08/10/2026
Race Guide‼️
GPX‼️
Bib Transfer Form‼️
📌 Lokasi RV
ARC River Cafe, Kg Tebal, Temerloh, Pahang
🔛 Date Event
16/10/2026 - FO 200KM
17/10/2026 - FO 100km, 72km, 43km, 17km, 5km
🗓 Date Race Pack Collection
15/10/2026 (11am - 4pm)
Isuzu Temerloh
16/10/2026 (10.30am - 10.30pm)
ARC River Cafe, Kg Tebal, Temerloh, Pahang
*****************************************************
Maka dengan ini, tibalah masanya buat sekalian para pelari meneliti Race Guide serta peta laluan GPX yang telah disediakan.
Telitilah setiap jalan, simpang dan lekuk.. Kenalilah jalan yang bakal ditapaki, kerana setiap langkah mempunyai ceritanya tersendiri.
Jika hujan membasahi bumi, jika air sungai meninggi, jika laluan berubah daripada yang dirancang maka bersedialah dengan hati dan akal yang tenang.
🛡️ PESANAN KESELAMATAN
Utamakanlah keselamatan sepanjang perjalanan.. janganlah memaksa diri sekiranya tubuh mula keletihan, cuaca menjadi buruk atau keadaan laluan tidak mengizinkan. Berhentilah di tempat yang selamat dan dapatkan bantuan sekiranya diperlukan.
Sentiasalah membawa air yang mencukupi, peralatan wajib serta kelengkapan yang bersesuaian dengan keadaan cuaca dan laluan.
Ikutilah penandaan laluan dan arahan para marshal., jangan mengambil jalan pintas atau menyimpang daripada laluan yang telah ditetapkan.
Andai terlihat sahabat yang berada dalam kesusahan, janganlah berpaling. Bantulah sekadar termampu dan maklumkan segera kepada pihak perlumbaan.
Tiada catatan masa yang lebih berharga daripada keselamatan diri.. 🙏
Baca panduannya‼️
Teliti laluannya‼️
Susunlah strategi‼️
Dan yang paling utama, p**anglah dengan selamat‼️
Kerana di medan ini, bukan sekadar kaki yang diuji, tetapi juga akal, sabar dan semangat.. selamat menelaah laluan, wahai sekalian pelari.. semoga dipermudah setiap langkah, dilindungi sepanjang perjalanan, dan selamat sampai ke penghujungnya..
Pahang Ultra 2026
The Untold Stories of Darul Makmur