02/08/2026
Alhamdulillah... telah selesai Ujian Kenaikan Bengkung pada sebelah pagi (16 org terlibat) & Majlis Adat Perlimau Tapak & Seni bertempat di Darul Barakah Tahfiz Center, Manjoi dari jam 4-6 petang.. Seramai 37 orang terlibat dari 4 buah gelanggang iaitu Darul Barakah Tahfiz Center, Meru Raya, Gunung Rapat & Sg Siput.
- Darul Barakah Tahfiz Center
- Akademi Silat Tok Teja (Meru Raya)
- Akademi Silat Tok Teja (Gunung Rapat)
- Akademi Silat Tok Teja (Kg Trosor, Sg Siput)
14/07/2026
Assalammualaikum... Alhamdulillah, malam ini (14 Julai 2026) Akademi Silat Tok Teja (Meru Raya) berbesar hati menerima kunjungan Setiausaha PESAKA Negeri Perak, Puan Mas Sharifah (Mak Ngah), dan Pengerusi Teknikal Wasit Juri Negeri Perak, Tuan Haji Mustafa...
Terima kasih atas perkongsian ilmu, nasihat dan sokongan yang amat bermakna buat seluruh warga gelanggang.
Semoga ukhwah ini terus erat dan menjadi pemangkin untuk kami terus mengangkat martabat seni silat.
29/06/2026
Assalammualaikum... pada KEJUARAAN SILAT SENI DAN SILAT TANDING AGSP FIGHTER 3.0 TERBUKA KEBANGSAAN pihak akademi telah menghantar 8 peserta.. alhamdulillah 3 peserta berjaya memperolehi pingat.. tahniah...
29/06/2026
Tahniah atas penyertaan kali pertama... see you next game !