Log:Subki Hussin

  • Home
  • Log:Subki Hussin
Directions

Log:Subki Hussin Touring|Cycling|Adventure

22/11/2023

Throwback: Xalakham, Phoukhoun Laos, tempat yang akan menjadi persinggahan wajib lah nanti din route 13. view vantik atas puncak ni. kalau lah ada insta 360⁰ kan cantik ini footage video dari go pro hero 4 ja.

31/03/2023

disambut oleh penunggu border Betong

Bannang Sata>Pengkalan Hulu30.10.2022 [Ahad]Distance: 101.63kmAverage Speed: 18.67kmhMaximum Speed: 47.55kmhTotal Time: ...
31/03/2023

Bannang Sata>Pengkalan Hulu
30.10.2022 [Ahad]
Distance: 101.63km
Average Speed: 18.67kmh
Maximum Speed: 47.55kmh
Total Time: 09.39hrs
Riding Time: 05.25hrs
Altitude Gain: 1191m
Altitude Loss: 924m
Uphill: 56.91 km
Downhill: 44.63 km

0555: sejuk jugak kat area sini. 2-3 kali juga terbangun toilet break. dia punya malas nak turun & berlari-lari ke tandas external tu. feeling lah duk rumah kampung zaman 80’an & 90'an kena tandas paling tak pun 20 meter mungkin. dulu masa kecik² seram oo nak pi toilet external malam² ni kena ada peneman, macam² duk terbayang.

0727: breakfast pagi dengan nasi kerabu original Yala dengan ketupat (pulut inti pisang dengan nyoq). biasa pagi orang sini makan macam ni ja.

0832: Banglang Dam, pertama kali jejak kaki di sini. Dari rumah Abang Qudee ni lebih kurang 10km kalau tak silap. dah banyak kali dia ajak untuk ke sini. Banglang Dam ni tempat mainan dia sahaja atas urusan kerja & tangkap ikan (menyelam & memanah) atas puncak sini ada chalet untuk disewa tapi tak boleh berkhemah.

1000: bergerak ke rumah Abang Piee untuk siap2 dan memula perjalanan harini. Basikal & bag tinggal di sini. sempatlah jumpa owner Camp Coffee (Afis anak Abang Piee) stall depan rumah ja.

1024: start kayuh dari Bannang Sata.

1139: Than To (distance: 22.4km riding time: 01.09hrs altitude: 182m total time: 01.14hrs odometer: 8733.1km) sini tempat lunch break selalunya dari area Iyerweng akan sampai sini tenghari. Lapar & tenaga akan habis sebab melayan bukit & corner dia. Biasa order nasi ayam je dengan kakak ni menu2 lain pun ada. sedap or tak tu belakang kira janji dapat isi perut. Banyak lagi tenaga nak guna mengadap bukit2 area Iyerweng-Betong-Pengkalan Hulu.

1312: selesai makan & nak menghala ke Tok Ku Chae Bridge.

1353: Tok Ku Chae Bridge (distance: 37.7km riding time: 01.51hrs altitude: 182m total time: 02.56hrs odometer: 8748.5km) sini pun tempat wajib berhenti jugak sambil2 layan view bole lah minum kej*p di gerai hujung jambatan ni. tak lama di sini sekadar basahkan tekak selepas berkerja keras melawan angin & panas. Biasa kalau cuaca macam ini akan hujan sekej*p lagi, tapi apa pun cuma ramalan sahaja kita tunggu & lihat nanti. Kalau tak ada jambatan ni nak kena ik*t jalan lama lalu area kampung.

1515: River Camp Bridge (distance: 57.2km total time: 04.50hrs odometer: 8768.0km) snack break j*p kat sini. hari pun makin lewat, masa nil ah duk decide sama ada nak satay Betong atau terus keluar border. Nak stay duit Baht pun makin kurang, nak check in hotel pun macam tak berbaloi kalau keluar border boleh terus ke rumah Ayie (bukan nama sebenar) & boleh bermalam di situ.

1701: Pos Polis Iyerweng (distance: 66.6km riding time: 03.28hrs altitude: 376m odometer: 8777.4km) dari River Camp tu hujan dah mulai turun, kena kayuh jugak la. Bila kayuh kat sini mula duk risau tar dia macam padat air melimpah ke jalan. Apa-apa turun dengan slow-slow janji selamat sampai destinasi.

