21/12/2018
🏹 hidup kn sunnah nabi
Memanah berkuda bersama belia
21/12/2018
🏹 hidup kn sunnah nabi
Kebenaran di Zaman Fitnah
Imam Syafi’i (Rohimahullah) pernah ditanya oleh salah satu muridnya tentang bagaimana caranya kita mengetahui pengikut kebenaran di akhir zaman yang penuh fitnah?.
ulama1Jawab beliau,
” Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa) maka akan menunjukimu siapa pengikut kebenaran”…
Jadi pilihlah dan ikutilah ulama dengan ciri berikut agar selamat di jaman penuh fitnah ini:
Ulama yang paling dibenci dan tidak disukai orang kafir
Ulama yang paling tidak disukai orang munafik
Ulama yang keras terhadap orang kafir yang mengganggu
Ulama yang lemah lembut terhadap orang Islam
Ulama yang selaras antara ucapan dan perbuatan
Ulama yang tidak peduli dengan caci maki orang kafir sejauh ia menyuarakan kebenaran
Ulama yang jika kita memandangnya dan mendengar petuahnya semakin membuat hati kita semangat untuk lebih rajin beribadah
19/12/2018
16/12/2018
04/12/2018
Allahurabbi! Bukan setakat tempah pedang, mereka dah mula bina "bunker", simpan bekalan makanan untuk perang akhir, tanam pokok-pokok pelindung "gharqad", belajar memanah, berpedang, berkuda dan berenang macam yang Nabi suruh. Kita umat Islam apa yang kita buat? siapa yang lebih bersedia sekarang?
02/12/2018
مَنْ أَحْيَا سُنَّتِيْ بَعْدَ فَسَادِ أُمَّتِيْ فَلَهُ أَجْرُ مِائَةِ شَهِيْدٍ
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku ketika rosaknya umatku maka baginya pahala 100 orang syahid..
KELEBIHAN SUKAN MEMANAH
Falsafah memanah dapat mendidik seseorang itu dari sudut emosi dan fizikal kerana memanah akan melatih diri kita untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak menggelabah untuk meletakkan anak panah pada sasaran.
Sekiranya emosi seseorang itu dalam keadaan tertekan, panik serta marah, sudah tentu tumpuannya akan terjejas dan panahan tersebut akan tersasar dari sasaran yang ingin dicapainya.
Selain itu, sukan ini dapat memberi manfaat dari sudut fizikal apabila seseorang itu menarik anak panah untuk dilepaskan ke sasaran, secara automatik pengaliran darah di dalam badan akan menjadi lebih lancar yang akan memberi kekuatan kepada sistem dalam tubuh badan terutamanya jantung.
Secara kesimpulannya, aktiviti memanah dapat melatih individu untuk bersikap positif dan berjaya seperti penyabar, tenang, berstrategi serta menggunakan pertimbangan akal yang rasional mengatasi emosi; malah, sukan ini juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal terutama di bahagian anggota badan.