Team White Tiger Taekwondo Academy

Team White Tiger Taekwondo Academy

Share

Team White Tiger Taekwon-do Academy (TWTTA) base at Temerloh is an ITF Taekwon-do club under Hussair

13/06/2026

[ KELAS TAEKWON-DO ITF KINI DIBUKA DI TEMERLOH! 🐯πŸ₯Š ]

Ibu bapa tercari-cari aktiviti sihat yang boleh membina disiplin dan jati diri anak-anak? Atau anda sendiri nak belajar seni pertahanan diri?

Sertai kami di Team White Tiger Taekwon-do Academy! Kami membuka pendaftaran untuk kelas Taekwon-do ITF sekarang!

Siapa yang boleh sertai?
πŸ”ΉKanak-kanak (6 tahun ke atas)
πŸ”ΉRemaja
πŸ”ΉDewasa

Kenapa perlu pilih Team White Tiger?

🧠 Disiplin & Hormat – Membentuk karakter yang tinggi menghormati orang lain.
πŸ›‘οΈ Keselamatan Diri – Belajar teknik pertahanan diri yang praktikal.
πŸ’ͺ Keyakinan Diri – Membina keberanian menghadapi cabaran.
πŸƒβ€β™‚οΈ Kesihatan Fizikal – Meningkatkan stamina, kecergasan, dan tenaga positif.

Slot adalah terhad! Jom bentuk masa depan yang lebih yakin dan selamat bersama kami.

Lokasi Kami: πŸ“
No.18, Tingkat Satu, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal, 28000, Temerloh, Pahang.

Hubungi Kami Sekarang: πŸ“²

Klik link WhatsApp di Bio untuk mendaftar atau pertanyaan lanjut.

Jangan lupa follow kami untuk update terkini!
IG/FB: Team White Tiger Taekwon-do Academy

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 25/04/2026

πŸ”₯ SPARS ITF 2026 πŸ”₯

Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan kelab kami dalam Sparring Performance And Reaction Seminar ITF hari ini πŸ’₯πŸ₯‹

Banyak ilmu baru, teknik dan pengalaman berharga yang berjaya dikutip oleh para peserta.

Terima kasih kepada pihak penganjur & .events serta para jurulatih atas perkongsian yang sangat bermanfaat πŸ™ŒπŸ»

Semoga semua yang dipelajari oleh White Tiger Cubs dapat dipraktikkan dan terus mempertingkatkan prestasi dalam gelanggang.

Teruskan berlatih, kekalkan disiplin dan jangan berhenti improve πŸ’ͺ🏻

Let’s fight with courage and roar with victory for our future! 🐯πŸ”₯

Taekwon!

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 19/04/2026

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya menyempurnakan Ujian Kenaikan Tali Pinggang pada 19 April 2026. πŸ₯‹πŸ”₯

Setiap langkah, setiap peluh dan setiap usaha yang dicurahkan hari ini adalah bukti semangat juang yang luar biasa. Teruskan melangkah ke hadapan, perbaiki diri dan kejar kecemerlangan dalam seni bela diri Taekwon-do ITF.

Istimewa juga buat para pelajar .jengka yang telah melalui ujian pertama mereka. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. πŸ’ͺ🏻

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa TWTTA & ZDA yang sentiasa hadir memberi sokongan padu. Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan Majlis Jamuan Raya TWTTA 2026, malah menjadi kekuatan utama kepada anak-anak untuk terus berjaya.

Let’s fight with courage and roar with victory for our future! 🐯πŸ”₯

Taekwon!

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 11/04/2026

"71 years of Taekwon-DoπŸ₯‹"

11 April 1955 - 11 April 2026 β€” the spirit lives on: Discipline, Strength & Resilience.

This morning, TWTTA family marked it with outdoor training & a fitness test.

Tired? Definitely. Worth it? Always.

Highest appreciation to Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Temerloh for giving us the opportunity to use the facility at .

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 15/03/2026

Kelas latihan terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri. White Tiger cubs semua sedang fokus menjawab soalan kuiz teori persediaan untuk ujian kenaikan tali pinggang selepas rayaπŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

All the best untuk grading nantiπŸ”₯ & selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga TWTTA πŸ€—πŸ€—

Taekwon!

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 10/01/2026

10 Jan 2026 : White Tiger Cubs in Action!

Kelas latihan pertama bagi tahun 2026 di dojang Team White Tiger Taekwon-do AcademyπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 20/12/2025

20/12/25: Latihan terakhir bagi tahun 2025 πŸ₯‹

Terima kasih kepada seluruh warga Team White Tiger Taekwon-Do Academy, terutama kepada 'White Tiger Cubs' atas setiap titisan peluh, komitmen yang tidak pernah luntur, disiplin yang dibina dan semangat yang sentiasa membara sepanjang tahun ini.πŸ™ŒπŸ»πŸ™ŒπŸ»

Semoga segala usaha dan latihan ini menjadi asas yang kukuh untuk melangkah lebih jauh, lebih kuat dan lebih cemerlang pada tahun hadapan 🀍🐯 Teakwon!

TWTTA 2025, signing off.
Rehat seketika, kembali lebih kuat πŸ’ͺπŸ”₯

#2025

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 13/12/2025

TWTTA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat salah seorang pelajar TWTTA, Syed Muhammad Danish Fawwaz Bin Syed Mohd Fitry, atas penerimaan Anugerah Akademik Terbaik & Anugerah Nilam 3 Bintang di dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SRA Islam At-Takwa 2025.

Semoga terus kekal cemerlang sebagai seorang pelatih Taekwon-do ITF.

#

Photos from Team White Tiger Taekwondo Academy's post 20/05/2025

Tahniah & syabas diucapkan kepada para pelajar TWTTA di atas kejayaan semua di dalam Kejohanan Grand Pearl (ITF) Open Championship 2025 di IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 11, 16-18 Mei 2025 lepas. Semoga anda semua terus kekal bersemangat dan tidak putus asa dalam menghadapi cabaran yang mendatang.πŸ”₯πŸ₯‹πŸ―

Pungutan pingat TWTTA :
3 GoldπŸ₯‡ | 2 Silver πŸ₯ˆ | 4 Bronze πŸ₯‰

Mior Al Faruq:
Pattern - Gold
Sparring - Bronze

Syed Muhammad Danish Fawwaz:
Pattern - Gold
Sparring - Bronze
Special Technique - 2x Bronze

Coach Fareed Aizat:
Pattern - Silver
Sparring - Silver
Virtual Pattern - Gold

12/05/2025

TWTTA's cubs, let's get ready to roar!!!πŸ₯‹πŸ―πŸ”₯ at Grand Pearl (ITF) Open Championship 2025 @ Dewan IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang on 16th - 18th May 2025.


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Temerloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 21 Tingkat Atas, Jalan TJ6/2, Taman Temerloh Jaya
Temerloh
28000

Opening Hours

09:00 - 11:00