1735: peak ke-3 selepas Iyerweng (distance: 73.9km riding time: 03.55hrs altitude: 357m total time: 07.10hrs odometer: 8784.7km) masa ni duk kira peak yang duk naik & turun tu ja. Hujan pun makin reda dapat lah kayuh selesa sikit. Tapi masih tak berani nak laju-laju dah rasa macam fobia bila turun bukit laju-laju.

1816: OK Betong (distance: 85.6km riding time: 04.30hrs altitude: 323m total time: 07.51hrs odometer: 8796.4km) sampai sini pun dah maghrib tapi tak apa dah nak sampai, border pun tutup pukul 11.00pm masih ada banyak masa.hujan pun dah berhenti.

1943: Border (distance: 95.8km riding time: 05.08hrs altitude: 359m total time: 09.18hrs odometer: 8806.6km) nak sampai border ni punya lah struggle rasa macam give up ja. tak tahu lah mungkin tenaga dah nak habis.last 5km yang memanjat ni 2 kali k*t berhenti, singgah kedai makcik beli air isotonik sponsor lepas tu ternampak abang & kakak tu jual lokcing berhenti lagi, punya lah lapar waktu ni. siap bungkuskan lokcing untuk Ayie (bukan nama sebenar) penggemar lokcing.

2003: Pengkalan Hulu (distance: 101.6km riding time: 05.26hrs altitude: 322m total time: 09.38hrs odometer: 8812.4km) elok ja lepas border Malaysia kelihatan lampu berkelip² basikal Ayie (bukan nama sebenar) dah siap menunggu. rasa lega bila dah selamat keluar border tak payah nak cari tempat bermalam dah.

Sekian laporan tertunda
Kg. Kerunai,Gerik|Jumaat|31.03.2023|1702hrs

12/03/2023

view cantik sini tapi bukit dia tak habis² Ban Wat Chan>Pai route 1265. jumpa pulak air fanta berbotol² orang buddhist duk bagi dewa² makan.

Hari 5:20.12.2022 [Selasa]Ban Wat Chan>PaiDistance: 47.05kmAverage Speed: 15.69kmhMaximum Speed: 58.58kmhTotal Time: 06....
10/03/2023

Hari 5:20.12.2022 [Selasa]
Ban Wat Chan>Pai
Distance: 47.05km
Average Speed: 15.69kmh
Maximum Speed: 58.58kmh
Total Time: 06.02hrs
Riding Time: 02.59hrs
Min Altitude: 531m
Max Altitude: 1172m
Elevation Gain: 890m
Elevation Loss: 1296m
Uphill: 20.71km
Downhill: 26.30km

0530: tidur selesa, nyenyak sungguh sedar-sedar dah pagi. Kalau diik*tkan route hari ni akan menurun sampai ke Pai. Tapi macam biasalah bukit-bukit dia kena hadap jugak. Semua tak pernah lalau jalan ni. sesuatu yang baru baka ditempuh. Jaraknya cuma sekitar 50km macam tu.

0730: melepak depan chalet layan view pagi sambil-sambil prepare kopi & panaskan semula segala mi,bihun,kue teow & sosej yang dibeli semalam. anjing kat sini dah awal-awal tunggu depan pintu. Macam biasa lah Ayie sebagai youtuber kena lah updated follower sesi pagi di Ban Wat Chan. Tapi pasai apa bibir dia merah menyala macam founder qu putih dah rupanya. Di kata pakai lip balm tapi merah macam lipstick. Kena scam dengan doctor farmasi semalam dah barangkali. Adnan pun merah jugak tapi tak semerah Ayie. Fuhh nasib baik tak pakai kalau tak jadi ahli bibir merah jugak lah.

1027: start kayuh. Dengan rasa berat hati, tak habis lagi siasatan di Ban Wat Chan.

1055: peak 1165 (distance: 3.9km riding time: 25.59min altitude: 1165m total time: 28.39min odometer: 9203.9km) peak paling tinggi untuk route 1265.

1107: start kayuh.

