Akademi Sukan UPM

Call Directions Website Contact the business

Akademi Sukan UPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Sukan UPM, Sports, AKADEMI SUKAN, Universiti Putra.

1) Melaksana penilaian ke atas transformasi governans bagi tiga (3) entiti/ PTJ Sukan di UPM iaitu Akademi Sukan, Pusat Sukan dan Jabatan Pengajian Sukan ke arah menerajui kecemerlangan sukan di IPT dan Malaysia amnya sekaligus meningkatkan visibiliti UPM dan membentangkan laporan dalam Mesyuarat Senat UPM.

2) Pemerkasaan fungsi perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran entiti Sukan UPM dalam usaha menghasilkan atlet-atlet terbaik UPM

3) Membantu universiti untuk menjadi sebuah universiti rujukan dan bereputasi antarabangsa dalam bidang kecemerlangan sukan dengan memaksimumkan penggunaan sumber dan kepakaran berkaitan bidang sains sukan di UPM seterusnya mencapai taraf HICOE teras perkhidmatan.

4) Mengemukakan laporan cadangan transformasi governans kepada Senat dalam usaha memperkasakan bidang perkhidmatan dan penyelidikan sukan UPM

30/10/2026
28/10/2026
28/10/2026
26 OKTOBER 2026 | ISNIN | KEJOHANAN BOLING SIRKIT 4 BELIA KEBANGSAAN 2026 SYABAS DAN TAHNIAH ‼️🥇🥇🥇Akademi Sukan UPM ingi...
25/10/2026

26 OKTOBER 2026 | ISNIN | KEJOHANAN BOLING SIRKIT 4 BELIA KEBANGSAAN 2026

SYABAS DAN TAHNIAH ‼️🥇🥇🥇

Akademi Sukan UPM ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudara Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin (Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi) kerana berjaya merangkul gelaran juara bagi Kategori Lelaki acara Boling pada 24 hingga 25 Oktober 2026 bertempat di Mega Mall, Pulau Pinang.

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm




25 OKTOBER 2026 | AHAD | KEJOHANAN BOLING SIRKIT 4 BELIA KEBANGSAAN 2026SELAMAT BERJUANG 🔥🔥 Akademi Sukan UPM ingin meng...
25/10/2026

25 OKTOBER 2026 | AHAD | KEJOHANAN BOLING SIRKIT 4 BELIA KEBANGSAAN 2026

SELAMAT BERJUANG 🔥🔥

Akademi Sukan UPM ingin mengucapkan selamat berjuang kepada Pasukan Boling UPM yang akan beraksi di Kejohanan Boling Sirkit 4 Belia Kebangsaan 2026 bertempat di Mega Mall Pulau Pinang pada 24 hingga 25 Oktober 2026.

Semoga Pasukan Boling UPM dapat mempamerkan aksi yang cemerlang dan seterusnya memenangi perlawanan yang bakal berlangsung. 💪💪

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm




22 OKTOBER 2026 | KHAMIS | Kejohanan Golf Universiti Awam Malaysia ke-53Akademi Sukan UPM mengucapkan setinggi tahniah k...
22/10/2026

22 OKTOBER 2026 | KHAMIS | Kejohanan Golf Universiti Awam Malaysia ke-53

Akademi Sukan UPM mengucapkan setinggi tahniah kepada pasukan golf UPM yang telah meraih kejayaan di Kejohanan Golf Universiti Awam Malaysia ke-53 yang telah berlangsung di Royal Ipoh Golf Club, Kintar Golf Club & Meru Golf Club anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 19-21 Oktober 2026. Berikut merupakan pencapaian Pasukan UPM di kejohanan tersebut:

Kategori Nett
Individu
: 🥇Encik Rizal Mukhtar
: Ke-4 : Dr Zailani Khuzaimah
: Ke-5 : Prof. Madya Dr. Hanan Hasan

Kategori Berpasukan Nett
🥇UPM
1. Encik Rizal Mukhtar
2. Dr Zailani Khuzaimah
3. Prof Madya Dr. Hanan Hasan
4. Encik Zamanu Al Mohtadi Ekhwan

🥈UKM - Perak
🥉UiTM- Gangsa

Kategori Individu Jemputan
🥈Dr Fadzrul Abas bin Muhamad Ramlee - Perak

Kategori Berpasukan Jemputan
🥇Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
🥈Universiti Putra Malaysia (UPM)
🥉Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kategori Keseluruhan Kontinjen
🥇Universiti Utara Malaysia (UUM)
🥈Universiti Teknologi MARA (UiTM)
🥉Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm




22/10/2026

21 OKTOBER 2026 | RABU | SEMINAR SPORTREC: TRANSFORMASI SUKAN & REKREASI MALAYSIA 2026

Telah berlangsung Seminar Sportrec:
Transformasi Sukan & Rekreasi Malaysia 2026 bertempat Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dr. Eugene Koh Boon Yau, Timbalan Pengarah Akademik dan Penyelidikan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.

