05/08/2024
Rayuan Sumbangan dan Doa daripada semua warga DH buat Ustaz Mohamad Suhaimi Bin Ismail yang mengalami serangan jantung pada 3 Ogos 2024.
Pihak Kesatuan telah menghubungi isteri Ustaz Suhaimi iaiti Puan Siti Hafsah Binti Zainal Abidin yang merupakan Pegawai Perhubungan Awam Politeknik Seberang Perai untuk bertanya khabar dan mengesahkan perkara ini. Untuk makluman semua, Ustaz Suhaimi mengadu sesak nafas sejak 2 Ogos 2024 dan beliau telah mendapatkan rawatan awal di Klinik berdekatan.
Pada 3 Ogos 2024, Ustaz Suhaimi telah diminta oleh klinik terus ke hospital. Beliau telah ke Hospital KPJ Perda untuk mendapatkan rawatan susulan. Doktor telah mengesahkan Ustaz Suhaimi telah mengalami serangan jantung dan perlu menjalani pembedahan segera kerana keadaan beliau yang sangat kritikal. Kos pembedahan jantung dianggarkan berjumlah RM60,000.00.
Marilah sama2 kita ringankan beban yang ditanggung oleh Ustaz Suhaimi. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau dan semoga diberikan kesembuhan atas penyakit yang dihidapi.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan warga DH yang menyumbang dan mendoakan kesembuhan buat Ustaz Suhaimi.
info Kesatuan DH