1137: stop peak 853M (distance: 10.4km riding time: 46.12min altitude: 853m total time: 01.10hrs odometer: 9210.4km) ada bonus menurun bukit lebih kurang 5km ke aras altitude 770m. lepas tu menaik pulak 1km ke paras 853 dengan steep jugak bukitnya. Berehat sambil menuggu Ayie sampai.

1148: Ayie sampai terus kayuh, dia kata tengah ada momentum tak boleh stop nanti jadi berat kaki nak kayuh.

1200: peak 740 (distance: 13.5km riding time: 56.47min altitude: 740m total time: 01.34hrs odometer: 9213.6km) turun dalam 2km lebih sahaja kira dapat lah berehat kaki kej*p lepas tu naik sikit 1km lebih masa naik tu struggle lah 5-6kmh ja k*t. Bila sampai peak berehat lah dulu.

1208: start kayuh. Waktu ni macam biasa lah kayuh sorang2 sebab dalam map ada nampak kampung ada chance lah nak makan tengahari.

1317: peak sebelum kampung (distance: 24.2km riding time: 01.39hrs altitude: 590m total time: 02.50hrs odometer: 9224.2km) kat sini da rasa lega sikit dah sebab altitude dah bawah 600m tapi itu lah bahang panas matahari ditambah pulak dengan orang kampung duk bakar kebun. View sini cantik nampak gunung-gunung di Mae Hong Son.

1328: Ban Mueang Rae Hotspring (distance: 26.3km riding time: 01.44hrs altitude: 535m total time: 03.11hrs odometer: 9226.3km) bila menurun dari atas tu kena lalu pulak susuri jalan tepi sungai,angin kuat & panas. Sampai di hotspring ada nampak orang menjual air terus lah order macam-macam air. Sepanjang jalan kat sini ja ada kampung & kedai. Memandangkan hari pun dah nak petang kami terus buat keputusan untuk makan tengahari kat sini. nasib baik ada Adnan boleh lah order menu special nasi putih telur dadar dengan teh ais. Nikmat sungguh dapat makan nasi walaupun sekadar telur dadar dengan tambahan perisa kicap & sos pedas dengan harga 55BT. Gerai kakak ni tepi sungai rasa macam nak terjun ja sebab cuaca kat kawasan ni dah makin panas, suhu 30’c.

1440: start kayuh perjalanan ke Pai ada lebih kurang 20km lebih lagi.

1527: peak yang ke sekian kalinya (distance: 35.2km riding time: 02.20hrs altitude: 635m total time: 05.00hrs odometer: 9235.2km) berpandukan elevation profile ada banyak jugak short & steep climb. Kalau ik*tkan meter bryton ada 19% insaf kej*p bila jumpa gradient macam ni nasib baik tak jauh. Dengan load macam2 ni berat jugak la speed bawah 8kmh, macam siput ja bergerak. Dalam kepala duk terbayang bandar Pai yang nyaman,banyak makanan halal,suasana night market dia.

1536: Ayie sampai dengan meratib zikir kayuhan. Berehat kej*p sambil berharap ini ialah bukit terakhir.

1629: Pai (distance: 47.0km riding time: 02.59hrs altitude: 508m total time: 06.02hrs odometer: 9247.0km) bila masuk kawasan kampung lega sikit la, dah tak jauh nak sampai Pai dalam 6km ja lagi. Tak jauh dari simpang ni ada Pai Canyon spot untuk healing layan sunset. Makin hampir ke bandar jalan dia makin busy. Nasib baik ada Adnan boleh la kami cari bilik di sekitar night market ni mudah nak cari makan & jalan-jalan.

1745: keluar ke Pai night market nak cari makanan. mengidam sungguh dengan nasi beriyani,bubur nasi,mi yunan,macam² lagi lah.bila dah macam² jenis makanan ni tak tahu pulak nak makan apa. 5 hari menu paling special nasi telur goreng ja. bonus,kalau dapat makanan 7 eleven (last makan di 7 eleven Samoeng). reward untuk diri sendiri syukur sangat dapat sampai Pai.

Sekian laporan tertunda
Kg. Kerunai,Gerik|Jumaat|10.03.2023|1000hrs

22/01/2023

on the way ke Pai route 1265.lepas makan terus kena manjat bukit ni. kalau ik*t gradient bryton ni 18% kena hadap jugaklah.dah tak ada jalan lain.

