03/10/2026
Ada fan Liverpool DM tanya apa pendapat aku pasal Wirtz, mungkin dia nak tahu kenapa Wirtz masih struggle untuk perform at his best.
Sebenarnya dah pernah tulis, cuma mungkin tak berapa clear kot.
Entah la, lagi senang explain guna board kot sebab nak tulis agak meleret hahaha..tapi aku try laa ringkaskan sikit..
Dia begini mengkome, dalam bola sepak ni kena faham yang BALANCE dan SYSTEM tu kena seiring jika nak create satu pas**an yang bagus.
Yang mana ini fundamental yang paling basic!!
Hang nak main style possession, counter, lambung buaya, parking bas transnasional semuanya kena tengok kesesuaian squad dulu.
Bukan semua player boleh adapt dengan pelbagai jenis sistem permainan. Lepas dah faham squad punya strength, baru la coach akan create sistem dan set lineup yang mampu hasilkan balance untuk sistem tu berfungsi dengan baik.
Contoh kalau nak main possession kena ada player yang bagus dalam first touch, positioning. Nak main counter kena power bab sprint dan work rate.
Kat sini je boleh nampak yang dua style ni mengutamakan dua aspek yang berbeza (technical vs physical capacity).
Ok sambung bab Wirtz…
Kalau tengok Wirtz pada tempoh dia kat Leverkusen, mostly dia jenis s**a lepak kat HS (half-space) atau receive di outside and drift ke inside. Dia jugak boleh turun hingga ke defensive line as exit point jika team nak escape pressure.
Sebab half-turn dan carrying dia yang bagus….
Tapi boleh ke nak harap dia buat kerja tu sepanjang masa? Nope, sebab bila mana sesebuah team menggunakan creative player (10/SS) mereka as main connector, maknanya ada error kat struktur pas**an tersebut.
Atau dalam erti kata lain, takde BALANCE kat lineup.
Benda ni yang jadi main issue untuk Arne Slot tackles pada season lepas. Sebab dia struggled nak cari right balance untuk sesuaikan dengan ability Wirtz.
Takyah fikir jauh, tengok je fullback dan midfielder Liverpool.
Diorang ni boleh tak hit 5-6 yard pass, screen movement player lawan, atau handle aspek ball progression dengan konsisten?
Sebelum ada yang komen main direct under Iraola pun Wirtz tak perform, meh aku bentangkan sedikit data…
Untuk 401 minit Wirtz kat PL setakat ni dia dah catat :
- 1 assist
- 0.22 G/A per 90
- 12 shots (3 on target)
- 312 touches
- 1.00 xG
- 0.40 xA
(Fbref)
Untuk role baru dia yang more to SS, 1.00 xG plus 12 shots menunjukkan Wirtz banyak berada di dangerous positions, cuma isu sebenar lebih pada low conversion.
Dari segi contribution pun still ok sebab as SS 312 touches boleh dikira amaun yang agak tinggi.
Penting jugak untuk kita faham yang sistem Iraola jauh lebih intense daripada Slot. Repeated sprints, quick transition, frequent counter press dan more vertical.
So jika kita refer balik kepada topik balance tadi, nak tanya la fan Liverpool ni, adakah player yang sedia ada capable to activate or support Wirtz dengan sebaiknya?
Zaman Slot ada isu low technical floor yang dibawa ke Iraola sekarang yang tengah cope dengan masalah intensity, duels dan mobility.
Lepas tu cer tengok pulak kat recruitment, ada tak Liverpool usaha bawa masuk midfielder yang lebih allign dengan sistem Iraola?
Takde, zero, none, yilekk…
Boleh pulak deme pi sign winger macam Barcola, yang mana bukanlah player yang teruk, cuma perlukan specific environment to perform.
Platform untuk Wirtz pun tak kukuh mana lagi, ini nak kena create platform untuk player lain pulak?
Kita tengok pulak apa yang Wirtz cakap lepas match Germany vs Serbia :
“The players around me made things a lot easier for me today. There was so much movement me and when I have that, it becomes much easier to shine”.
Main point dia kat sini ialah Wirtz akan lebih thrive jika diberikan positional freedom dengan high receptions di final third.
Jadi selagi mana Liverpool tak boleh atasi masalah balance untuk fix isu yang sedia ada seperti progression, build-up completion, plus nak kena adapt pulak dengan sistem baru, dekat mana ruang atau masa untuk player-player ni dapatkan momentum diorang?
Fans akan bising dan meroyan pasal G/A, tapi pernah ke fikir sequence atau contribution sebelum G/A tu berlaku?
Bola ni bukannya setakat kena letak player tu main position ni, kena hantar bola macam tu, kena tukar player tu, bukan chorr…tambah dekat high level football macam PL ni…
Conclusion dia, Wirtz ni bukannya tak bagus.
Tapi struktur Liverpool sekarang dah cukup ampuh ke untuk protect beliau, dan berapa tinggi potential dia under Iraola punya sistem?
Overall performance Wirtz masih above average. Sebab apa aku kata gini? Tengok la balik game Liverpool dan perhati elok-elok movement dia, and tengok surrounding dia.
Underlying data Wirtz pun masih solid.
Iraola pun ada mention yang player tak betul tuned in lagi dengan kehendak sistem. Banyak lagi nak kena touch up.
Cuma kalau ikut trajectory performance sekarang, rasanya boleh je Wirtz dapat form terbaik dia semula nanti….