Kayuhan Ke Mekah

Kayuhan Ke Mekah

Share

4 orang pengayuh basikal akan mengembara dari Malaysia hingga ke Mekah

03/05/2024

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Pada hari jumaat yg mulia ini kami menerima berita sedih. Sdra Saleem yang telah menjaga kami selama 3 hari sewaktu di Pakistan dikhabarkan telah meninggal dunia.

Mohon sahabat² semua doakan semoga Allahyarham Saleem ditempatkan bersama orang² yg beriman dan Allah ampunkan dosa²nya

16/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin
Kepada semua ahli keluarga, kenalan dan sahabat² semua

Syawal ke 8 @ Saudi Arabia

14/04/2024

POSKAD ARAB SAUDI KINI DIBUKA, 300 KEPING SAHAJA!

Jutaan terima kasih & tahniah kepada semua pembeli poskad Thailand, India, Pakistan, Iran & UAE! 👏🏻👏🏻👏🏻

Bersempena Kayuhan Berbasikal Ke Mekah untuk tunaikan Haji pada tahun 2024 seramai 3 orang, kami berbesar hati untuk meneruskan jualan Poskad Eksklusif dari beberapa negara yang bakal kami lalui untuk menampung sedikit sebanyak kos visa Haji yang dianggarkan sebanyak RM40,000 seorang.

Terhad 300 poskad ARAB SAUDI sahaja.

Info lanjut di sini >> https://ezy.la/poskadkayuhanhaji2024

Photos from Kayuhan Ke Mekah's post 24/03/2024

Pengembaraan mula terganggu...
Ada ketua kampung halang kami sambung perjalanan!!

Ini semua gara-gara menumpang tidur di Masjid Bilal di daerah Haryana, India pada hari ke 55 kayuhan ke Mekah

Macam biasa...lepas solat maghrib je terus kena serbu dengan orang kampung. Pakai talipon Nokia 3310 je tapi dia orang punya viral lajuu weii

Lepas isyak ketua kampung pulak datang ziarah kami. Nama dia Yamin Khan

Sembang punya sembang...
"Esok jangan sambung kayuh!!" kata Yamin Khan
Kami semua terkedu...

"Udah kenapa pulak pakcik Yamin ni?" saya berkata dalam hati

Angah: "Kenapa tak boleh kayuh?"
Yamin: "Cuaca sejuk, tak sesuai kayuh"
Angah: "Ok je kami kayuh sebelum ni"
Yamin: "Kabus tebal, udara tak bagus, bahaya!!"

"Esok tidur lagi kat sini" sambung Yamin Khan. Dia punya arahan tu macam la kami ni orang kampung dia je...

Yamin: "Tidur dulu, kita jumpa esok pagi"
Dia keluar daripada masjid terus balik ke rumah

Saya: "Macam mana Ngah?"
Angah: "Orang sini lebih tau..."
Saya: "Ok"
Fuhh lega..nasib baik tak kena 'welcome to India' lagi dengan Angah

Malam tu suhu dalam masjid 4°C, sejuk membeku weii. Kat luar pastinya lebih sejuk, tahap gigil punya

Sebelum tidur Rafiq Khan dengan anaknya Imran Khan bawa alas dan selimut tebal untuk kami. Sedap weii tidur dengan selimut tebal ni

*****************

Pagi tu kami sarapan dirumah Yamin Khan. Hari keempat kena sidai...

"Nanti naik kereta Rafiq Khan dan Alladin ke Amritsar" kata Yamin
"Ohh ok ok" kami terpingga-pingga

Rupa-rupanya dia dah berpakat dengan orang-orang kampung, hantar kami naik kereta terus ke Amritsar. Subhanallah...

Amritsar ni bandar di India yang bersempadan dengan Pakistan. Jarak perjalanan lebih dari 300 km.

Selesai sarapan kami mintak diri untuk berkemas. Di depan masjid, basikal kami dah siap berikat atas kereta 4WD Rafik Khan.

"Bila masa pulak dia orang ni buat kerja?" Dalam hati saya tertanya-tanya

"Everything is ready" kata Rafiq Khan
"I'll come with you to Amritsar" kata Imran Khan, anak Rafiq yang berumur 15 tahun

Setelah 4 hari, pagi ni kami akan berpisah dengan Yamin Khan dan orang-orang kampungnya. Ramai orang kampung datang mengucapkan selamat jalan kepada kami

Saya salam dan peluk Yamin Khan. Walaupun dia tersenyum tapi nampak dengan jelas air mata dia bergenang-genang

Ini dah terbalik...sepatutnya saya yang sebak/terharu dengan segala pertolongan ketua kampung yang teramat baik hati ni

Saya berdebar-debar, mula la huru hara nak susun ayat. 'Blank' sekejap, apa yang saya cakap dengan Yamin Khan pun tak tau. Hadoii laa...

Yamin Khan peluk saya sekali lagi. Kuat dan lama betul dia peluk kali ni. Rasa macam bapak sendiri yang peluk

Kali ni saya pulak kecundang. Langsung tak boleh nak tahan air mata ni...sesak dada weiii

Dalam kereta saya asik memikir tentang kemuliaan hati Yamin Khan dan orang-orang kampung dia. Kenal kami baru sehari tapi cara membantu tu dah macam kenal puluhan tahun

Bantuan datang dari budak 9 tahun bernama Bilal, sampailah Hj. Muhammad Iqbal yang berumur 73 tahun

Apa pengajaran yang saya dapat?