14/01/2023

on the way dari Ban Wat Chan>Pai route 1265 ingatkan bukit dah habis..rupanya masih ada banyak yang short & steep. kalau ik*t bryton rider 420 ni ada 18% menung kej*p memikirkan nasib nasib baik lah dah makan tengahari. tapi kampung tak banyak kat sini jumpa 1 or 2 ja.

12/01/2023

20.12.2022: sarapan pagi sekadar nasi putih dengan telur goreng. chef kita Ayie dia expert bab² goreng telur. mula² duk ingat 5 biji telur tak habis,tapi lapar punya pasai habis bae. semalam tak makan apa² cuma makan ovaltine 3 in 1 yang dah keras sedap jugak macam makan coklat bar. telur & air ni dapat dari kedai yang tak jauh dari tempat tidur. kedai dah tutup stok air dah habis tsk boleh nak masak apa² minum pun catu.

11/01/2023

cara makan teapot perasa coklat yang betul. mudah picit² atas roti terus makan.kalau tak ada roti boleh picit terus ke mulut lagi mudah.

Hari 4:19.12.2022 [Isnin]Ban Mae Tala>Ban Wat ChanDistance: 42.65kmAverage Speed: 13.65kmhMaximum Speed: 50.57kmhTotal T...
11/01/2023

Hari 4:19.12.2022 [Isnin]

Ban Mae Tala>Ban Wat Chan

Distance: 42.65km
Average Speed: 13.65kmh
Maximum Speed: 50.57kmh
Total Time: 07.33hrs
Riding Time: 03.07hrs
Min Altitude: 1002m
Max Altitude: 1498m
Elevation Gain: 953m
Elevation Loss: 1222m
Uphill: 17.82km
Downhill: 24.78km

0530: akhirnya malam yang panjang dah hampir siang. sejuk sungguh pagi ni. khemah meruwap dengan berembun sebabnya pasang tak tegang. alhamdullillah tiada gangguan tidur risau kalau kalau ada anjing datang selongkar barang² ja.

0655: jalan² sekitar campsite, rupanya ada rumah tinggal siap berbumbung lagi tak jauh dari tempat khemah semalam. itu lah semalam dah gelap berkabus tak nampak keberadaan rumah tak siap ni. tak apa lah tak ada rezeki mungkin ada binatang berbisa duk kat sini semalam.

0630: pagi pegi cari kedai runcit. dari jauh dah nampak uncle ni duk susun² sapu kedai baru nak buka kedai. boleh la beli air mineral 6 botol kecik,air kemenangan sponsor 2 botol,telur 5 biji. menu sarapan pagi yang tak seberapa. seharian tak makan nasi.

0745: siap sedia nak masak nasi & goreng telur sahaja. nasib baik ada bawak olive oil,serbuk garlic,lada hitam,lada putih, chilli flakes,garam. jadi lah dapat menambah perasa telur goreng. semalam kalau kedai masih bukak boleh ja beli air & nak masak. tapi itu lah sampai² kedai dah tutup.

0816:siap sudah nasi & telur goreng. masa untuk makan. bab nak masak nasi tempat sejuk² ni susah gak la, cookset titanium made in china ni tak berapa elok. hangus berkerak nasi nampaknya nak.kena tukar ke janama lain lah snow peak,keith,kovea mungkin nasi masak elok. sukatan air 2:1 beras rasanya dah ok. tapi itu lah atas faktor tekanan,api,suhu nasi tak berapa menjadi. waktu ni tak peduli dah janji dapat makan nasi. sorang 2 biji ½ telur mula² rasa macam banyak tapi habis juga.

0900: siap makan & pelan² kemas barang. Ayie dapat whatsapp Nan tunggu di tengah jalan & akan ik*t sampai ke Ban Wat Chan (tempat diorang bermalam semalam) lega sikit lah ada orang boleh cakap Thai.

1045: packing & kemas barang. Lambat jugak la sebabnya sejuk tangan gigil. Kalau diik*tkan profile jalan hari ini akan menurun banyak. Tapi kena kira jugak lah yang menaiknya.

1059: start kayuh menuju ke viewpoint yang tak berapa jauh dari sini.

