31/07/2026
🤝 TERIMA KASIH, ANSAR MART! 💛🖤
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ansar Mart atas kepercayaan dan sokongan sebagai Penaja Gold RENG FC bagi saingan Kuala Terengganu League (KTL) 2026.
Sokongan yang diberikan amat bermakna buat kami. Ia menjadi pembakar semangat untuk seluruh pasukan terus berusaha, berjuang dan memberikan persembahan terbaik sepanjang musim.
Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan dan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.
Terima kasih kerana bersama RENG FC dalam perjalanan menuju kejayaan. 💪⚽
“Bersama membina legasi, bersama menuju kejayaan.”