22/04/2026
𝟰 𝗣𝗲𝗹𝗮𝘁𝗶𝗵 Pusat Latihan Daerah Bagan Datuk 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗸𝗲 Selangor FA U16
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan semua apabila empat pelatih PLD Bagan Datuk berjaya terpilih ke Squad Selangor FA U16 .
1. AFIF ZAFRAN BIN AMIN SHAH
2.KHAIRUL IRFAN BIN WAN KHAIRULLNIZAL
3.MUHAMMAD HAZIQ HAYKAL BIN ABDUL HALIM
4.ARIF MUHAMMAD IMAN BIN AHMAD ISMADI
Tahniah dan syabas kepada semua pelatih atas kejayaan ini! Pencapaian ini menjadi bukti bahawa usaha, disiplin dan semangat yang ditanam dalam latihan membuahkan hasil yang luar biasa.
Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan doa tanpa henti. Setiap kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan antara pemain, jurulatih, dan keluarga besar Pld Bagan Datuk
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelatih lain untuk terus berusaha, kerana perjalanan ini masih panjang dan peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang tidak pernah berputus asa.