Sarawak Amateur Gymnastics Association

Call Directions Contact the business

Sarawak Amateur Gymnastics Association SAGYMA is responsible for the training and development of Sarawak athletes in the fields of AG & RG

01/11/2026

Gymnastics Discplinary

Trial Class BabyGym – 23 Oktober 2026 🤸‍♀️🌟Pada 23 Oktober 2026, Sagyma telah mengadakan Trial Class BabyGym buat julung...
24/10/2026

Trial Class BabyGym – 23 Oktober 2026 🤸‍♀️🌟
Pada 23 Oktober 2026, Sagyma telah mengadakan Trial Class BabyGym buat julung kalinya sebagai satu inisiatif untuk memperkenalkan sukan gimnastik kepada kanak-kanak seawal usia 5 tahun ke bawah.
Program ini bertujuan membina keyakinan diri, meningkatkan koordinasi badan, keseimbangan serta kemahiran motor kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan dalam persekitaran yang selamat.
Diharapkan lebih ramai ibu bapa akan mengambil peluang untuk menghantar anak-anak menyertai kelas ini bagi memupuk minat terhadap sukan sejak usia kecil. Semoga program BabyGym ini menjadi langkah permulaan dalam melahirkan generasi muda yang aktif, sihat, berdisiplin dan berpotensi untuk menyerlah dalam sukan gimnastik pada masa hadapan.
Setiap anak mempunyai potensi. Berikan mereka peluang untuk bermula, belajar dan berkembang! 💪✨
SAGYMA – Membina Asas, Mencungkil Bakat, Melakar Masa Depan!

19/10/26Rombongan Sagyma yang diketuai oleh VP Mr. B**g serta staf pentadbiran Mdm. Loh, bersama barisan jurulatih dan g...
24/10/2026

19/10/26
Rombongan Sagyma yang diketuai oleh VP Mr. B**g serta staf pentadbiran Mdm. Loh, bersama barisan jurulatih dan gimnas RG dan AG, telah mengadakan lawatan sambil belajar yang penuh inspirasi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
​Rombongan telah disambut dengan mesra dan penuh bermakna oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, serta Setiausaha politik kepada Premier serta Penaung Sagyma yang berdedikasi, Ms. Kho.
​Lawatan inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama strategik dan pertukaran ilmu, malah membuka ruang luas bagi delegasi untuk mendalami peranan institusi perundangan negeri dalam memacu pembangunan wilayah yang inklusif dan progresif. Pengalaman berharga ini dijangka memberi suntikan semangat serta inspirasi baharu kepada seluruh warga rombongan untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Sincere thanks to Deputy Premier YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian for the continued support through the annual grant...
17/10/2026

Sincere thanks to Deputy Premier YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian for the continued support through the annual grant towards the development of gymnastics in Sarawak.

Your support is truly appreciated! 🙏🤸‍♀️

Thank you Sarawak Tribune
17/10/2026

Thank you Sarawak Tribune

PODIUM TRAINING PASUKAN WAG KEBANGSAAN 🇲🇾🤸‍♀️Kelibat anak Sarawak, Audi Zulkarnaen, bersama Johnny Tan, Presiden Sarawak...
17/10/2026

PODIUM TRAINING PASUKAN WAG KEBANGSAAN 🇲🇾🤸‍♀️

Kelibat anak Sarawak, Audi Zulkarnaen, bersama Johnny Tan, Presiden Sarawak (SAGYMA) merangkap Pengurus Pasukan, semasa sesi Podium Training Pasukan Women’s Artistic Gymnastics (WAG) Kebangsaan Malaysia di Stadium Ahoy, Rotterdam, Belanda.

Setiap langkah di pentas dunia membawa harapan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak. Di sebalik setiap persembahan, terdapat usaha gigih gimnas, komitmen jurulatih serta sokongan padu pihak pengurusan pasukan.

Teruskan berjuang dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Semoga segala persiapan berjalan lancar dan pasukan WAG Kebangsaan dapat memberikan persembahan terbaik, mengharumkan nama Malaysia serta mengangkat martabat sukan gimnastik negara di persada antarabangsa.

Dari Sarawak ke pentas dunia — terus melangkah, terus berjuang, demi Malaysia! 🇲🇾

Agik Idup Agik Ngelaban! 💪🏻🤸‍♀️

Throw back Persatuan berbangga dengan pencapaian Secgen Salfa Kamazura Abdul Kadir yang telah menyertai kursus pentadbir...
11/10/2026

Throw back
Persatuan berbangga dengan pencapaian Secgen Salfa Kamazura Abdul Kadir yang telah menyertai kursus pentadbiran sukan anjuran Majlis Olimpik Malaysia di Kuching.

"Satu penghormatan besar buat arena gimnastik negeri Sarawak dan Malaysia. Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia Ke-54 di R...
11/10/2026

"Satu penghormatan besar buat arena gimnastik negeri Sarawak dan Malaysia. Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia Ke-54 di Rotterdam, Belanda menyaksikan kepimpinan pasukan di galas oleh Presiden Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak (SAGYMA), Encik Johnny Tan sebagai Pengurus Pasukan. Kehadiran beliau diperkukuhkan lagi dengan penyertaan atlet WAG kebanggaan Sarawak, Audi, yang siap beraksi membawa cabaran negara di pentas tertinggi dunia ini. Seluruh warga Sarawak dan Malaysia mendoakan agar kontinjen negara, khususnya permata-permata dari Bumi Kenyalang ini, melakar kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama negara."

Throwback to Sarawak National Sports Integrity Conference (SNSIC) 28 Sep-30Sep 2026 Sarawak Amateur Gymnastic Associatio...
07/10/2026

Throwback to Sarawak National Sports Integrity Conference (SNSIC) 28 Sep-30Sep 2026

Sarawak Amateur Gymnastic Association (SAGYMA) berbesar hati menerima jemputan untuk menghadiri acara ini yang memberi penekanan kepada integriti, tadbir urus, ketelusan dan profesionalisme dalam sukan.

Satu pengalaman dan perkongsian yang sangat bermakna untuk terus memperkukuhkan pengurusan serta pembangunan sukan gimnastik di Sarawak.

Integrity in Sport, Excellence in Action. 🤸‍♀️🇲🇾
SAGYMA — Agi Idup Agi Ngelaban!

Majlis Mesyuarat Post Mortem Persatuan Sukan Bersama Chef de Mission (CDM) Kontinjen Sarawak Bagi SUKMA XXII Selangor 20...
05/10/2026

Majlis Mesyuarat Post Mortem Persatuan Sukan Bersama Chef de Mission (CDM) Kontinjen Sarawak Bagi SUKMA XXII Selangor 2026 telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat. Antara VIP yang hadir termasuklah Timbalan Menteri Sukan Sarawak merangkap CDM Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, barisan Penolong Chef de Mission (ACDM), serta Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak.

Address

7th Floor, Queen's Tower, King Centre
Kuching
93350

Opening Hours

Monday 07:00 - 22:00
Tuesday 07:00 - 22:00
Wednesday 07:00 - 22:00
Thursday 07:00 - 22:00
Friday 07:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+60198282282

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak Amateur Gymnastics Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sarawak Amateur Gymnastics Association:

Shortcuts

Share

Nearby gyms & sports facilities