1201: Mae Daet (distance: 4.4km riding time: 29.22min altitude: 1450m total time: 01.03hrs odometer: 9161.7km) nak sampai ke sini kena memanjat dulu kat sini, kalau diik*tkan google map ada beberapa campsite tapi semalam dah tak terdaya hari pun dah gelap better stay sahaja di mana-mana. Adnan sudah sampai kat sini, menunggu ketibaan kami. Kawan2 lain sudah balik dengan trak pickup untuk ke Chiang Mai tak sempat nak jumpa. Agak lama juga di sini, reward untuk diri selepas bersusah payah cycling meredah bukit & gunung. Mulai saat ini kami dah ada guide mudah lah sikit terutamanya bab makan.

1253: start kayuh selepas puas du katas ni ayan view & sejuk. Jangkaan kami akan sampai di Ban Wat Chan waktu malam.

1415: peak 1366 (distance: 15.8km riding time: 01.23hrs altitude: 1366m total time: 03.16hrs odometer: 9173.2km) kalau diik*tkan kat sini dah menghampiri section bukit yang ke-2 agak flat kat sini sebelum menghadap pendakian yang seterusnya. Adnan selaku guide memberi info lepas menurun akan jumpa kampung & boleh lah untuk lunch break.

1437: Ban D**g Sam (distance: 19.6km riding time: 01.42hrs altitude: 1420m total time: 03.38hrs odometer: 9177.0km) masih di paras 1400 cuaca sejuk chilling sungguh nikmat berkayuh cuaca macam ni. berhenti untuk lunch break,sepatutnya kedai yang satu lagi tetapi tutup pulak hari ini. setelah berbincang & setuju untuk makan nasi putih telur dadar sahaja. itu pun selepas Adnan mintak basuh kuali & perkakas memasak yang lain. Waktu ni telur dadar lah paling sedap untuk dimakan, seorang 2 biji telur dadar dipadankan pulak dengan sos ikan,sos cili,kicap. Sambil2 tu tip dari Adnan boleh saja nk makan kuih-kuih kampung ni selagi dia tak ada bahan berasaskan haiwan. Apa lagi makan lah kuih tiram,bahulu,kek,kerepek asalkan yakin sahaja.

1545: start kayuh. Agak lama juga kat sini, lapar punya pasal makan selagi boleh.

1621: Ban Cham Noi (distance: 28.5km riding time: 02.00hrs altitude: 1057m total time: 0522hrs odometer: 9185.9k) rehat kej*p kat kampung selepas penat memanjat bukit, ada kawasan lapang boleh lah solat kej*p duk ingatkan sempat sampai ke chalet sebelum malam.

1654: start kayuh.

1750: Ban Chan, Kalayaniwattana District (distance: 38.3km riding time: 02.49hrs altitude: 1014m total time: 06.51hrs odometer: 9195.6km) ada kedai jual makanan sini, bermacam-macam jenis mi kuning,mi kecik,kue teow,pad thai. 2 bungkus setiap orang, 1 untuk makan malam 1 untuk breakfast, tak perlu dah susah-susah nak masak. Tak lupa juga 1kg sosej daging tapi dah mintak uncle tu rebus periuk asing. Kemudian pegi farmasi cari lip balm, biasa lah youtuber & influencer kena jaga imej bibir dah kering katanya.

1830: Ban Wat Chan chalet (distance: 42.65km riding time: 03.07hrs altitude: 1008m total time: 07.33hrs odometer: 9200.0km) akhirnya selamat sampai ke tempat bermalam,sebagai reward untuk diri sendiri, check in lah untuk 1 malam, dah 3 hari tidur merempat. Bilik 1,000BT ada 4 katil, bilik selesa ada hot shower. Bilik yang murah sikit dah habis. Suasana kat sini cukup nyaman tenang dikelilingi pokok pine.

1914: makan malam dengan mi & sosej sahaja. lapar sangat dah ni. mengantuk pun ada jugak & lama tak dapat katil yang selesa. Masing-masing penat terus tidur.

Sekian laporan tertunda
Kg. Kerunai,Gerik|Rabu|11.01.2023|0936hrs

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Log:Subki Hussin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed gym/sports facility?

Share