab fantasi masing2 berentap selama 10 bulan secara alam maya bagi merebut gelaran Juara FPL Southern Lions musim 2025/2026

Berikut merupakan keputusan kejohanan & juga gambar suasana semasa majlis dijalankan;

Juara : En.Mohd Haikal Bin Abd Rahim
Naib Juara : En.Muhammad Hazman Bin Amiruddin
Ke-3 : En.Noor Syawal Bin Hassian
Ke-4 : En.Mohd Rozaili Bin Adnan
Ke-5 : En.Muhammad Faris Bin Ahmad Zamri

Pemenang Bulanan :
1) Ogos : En.Mohd Rozaili Bin Adnan
2) September : En.Muhammad Izzat Bin Abd Azis
3) Oktober : En.Rizal Bin Manap
4) November : En.Meor Faridzul Rizan Bin Meor Yusuf
5) Disember : En.Muhammad Hazman Bin Amiruddin
6) Januari : En.Muhammad Nabil Bin Mohamed Huzori
7) Februari : En.Johnson A/L Moses Nanadorai
8 ) Mac : En.Noor Syawal Bin Hassian
9) April : En.Noor Syawal Bin Hassian
10) Mei : En.Mohd Haikal Bin Abd Rahim

Tahniah diucapkan kepada para pemenang πŸ†

12/05/2026

Barisan AJK Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Lembaga Air Perak Wilayah Selatan Southern Lions 26/27

Semoga barisan AJK yg dilantik dapat menjalankan tugas dgn baik dalam menjayakan aktiviti kelab sukan wilayah

β€œAJK hebat bukan sekadar bekerja di belakang tabir, tetapi menjadi tulang belakang kepada setiap kejayaan aktiviti yg akan dilaksanakan"

RESPECT ALL, FEAR NONE 🦁

20/03/2026

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Lembaga Air Perak Wilayah Selatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kakitangan Lembaga Air Perak yg dihargai serta seluruh umat Islam yg meraikannya

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempereratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama insan tersayang.

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

12/09/2025

Southern Lions Anthem

Coming soon...

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Teluk Intan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Teluk Intan