Bidor United FC

Bidor United FC

Share

Ingin melahirkan bakat-bakat baru dalam bola sepak serta mengembalikan semula zaman kegemilangan bol

Photos from Bidor United FC's post 24/06/2017

Assalamualaikum .
Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami bidor united fc .


Photos 30/04/2017

Pemain yang akan diturunkan hari ni ✌

Photos from Bidor United FC's post 30/04/2017

mood team stanby, wish BUFC good luck today. kamon guys πŸ’ͺ😎

Photos 15/04/2017

FT :

BUFC 3 - 0 Plus Slim River

halmi - 2
saiful azmi - 1

Alhamdulillah, kami layak ke Suku Akhir.

12/04/2017

Undian pusingan kedua Liga Piala Dato Khusairi 2017 :

πŸ”€BUFC (Juara liga tapah) x Plus Slim River (Juara liga Slim River)
πŸ”€ 15.04.2017 (Sabtu)
πŸ”€ Jam 5.00pm
πŸ”€ Padang MDTM Slim River

Ayuh orang kampung, kita turun ramai-ramai untuk beri sokongan. Menang kalah kita bersama. 😘πŸ’ͺ Jumpa sabtu nanti geng.

Photos 07/04/2017

Perlawanan persahabatan

BUFC 1 x 0 Sungai Lampam
Padang Speedy Teluk Intan

Photos 08/03/2017

Jersey BIDOR UNITED FC LIMITED EDITION untuk fans. Korang boleh letak nama dengan nombor yang korang s**a. Amacam? Mantapkan.. Ni kalau korang sarung confirm mercik beb.

Kami keluarkan jersey ni sebab ramai yang bertanya, untuk player je ke? Kalau fans nak boleh buat ke? So kami sepakat membawa berkat telah bersetuju untuk menghasil satu jersey untuk fans.

Bidor Evolution Printing juga bersetuju untuk memberi sedikit sumbangan hasil jualan jersey ini untuk menampung kos pergerakan kami dalam liga-liga yang kami sertai untuk kami terus aktif dalam bola sepak.

Sembang banyak tak guna, cara nak ordernya gini.

Whatsapp :
012-531 6895 (epoi)
012-593 5674 (aker)

Sertakan juga :-
1.Nama pada jersey :
2.Nombor pada jersey :
3.Saiz jersey :
4.Slip bayaran atau jumpa personal
5.taip BUFC Power 😁

Photos from Bidor United FC's post 10/02/2017

BUFC 2-0 Changkat Sulaiman

Alhamdulillah BUFC memperolehi kemenangan pertama pada game ke-2. Gol-gol BUFC dijaringkan oleh penyerang utama BUFC Halmi Laili pada babak pertama dan gol ke-2 BUFC dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh Saiful Azmi pada babak ke-2.

Dengan kemenangan ini BUFC menerajui kumpulan A dengan kelebihan 1 mata dibelakang Changkat Sulaiman. BUFC mempunyai baki 1 perlawanan lagi untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada perlawanan akan datang. BUFC juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong yang turut hadir memberi sokongan kepada para pemain.

Photos 10/02/2017

Bidor United x Changkat Sulaiman
5.00 Petang | 10.02.2017 | Jumaat
Padang MDTM Slim River

BUFC Perlukan kemenangan pada petang ini bagi menghidupkan peluang untuk ke pusingan seterusnya. Ayuh beri sokongan pada kami. 😎πŸ’ͺ

Photos 15/01/2017

Kita mencatatkan keputusan seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang naluri cekal. Gol BUFC dijaringkan oleh Mohd Halmi laili bagi menyamakan kedudukan selepas naluri cekal mendahului pada babak pertama.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada para pemain dengan kesungguhan yang ditunjukkan. Perlawanan kedua BUFC akan menentang Changat Sulaiman yang dijadualkan pada 10.2.2017 (Jumaat)

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Teluk Intan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Padang Speedy
Teluk Intan