08/08/2026
Gambar kenangan di Gym Samingprai, Phattalung, Thailand, bersama barisan jurulatih dan atlet-atlet pasukan SUKMA Negeri Perak. Semoga segala pengalaman manis dan pahit yang dilalui menjadi bekalan berharga untuk menghadapi cabaran menanti. Pasukan akan berangkat pulang ke tanahair hari ini untuk meneruskan latihan sebagai persiapan terakhir menghadapi SUKMA.
Ucapan selamat maju jaya juga kami tujukan kepada semua jurulatih and pasukan negeri-negeri lain yg sedang membuat persediaan. Semoga dipermudahkan segala urusan.
07/08/2026
We are building the next generation slowly, but surely.
Champions are built together, because they spar and sharpen each other, just as iron sharpens iron.
Video credit: Tiktok
Send a message to learn more
29/07/2026
Latihan intensif pasukan Muaythai negeri Perak kini sedang giat dijalankan di Samingprai Muay Thai Gym, Phatthalung, Thailand, sebagai persediaan menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026. Ahli pasukan telah berada di Phatthalung utk latihan sejak awal bulan Julai dan akan kembali ke tanahair di awal Ogos.
Sesi latihan intensif dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, Dr. Arjarn Bernard Radin, dengan dibantu oleh Kru Bao, Kru Omnoi dan Kru Umar. Barisan kejurulatihan memberi tumpuan kepada aspek teknikal, taktikal, kecergasan serta persediaan mental bagi memastikan setiap atlet berada pada tahap terbaik menjelang temasya.
26/07/2026
Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Ruzana yang telah muncul juara di kategorinya pagi tadi di Kejohanan Amateur Combat Fight Championship. Kejohanan tersebut berlangsung 25-26hb Julai 2026 di Dewan Taboh Naning Jaya, Alor Gajah, Melaka.
Kami menrakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan gym lawan yang sudi berkongsi pentas ring, serta kepada pihak penganjur atas usaha dan komitmen dalam menjayakan acara yang begitu menarik dan penuh semangat kesukanan ini.
08/07/2026
Sedutan upacara penutupan rasmi Kem Belang Tarung Tiga Warna 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak.
Kem ini telah berlangsung di White Resort Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang, dari 6 hingga 8 Julai 2026, dan menghimpunkan atlet-atlet Muaythai dan sukan-sukan lain dari negeri Perak yang sedang membuat persiapan akhir bagi menghadapi SUKMA XXII Selangor, yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026.
Semoga segala usaha, disiplin dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang kem ini menjadi bekalan untuk membawa pulang kejayaan buat Negeri Perak.
01/07/2026
Sedutan kunjungan hormat pasukan Muaythai SUKMA Perak ke pejabat Dato' Anuar bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., yang turut dihadiri oleh En. Kamal bin Khairuddin, Pegawai Pembangunan Sukan (SDO) Majlis Sukan Negeri Perak.
Kunjungan ini menjadi platform untuk membincangkan strategi dan usaha sistematik memperkukuh pembangunan sukan dan komuniti Muaythai di negeri Perak.
21/06/2026
Ladies and gentlemen, we have TWO (yes TWO!) new world champions at the 1st IFMA Muaythai School World Championships held over the weekend, featuring approximately 1,480 athletes from around the world.
Please join us in giving a huge round of applause to adik Muhd Farras Dzakirin (Gold Medal, U10 Boys, 20kg) and adik Yara Zea Mohd Aiman (Gold Medal, U10 Girls, 30kg) for their outstanding achievements. Everyone at the gym is incredibly proud of both of you. Congratulations, champions!
18/06/2026
Selamat bertanding, Balqis. Semoga Balqis melangkah ke gelanggang dengan penuh keyakinan dan ketenangan, serta sentiasa berada dalam perlindungan-Nya pada setiap detik perjuangan. We are all cheering for you!