Faheem Tradarchery

  • Home
  • Faheem Tradarchery
Call Directions Contact the business

Faheem Tradarchery Sebuah kelab memanah tradisional yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

19/05/2024

Soalan brutal daripada adik-adik Tahfiz bertuah masa latihan harini, "Bang, Nabi صلى الله عليه وسلم pakai teknik memanah apa?"

"Bang, kalau panah Setan ni, Setan mati dak?"

Tersedak Coach sambil telan ayaq liuq.. 🤧🤧

Latihan mingguan oleh Coach daripada Kelab Faheem Tradarchery.. Alhamdulillah, hari ini bermula latihan intensif untuk ke Pemilihan Pemanah Tradisional Remaja bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang untuk ke Peringkat Kebangsaan.. Doakan mereka naa..

DALAM MEMANAH, ADANYA KEKUATAN & PAHALA SUNNAH





Antara pencapaian Pemanah Tradisional Kelab Faheem Tradarchery di dalam Pertandingan Memanah Tradisional MAKSAR 2024 (Se...
14/05/2024

Antara pencapaian Pemanah Tradisional Kelab Faheem Tradarchery di dalam Pertandingan Memanah Tradisional MAKSAR 2024 (Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang) Kategori Remaja Perempuan..

🏹 Adriana Syazwina Bt. Muhammad Yusran
🥇 Johan Kategori Remaja Perempuan
🫣 Hasil didikan Coach Mok Tiri yang garang, Godzilla pun takut kat dia tapi penyayang

🏹 Wan Munirah Sofea Bt. Wan Mohd. Sabri
🥈 Naib Johan Kategori Remaja Perempuan
🫣 Hasil didikan Coach Mok Tiri yang garang, King Kong pun takut kat dia tapi penyayang

🏹 Isma Nur Adawiyah Bt. Ismarizal
🥉 Tempat Ketiga Kategori Perempuan
🫣 Hasil didikan Coach Mok Tiri yang garang, singa pun dia jerkah lari ghabat naik Gunung Kinabalu bertapa disana tapi penyayang

🏆 Anugerah Busana Tercantik, TerDaebak, Terlawa, Tercomei Lotei, Ter ter ter ter ter ter ter
🫢 Mok Tiri kata, tak pasti sapa yang menang Busana Tercantik jadi Min hantam sajalah

Alhamdulillah, tahniah & syabas.. Moga2 terus menjadi inspirasi kepada pemanah2 kelab ini..




Alhamdulillah, tahniah & syabas kepada Team Trio Mokcun Melecun Manih Melecaih Negeri Pulau Pinang yang berjaya merangku...
12/05/2024

Alhamdulillah, tahniah & syabas kepada Team Trio Mokcun Melecun Manih Melecaih Negeri Pulau Pinang yang berjaya merangkul Naib Juara Berpasukan Wanita di Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2024.. Kebanggaan Negeri Pulau Pinang (elok dahhh).. Salah seorangnya adalah JKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKP Kelab Faheem Tradarchery, surihati Presiden Kelab Faheem Tradarchery..

Depa ni jaghang tak padu, masak kat dapoq panaih pun padhuu, memanah kat luaq panaih litlit pun lagi fardhuuuu.. Balik nanti buleh pakai Fair & Lovely campoq ngan BB Cream Simply Siti bagi peloles balik..

🏃..................................💨💨💨💨


Memanah ✅Mandi Hujan ✅Aktiviti harini dengan pasangan sejola sejoli Kelab Faheem TradArchery.. Lama tak try memanah jara...
28/01/2023

Memanah ✅
Mandi Hujan ✅

Aktiviti harini dengan pasangan sejola sejoli Kelab Faheem TradArchery.. Lama tak try memanah jarak 50 metaa, kita tryyyyy tengok jadi lagumana.. Memanah dalam hujan sambil mandi hujan, haa giteww.. Selalunya kalau hujan, Min orang pertama cabut balik dulu.. Tapi semangat sungguh depa ni, hujan-hujan pun tetap memanah.. Tumpang semangat depa.. 💪

P/S: Kita tryyyyyyyyy Lapang Sasar Memanah terbaru Kelab Faheem Tradarchery di Bandar Bertam Putra, Kepala Bataih, USA..

MEMANAH DEMI UKHUWWAH




Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Panahan Cahaya Bulan 2022.. Jutaan terima kasih kepad...
11/12/2022

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Panahan Cahaya Bulan 2022.. Jutaan terima kasih kepada para penyumbang hadiah bagi pertandingan pada kali ini, semoga anda semua dimurahkan rezeki.. Aaminn..