✅️Bersangka baik dengan semua orang tanpa melihat warna kulit dan bangsa
✅️Berbuat baik kepada semua orang tanpa batasan
✅️Membantu dengan seikhlas hati tanpa mengharap balasan
✅️Membantu dengan bersungguh-sungguh
✅️Sedaya upaya cuba meringankan kesusahan orang lain

Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah tidak menerima amal perbuatan, kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridho-Nya"
(HR. Abu Daud dan Nasa'i).

Sampai sekarang Muhammad Yamin masih bertanyakan kabar dan perjalanan kami dengan membuat video call

Nak tau kisah pesara tentera 'kurang' kami selama 8 hari?
Jangan lupa folo rapat saya ye...

17/03/2024

POSKAD UAE KINI DIBUKA, 300 KEPING SAHAJA!

Jutaan terima kasih & tahniah kepada semua pembeli poskad Thailand, India, Pakistan & Iran! 👏🏻👏🏻👏🏻

Bersempena Kayuhan Berbasikal Ke Mekah untuk tunaikan Haji pada tahun 2024 seramai 4 orang, kami berbesar hati untuk meneruskan jualan Poskad Eksklusif dari beberapa negara yang bakal kami lalui untuk menampung sedikit sebanyak kos visa Haji yang dianggarkan sebanyak RM40,000 seorang.

Terhad 300 poskad UAE sahaja.

Info lanjut di sini >>

https://ezy.la/poskadkayuhanhaji2024

08/03/2024

POSKAD IRAN KINI DIBUKA, 300 KEPING SAHAJA!

Jutaan terima kasih & tahniah kepada semua pembeli poskad Thailand, India & Pakistan! 👏🏻👏🏻👏🏻

Bersempena Kayuhan Berbasikal Ke Mekah untuk tunaikan Haji pada tahun 2024 seramai 4 orang, kami berbesar hati untuk meneruskan jualan Poskad Eksklusif dari beberapa negara yang bakal kami lalui untuk menampung sedikit sebanyak kos visa Haji yang dianggarkan sebanyak RM40,000 seorang.

Terhad 300 poskad Iran sahaja.

Info lanjut di sini >> https://ezy.la/poskadkayuhanhaji2024

POSKAD KAYUHAN HAJI 2024 : IRAN 03/03/2024

POSKAD KAYUHAN HAJI 2024 : IRAN Bersempena Kayuhan Berbasikal Ke Mekah untuk tunaikan Haji pada tahun 2024 seramai 4 orang, kami berbesar hati untuk menjual Poskad Eksklusif dari beberapa negara yang bakal kami lalui untuk menampung sedikit sebanyak kos visa Haji yang dianggarkan sebanyak RM40,000 seorang (Jumlah : RM160,000)

Photos from Kayuhan Ke Mekah's post 01/03/2024

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan saudara mara ku yang sentiasa menyokong pengembaraan kami dengan pembelian poskad.

Semoga Allah Subhanahuwata'ala sentiasa merahmati anda semua ❤️

30/01/2024

POSKAD PAKISTAN KINI DIBUKA, 300 KEPING SAHAJA!

Jutaan terima kasih & tahniah kepada 660 pembeli poskad Thailand & India! 👏🏻👏🏻👏🏻

Bersempena Kayuhan Berbasikal Ke Mekah untuk tunaikan Haji pada tahun 2024 seramai 4 orang, kami berbesar hati untuk meneruskan jualan Poskad Eksklusif dari beberapa negara yang bakal kami lalui untuk menampung sedikit sebanyak kos visa Haji yang dianggarkan sebanyak RM40,000 seorang.

Terhad 300 poskad Pakistan sahaja.
Info lanjut di sini >>

https://ezy.la/poskadkayuhanhaji2024

29/01/2024

Photos from Kayuhan Ke Mekah's post 28/01/2024

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Hari ke 67
Hari ni kami diraikan oleh beberapa pemimpin kumpulan motosikal di Lahore, Pakistan. Dibawa makan dan diakhiri dengan pemberian sijil daripada kelab masing-masing

Mereka meminta apabila kami sampai ke Mekah, ambil gambar bersama sijil ini. Juga meminta untuk kami doakan mereka dan seluruh rakyat Pakistan di hadapan Kaabah

Bila dah berjiwa 'rider', dia dah tak kira basikal ke motosikal...

28/01/2024

POSKAD PAKISTAN KINI DIBUKA, 300 KEPING SAHAJA!

Jutaan terima kasih & tahniah kepada 660 pembeli poskad Thailand & India! 👏🏻👏🏻👏🏻

Bersempena Kayuhan Berbasikal Ke Mekah untuk tunaikan Haji pada tahun 2024 seramai 4 orang, kami berbesar hati untuk meneruskan jualan Poskad Eksklusif dari beberapa negara yang bakal kami lalui untuk menampung sedikit sebanyak kos visa Haji yang dianggarkan sebanyak RM40,000 seorang.

Terhad 300 poskad Pakistan sahaja.

Info lanjut di sini >> https://ezy.la/poskadkayuhanhaji2024

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bukayriyah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Bukayriyah