Untuk makluman, seminar ini merupakan anjuran
Bahagian Akademik dan Penyelidikan (BAP), Akademi Sukan UPM dengan kerjasama Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dan Jabatan Pengajian Sukan (JPS), Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm




22 OKTOBER 2026 | KHAMIS | KUNJUNGAN RASMI UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA (UNJ) KE AKADEMI SUKAN UPM Fakultas Ilmu Keolahrag...
22/10/2026

22 OKTOBER 2026 | KHAMIS | KUNJUNGAN RASMI UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA (UNJ) KE AKADEMI SUKAN UPM

Fakultas Ilmu Keolahragaan dan Kesehatan (FIKK), Universiti Negeri Jakarta (UNJ) telah mengadakan lawatan rasmi ke Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 20 Oktober 2026.

Lawatan ini merupakan susulan kepada jalinan kerjasama antara FIKK UNJ dan Akademi Sukan UPM yang telah berlangsung semasa kunjungan terdahulu di UNJ, Jakarta pada September 2026. Pertemuan kali ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang sukan serta meneroka peluang kolaborasi yang lebih strategik antara kedua-dua institusi.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan program mobiliti sukan, pembangunan atlet dan kejurulatihan sukan serta pengurusan fasiliti sukan. Perbincangan tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pembangunan sukan di peringkat institusi pengajian tinggi.

Dalam lawatan tersebut, pihak Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM turut dijemput bagi berkongsi maklumat berkaitan program akademik yang ditawarkan, khususnya dalam bidang pengajian sukan.

Delegasi UNJ diketuai oleh Dekan Fakultas Ilmu Keolahragaan dan Kesehatan (FIKK), Prof. Dr. Nofi Marlina Siregar dan telah disambut oleh En. Mohamad Razizi bin Midin, Timbalan Pengarah Perundingan, Jaringan Komuniti dan Pembangunan, Akademi Sukan UPM.

Lawatan ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan institusi antara UPM dan UNJ serta membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang akademik, pembangunan atlet, kejurulatihan, mobiliti pelajar dan pengurusan sukan pada masa akan datang.

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm




19 OKTOBER 2026 | ISNIN | KEJOHANAN SUKAN KOLEJ (SUKPRA) SESI 2026/2027 | BADMINTON CAMPURANSekitar aksi Kejohanan Sukan...
21/10/2026

19 OKTOBER 2026 | ISNIN | KEJOHANAN SUKAN KOLEJ (SUKPRA) SESI 2026/2027 | BADMINTON CAMPURAN

Sekitar aksi Kejohanan Sukan Kolej (SUKPRA) pada hari pertama kejohanan bagi Badminton Campuran bertempat di Dewan Serbaguna Akademi Sukan UPM pada 19 Oktober 2026.

Untuk mendapatkan gambar aksi yang lebih banyak, sila tekan link Google Drive di bawah:

https://drive.google.com/drive/folders/1TExwnZarZhhVxTF_BpiIwAbdrEgX30Ny?usp=drive_link

Ikuti berita kami dan maklumat hebahan Akademi Sukan UPM di :
Facebook : Akademi Sukan UPM
Instagram : akademisukan_upm
Tiktok : akademisukanupm



21/10/2026

50 HARI LAGI MENUJU AUG KL 2026!

Tinggal 50 hari sahaja lagi sebelum atlet-atlet universiti ASEAN berkumpul, berentap dan menunjukkan aksi terbaik di bumi Malaysia!

Buat semua atlet, teruskan latihan, kekalkan semangat dan jangan mudah mengalah! Setiap peluh yang menitis, setiap usaha yang dicurahkan, semuanya demi satu matlamat mencipta kejayaan dan mengharumkan nama negara!

Jom semua, kita sama-sama hitung hari dan meriahkan AUG KL 2026!

📲 Ikuti perkembangan terkini dan hebahan rasmi AUGKL 2026 melalui saluran media sosial kami:
▶️ YouTube | 📸 Instagram | 🎵 TikTok | 📘 page | 🧵 Threads

Address

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691134

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Sukan UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Sukan UPM:

Shortcuts

Share

Category

Nearby gyms & sports facilities