BMU JOHOR BAHRU

BMU JOHOR BAHRU

Share

Halaman ini menyediakan berita mengenai aktiviti BMU JOHOR BAHRU khususnya dan BMU MALAYSIA secara amnya.Ianya juga diselitkan info mengenai Man Utd.

Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 30/09/2021

selepas lama bercuti.... kini geng futsal Bmujb beraksi kembali... yg penting 2dose dan jaga SOP.... truskan momentum guys.

#
JOIN SILA PM KAMI #

07/03/2020

Manchester Derby kembali lagi! 🔴🔵

Mari bersama kami memeriahkan MatchView Manchester Derby.

Tarikh : 9 Mac 2020 (Isnin)
Masa : 0000 hours
Venue : Restoran Sayed Adda Heights Johor Bahru

Tak kisah anda Merah atau Biru, jumpa kami disana. Buletin Manchester United Johor Bahru (BMUJB) dan Manchester City Malaysia Johor (MCMJ) akan bertarung sorakan ketika itu. Ayuh sertai kami.

Hadiah pemenang teka jaringan akan menanti pemenang yang bertuah!

✌️

Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 12/01/2020

Futsal Persahabatan
BMUJB × MRMBP

Semalam kami di Buletin Manchester United Johor Bahru menyambut kehadiran rakan-rakan dari Malaysia Red Mancunian Batu Pahat dalam satu perlawanan futsal. Acara yang berlangsung di Daiman Sports Centre dihadiri lebih dari 20 orang pemain.

Bukan keputusan yang diambil kira tetapi jalinan ukhwah sesama kelab komuniti adalah matlamat utama kami. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya buat rakan dari MRMBP yang hadir dari jarak ratusan kilometer.

Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu.

01/01/2020

Futsal Mingguan BMUJB Kembali!!!

Tarikh : 3 January 2020 (Jumaat)
Venue : Daiman Sports, Taman Sri Skudai, Johor Bahru.
Masa : 9.00 malam - 11.00 malam
Person in charge : Faizul (017-768 8429)

Ayuh, mari sertai kami beriadah.
Jangan malu jangan segan. Kita rapatkan ukhwah.

Sila hubungi person in charge untuk maklumat lebih lanjut.

30/12/2019

Kami kembali!!!

Nantikan come back dari BMU JOHOR BAHRU dengan pelbagai aktiviti untuk tahun 2020.

Antaranya :

- futsal mingguan
- perlawanan bola sepak padang
- pertandingan bowling
- match view perlawanan Manchester United
- aktiviti kebajikan
- majlis iftar sempena bulan Ramadhan

Ayuh semua, teruskan bersama kami mengerakkan aktiviti ini.

Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 21/07/2019

Events BMUJB 👍👍👍

Syukur Alhamdulillah. Misi On Tour kami BMUJB ke Singapura untuk menyaksikan pasukan kesayangan, Manchester United beraksi didepan mata dipermudahkan.

Banyak kenangan manis dan detik tak dapat dilupakan dalam perjalanan pergi atau pulang ke Kota Singa itu. Ia dikongsi dan disimpan dalam hati semua peserta. Akan diabadikan sebagai momen terindah masing-masing. Terima kasih kepada semua peserta, barisan pengurusan dan rakan-rakan Manchester United seantero Asia. Jika ada kesilapan dan kekurangan harap dapat di maafkan buat kami.

Yang nyata kita 'bersatu' untuk Manchester United!

Sehingga kita ketemu lagi di lain masa. 👏👏👏

Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 14/07/2019

Event BMUJB 👍

Pada tarikh 14 Julai 2019, BMUJB melangsungkan perlawanan persahabatan menentang Saroja FC bertempat di Padang Polis Marin, Tampoi.

Keputusan perlawanan memihak kepada BMUJB (2-1). Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir demi menjayakan aktiviti ini.

Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 12/07/2019

2nd game after raya... tq pd semua yg turun mlm ni guys

friday futsal #
familia #

23/02/2019

Mari bersama BMU Johor Bahru memeriahkan tontonan skrin besar di TGV Aeon Tebrau.

Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 27/01/2019

Aktiviti BMUJB 👍

✏️.Kelab peminat Buletin Manchester United cawangan Johor Bahru meneruskan aktiviti futsal mingguan untuk tahun 2019 pada tarikh 25 Januari lalu di Millennium Sports Centre Taman Tun Aminah.

✏️.Acara riadah itu yang berlangsung dari jam 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam berjaya mengumpul 25 orang ahli BMUJB untuk sama-sama menjayakan aktiviti tersebut.

✏️.Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua ahli yang meluangkan masa untuk berfutsal mingguan bersama BMUJB.Semoga aktiviti ini akan sentiasa berterusan untuk masa-masa akan datang disamping pelbagai lagi program lain yang dirancang pihak pengurusan kelak.

📢📢📢Berminat menyertai komuniti BMUJB,inbox saja kami📢📢📢


Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 18/11/2018

Event BMUJB👍

✏️BMUJB 3-0 SAROJA FC
✏️PADANG POLIS MARIN,TAMPOI
✏️18 NOVEMBER 2018
✏️1430 - 1830 PETANG

📜Buletin Manchester United Johor Bahru melangsungkan perlawanan persahabatan dengan pasukan SAROJA FC di Padang Polis Marin,Tampoi pada tarikh tertera.Keputusan perlawanan memihak kepada BMUJB 3-0 SAROJA FC dan gol dijaringkan oleh Azri serta Rysie (2 gol) untuk skuad Buletin Manchester United Johor Bahru.Pemain terbaik perlawanan dinobatkan kepada Azri aka CR7 BMUJB kerana mempamerkan kesungguhan dan komitmen tinggi.

📜Aktiviti ini juga bertujuan mengalakkan acara riadah dalam kalangan ahli-ahli BMUJB disamping memupuk gaya hidup sihat dan merapatkan ukhwah bersama pasukan lawan.Kerjasama dan semangat berpasukan adalah satu matlamat yang berjaya dipupuk melalui perlawanan persahabatan seperti ini.

📜Ribuan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini.Semoga acara-acara seperti ini akan diteruskan untuk masa mendatang.

⚠️Jika anda berminat melangsungkan perlawanan persahabatan dengan BMUJB,berikan komen anda. .

Photos from BMU JOHOR BAHRU's post 27/10/2018

Event BMUJB👍

✏️BMUJB 2-1 OB FC
✏️STADIUM MINI RENGGAM,SIMPANG RENGGAM
✏️26 OKTOBER 2018
✏️2100-2300 MALAM

📜Buletin Manchester United Johor Bahru melangsungkan perlawanan persahabatan dengan pasukan OB FC di Stadium Mini Simpang Renggam pada tarikh tertera.Keputusan perlawanan memihak kepada BMUJB 2-1 OB FC dan gol dijaringkan oleh Saddam serta Hamri untuk skuad Buletin Manchester United Johor Bahru.

📜Aktiviti ini juga bertujuan mengalakkan acara riadah dalam kalangan ahli-ahli BMUJB disamping memupuk gaya hidup sihat dan merapatkan ukhwah bersama pasukan lawan.

📜Ribuan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini.Semoga acara-acara seperti ini akan diteruskan untuk masa mendatang.

⚠️Jika anda berminat melangsungkan perlawanan persahabatan dengan BMUJB,berikan komen anda. .

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Singapore