MEMANAH DEMI UKHUWWAH




Alhamdulillah, ghiuh ghendah ranciak berpahala sempena Pertandingan Panahan Cahaya Bulan malam kelmarin anjuran bersama ...
11/12/2022

Alhamdulillah, ghiuh ghendah ranciak berpahala sempena Pertandingan Panahan Cahaya Bulan malam kelmarin anjuran bersama Kelab Faheem Tradarchery, Pusat Islam ILP Kepala Batas & Penang Traditional Archery League PETAL.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengarah ILP Kepala Batas yang memberi keizinan untuk menganjurkan pertandingan & terima kasih juga kepada YB Dr Ustazah Mastura (Ahli Parlimen Kepala Batas) yang sudi datang merasmikan pertandingan pada kali ini.. InsyaAllah, ada rezeki jumpa lagi..

MEMANAH DEMI UKHUWWAH




📣 BERITA BAIK BUAT PARA PEMANAH TRADISIONAL 📣Alhamdulillah, insyaAllah Kelab Faheem Tradarchery akan menganjurkan Pertan...
07/11/2022

📣 BERITA BAIK BUAT PARA PEMANAH TRADISIONAL 📣

Alhamdulillah, insyaAllah Kelab Faheem Tradarchery akan menganjurkan Pertandingan Panahan Tradisional kali yang kedua pada hujung tahun ini.. Uniknya, pertandingan akan dibuat pada waktu dikala malam bulan mengambang.. Dinda-dinda pakat masuk, abiang-abiang pun shayangg.. Giteww.. Haa tudiaa tudiaa, ON XON?? Jom pakat-pakat masuk buat ghamai bagi ranciak berpahala.. Detail pertandingan & format yang akan digunakan seperti yang tertera dibawah 👇

🌕🌛 PANAHAN CAHAYA BULAN (PCB)
10 DISEMBER 2022 (SABTU)

Jumlah Peserta :
Terhad 70 orang

Format :

1. 18 meter berlutut / duduk
2. 35 meter formasi Uhud
Target Face : Edisi Khas PCB Faheem
Setiap Format : 2 round 6 end 6 arrow

Yuran Penyertaan :
RM 50.00

Bayar ke akaun :
Kelab Memanah Tradisional Faheem
Maybank 5574 1053 8611

Tarikh Tutup Penyertaan :
3 Disember 2022

Anjuran :
Pusat Islam ILP Kepala Batas

Dengan Kerjasama :
Kelab Memanah Tradisional Faheem
Persatuan Pemanah Tradisional Pulau Pinang Penang Traditional Archery League PETAL

Yang berminat untuk sertai, boleh picit-picit (tekan) link dibawah nohh 👇 MOHON SHARE & VIRALKAN..

https://bit.ly/PanahanCahayaBulan

MEMANAH DEMI UKHUWWAH




Haa tudiaaa tudiaaa.. Maaf lama tak update, Min baru keluaq Gua.. Esok jangan lupa pakat pi buat ghamai di Booth Memanah...
07/10/2022

Haa tudiaaa tudiaaa.. Maaf lama tak update, Min baru keluaq Gua.. Esok jangan lupa pakat pi buat ghamai di Booth Memanah Kelab Faheem Tradarchery bertempat di Padang Vision Park, Kepala Bataih.. Yang ingin merasai pengalaman memanah, pakat angkut satu kampung beradek-beradek pi kesana.. Yang ingin merasai pengalaman lagumana kena jerkah dengan Mak Tiri, pakat pi laa jugak.. Hihi

Jangan lupa naa naa..

MEMANAH DEMI UKHUWWAH




Antara pencapaian Pemanah Tradisional Kelab Faheem Tradarchery di Cabaran Memanah Raudhatul Husna anjuran Kelab Memanah ...
18/09/2022

Antara pencapaian Pemanah Tradisional Kelab Faheem Tradarchery di Cabaran Memanah Raudhatul Husna anjuran Kelab Memanah Raudhatul RT Al-Husna dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, KRT Tmn. Seri Serdang & Kelab Se'merah Archery.. Tahniah diucapkan kepada:

1) Tuan Azmi Hj. Arshad @ PCM
- Tempat Kelapan Kategori Lelaki Keseluruhan

2) Tuan Samsuri Ismail (Presiden Kelab Faheem Tradarchery)
- Tempat Ke 12 Kategori Lelaki Keseluruhan

3) Tuan Muhd. Ridzuwan
- Tempat Ke 16 Kategori Lelaki Keseluruhan

4) Puan Siti Fairose
- Naib Johan Kategori Wanita Keseluruhan
- Anugerah Busana Tercantik Terlawa Tercomei Terbaik Tersyempoii TerOhsem Ter Ter Ter Kategori Wanita

5) Adik Nur Airis Imanina Bt. Mohd. Samsuri (Anak Mok Tiri Ter)
- Tempat Ke 7 Kategori Cilik Perempuan

Alhamdulillah tahniah semua, moga terus menggapai kejayaan, insyaAllah..

MEMANAH DEMI UKHUWWAH




Address


Opening Hours

Friday 15:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00

Telephone

+60125575957

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faheem Tradarchery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faheem Tradarchery:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed gym/sports facility?

Share